Menopause di kalangan lelaki dikenali sebagai andropause.
Ia merujuk kepada perubahan berkaitan usia yang menyebabkan tahap testosterone yang semakin berkurangan.
Ia berlaku apabila seorang lelaki mula mencapai usia 50 tahun.
Ikuti lanjut penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai kesihatan lelaki.
Tahap testoren yang mencukupi sangat penting bagi seorang lelaki dewasa, bukan setakat untuk menyebabkan perasaan ingin melakukan hubungan intim bersama isteri, telah merangsangkan penghasilan tenaga, merangsangkan pembentukan otot pada tubuh dan merangsangkan minda yang positif.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tahap testosterone boleh diukur dengan pemeriksaan darah. Bacaan yang normal antara 300 hingga 1,000 nanograms per deciliter (ng/dL). Dalam kajian 40% lelaki yang berusia 45 tahun ke atas mengalami masalah kekurangan hormone ini.
Masalah andropause berbeza antara seorang lelaki dengan lelaki yang lain. Seorang individu mungkin mengalami beberapa masalah tertentu, antaranya adalah:
1. Tahap tenaga yang rendah
2. Rasa keseorangan
3. Rasa kurang motavasi
4. Sukar memberikan focus
5. Insomnia atau rasa sukar tidur
6. Peningkatan lemak pada tubuh
7. Kekurangan otot pada tubuh
8. Pembentukan payudara pada dada
9. Kerapuhan otot
10. Masalah erectile dysfunction atau mati pucuk
11. Masalah kesuburan
12. Saiz zakar yang semakin mengecil
13. Kehilangan bulu pada tubuh
14. Rasa panas badan terutama waktu malam
Apa yang membimbangkan penurunan tahap testosterone di kalangan lelaki yang muda juga dikaitkan dengan masalah diabetes, hipertensi, tahap kolestrole yang tinggi, selain masalah kesuburan.
MENDIAGNOSA DAN MERAWAT ANDROPAUSE
Cara yang terbaik bagi mendiagnosa masalah ini adalah dengan melakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui tahap testosterone dalam darah.
Ads
Perlu diingati bahawa masalah kekurangan hormone ini adalah suatu yang normal bagi seroarang lelaki apabila semakin meningkat usia. Cuma jika ia menyebabkan masalah tertentu atau ia berlaku pada usia yang lebih muda (pada usia kurang dari 50an) seseorang individu perlu mencari rawatan yang sesuai. Pada peringkat awal ia mungkin dapat dirawat dengan mengamalkan Tujuh Langkah Aaafiyat.
1. Banyakkan berpuasa atau menjarakkan waktu makan
2. Mengambil makanan yang bernutrisi terutamanya makanan yang disebut dalam al Quran (Quranic Food)
3. Minum air secukupnya, pastikan air kencing tidak pekat dan berbau hancing
4. Tidur yang berkualiti, pastikan bila bangun tidur kita berasa segar
5. Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian, antara banyakkan berjalan kaki, melakukan senaman regangan dan mengangkat berat yang bersesuaian
6. Kawal stress dengan baik
7. Ambil suplemen (dalam bentuk herba, vitamin atau mineral) yang diperlukan.
Ads
Perubahan gaya hidup adalah penting dan selalu perubahan yang ketara apabila melakukannya selama 4 bulan. Bagi yang telah mengalami banyak masalah yang kronik, rawatan yang lebih sempurna dengan berjumpa dengan doctor.
Pengambilan hormone sintetik adalah cara lain bagi merawat masalah ini. Namun ia harus diambil secara berhati-hati kerana ia boleh merosakkan fungsi hati dan menyebabkan kanser prostate. Selain itu pengambilan herba Tongkat Ali, Madu, Ginseng, Maca dan Ubi Jaga dikatakan dapat membantu meningkatkan hormone testosterone secara beransur-ansur.
Pengambilan minyak sihat (terutamanya minyak zaitun) membantu untuk meningkatkan tahap hormone testosterone di kalangan lelaki di kawasan Mediterranean.
Secara kesimpulannya, penurunan tahap hormone testosterone adalah normal apabila kita semakin semakin tua. Kebanyakan lelaki symptom kekurangan hormone dapat diuruskan dengan baik dan menukarkan gaya hidup dapat membantu meningkatkan semula tahap hormone mengikut peningkatan usia. Namun bagi sesetengah lelaki terutama yang masih muda, pengambilan suplemen herbal, vitamin dan mineral mungkin membantu.
Pengambilan hormone sintetik haruslah menjadi pilihan yang terakhir dan diambil dalam jangka masa yang pendek.
Biasa kita dengar orang dulu-dulu berpesan, jika tercekik tulang segera gumpal nasi menjadi sebesar bola pingpong dan telan. Biasanya ada yang berkesan dan tidak kurang juga seakan tidak berhasil untuk melegakan sakit akibat tercekik tulang.
Oleh itu, apa kata kita dengar nasihat daripada doktor untuk meyakinkan lagi tindakan yang sewajarnya perlu diambil bila berdepan dengan situasi tercekik tulang.
Nak tahu apakah tipsnya itu, hal ini dikongsikan oleh Dr Nik Hisyam, jom semak.
Siapa pernah tercekik tulang? Sakit kan? Siapa yang belum.. janganlah dok mintak pulak ye . Nauzubillah….
Macam-macam petua orang dulu-dulu. Betul tak?
Contohnya: Bomoh tulang, telan nasi putih, minum air garam, makan pisang, makan kacang dan banyak lagi.
Selama 15 tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Hari ini, mari saya kongsikan TIPS Kalau anda atau ahli Keluarga dan kenalan anda terkena “Tercekik Tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu or kambing ke….sama aje tipsnya…
Apakah TIPS NYA??
1. Jangan Panik
Okay, bila tercekik:
a) Sila berhenti makan walaupun makanan tu sedap atau mahal macam mana sekalipun…
b) Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
c) Cari family or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang tu hilang sendiri. Sebab tulang tak akan hilang
Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Jangan main-main, tulang ni boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
So kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Dr Pakar ENT
Ala.. tak nak susahkan Dr Pakar.. tercekik tulang sahaja.. tak nak lah!
a) Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Jika tidak:
-perlu lakukan x-ray
-kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
4. Selesai.. boleh sambung makan balik. insyaAllah.
Lepas ni, saya akan kongsikan pula tanda-tanda dan perasaan bila tercekik tulang..
In shaa Allah..
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak Anda
SALAM Shah Alam Specialist Hospital
Seksyen 19, Shah Alam
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Siapa pernah kena serangan senggugut, dia tau la betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan bawak pengsan tau. Teruk sangat. Menangis tak berlagu la jawabnya.
Kali ni ciksu nak share, petua untuk redakan sakit senggugut dan lawaskan pengeluaran darah haid.
Bahan-bahan nya ofkos barang dari dapur lah.
* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air
Caranya mudah je. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
*Elakkan minum ais untuk kesan optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua ini dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL . Skg ni tiap²pg kak yatt blend epal hijau dan setengah biji timun..pastu perah suku biji lemon dan 1 sudu besar madu.
Alhamdulillah..badan rasa ringan..buang toksin dalam badan..turunkan kolestrol.. Kulit pun cantek..😍 Moh cubaaa…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di