Andai ada keluarga terdekat atau teman-teman kita pergi melancong ke negara Thailand, mesti akan ada dikongsikan gambar sedang menikmati hidangan Miang Pla Poa ini di media sosial. Menu ikan atau pun ada juga memilih makanan laut yang dimakan bersama aneka ulam-ulaman berserta bihun yang dicicah dengan sos istimewa. Nyata, ianya nampak sungguh menyelerakan.
Bagi anda yang ingin mencuba rasa, apa kata sediakan menu ini agar dapat dinikmati bersama keluarga tercinta. Diharapkan dengan adanya resipi yang dikongsikan oleh Nabilah Mohd Nawi ini, bolehlah dicuba.
“Miang pla pao versi saya. 3 hari berturut-turut makan benda ni, suami tak puas makan, first time buat makan dengan bihun, lepas tu baru makan dengan nasi sebab tak kenyang.
Saya pun buat ikut resepi kat fb jugak tapi ada olah sikit-sikit ikut tekak sendiri. So kalau resepi tak sama dengan ori thai takpelah ye. Saya buat ikut bahan yang ada je. So ni resepi saya setelah diolah sedikit sebanyak.”- Nabilah Mohd Nawi
RESEPI MIANG PLA PAO
Ikan talapia (lumurkan maggi cukup rasa dan goreng garing)
Saya guna jugak ikan kerisi, pun sedap!
Bihun ~celur
Ulam-ulaman:
Daun salad
Timun batang
Daun ketumbar
Sos:
Cili padi
Lada besar (saya tambah untuk kurangkan pedas, taknak letak pun takpe, terpulang)
Bawang putih
Sos ikan
Garam
Gula
Gula melaka @ nisey
Akar daun ketumbar
Perahan limau kasturi
Sedikit air
~(Blendkan semua dan sesuaikan rasa mengikut tekak sendiri)
~Kemudian hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos
Hidang dan makanlah dengan riang bersama yang tersayang
***Sos ni kena dengan selera saya dan suami. Kalau korang rasa nak ubah apa-apa, ubahlah ikut tekak dan selera masing-masing ye.
sumber : Nabilah Mohd Nawi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Enaknya makan kacang botak yang digoreng rangup dan berasa memang boleh makan sebalang tanpa sedar. Begitulah hendak digambarkan betapa sedapnya juadah warisan nan satu ini.
Bahkan kacang botak ini juga sering dikaitkan sebagai menu legend untuk dijamu kepada tetamu di hari perayaan. Ini menunjukkan kacang botak ini cukup istimewa dan ramai menggemarinya.
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri kacang botak sebagai juadah kudap-kudapan seisi keluarga, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Zurull Iffah Zaini ini. Pasti puas hati!
Ini perkongsiannya.
Kacang Botak Warisan resepi daripada arwah mak saya turun temurun sentiasa menjadi kegemaran saya adik beradik. Sekarang saya dah berkahwin, suami pula yang jadi peminat kacang botak saya. Ketagih. Kacang Botak yang lain tak sesedap yang saya buat katanya.
Ok, kacang botak ni lain orang lain caranya ya. Macam saya, resepi ni agak renyah. Tak macam resepi lain yang lebih simple. Renyahnya tu tang nak uli2 supaya kacang tersalut sebiji demi sebiji. (Tapi tak susah pun tau. Layan je buat Tu) Tak melekat-lekat. Dan tak rasa telur sangat. Salutan pun jadi licin (botak).
Kalau nak cuba, silakan. Resepi ada di setiap gambar. Saya halalkan resepi Kacang Botak Warisan ini dunia dan akhirat. Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin…
Untuk perasa gula dan garam tu boleh ekjas ye ikut citarasa masing-masing. Untuk 1kg kacang tanah, saya dapat dua balang kecil ni
Bahan-bahan yang diperlukan:
1kg kacang tanah
1/2kg tepung gandum
20 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing. Saya suka pedas) cili ni rebus dulu ye
Sebiji bawang besar (memang besar sebesar penumbuk) kalau sederhana besar, gunalah 2 biji ye
3-4 ulas bawang putih (atau ikut citarasa kalau nak lebihkan pun boleh takde masalah)
10 sudu besar gula pasir
3 sudu besar garam
2 biji telur ayam sederhana besar
Cara-cara memasak
Langkah pertama:
Kisar cili, bawang merah, bawang putih, gula, garam dan telur.
Langkah kedua:
Tabur kacang 1/2kg dulu ke dalam dulang (kalau ada talam bulat besar lagi bagus sebab boleh tabur terus 1kg). Buang segala bendasing atau kacang yang dah buruk/rosak. Tinggal kacang yang elok-elok aje tau. Kacang tak perlu basuh dan jemur ye. Just buang benda-benda asing dalam tu je.
Langkah ketiga:
Tuang separuh daripada bahan yang dikisar tadi ke atas 1/2kg kacang. Simpan separuh lagi untuk 1/2kg kacang lagi ye.
Langkah keempat:
Gaul bahan-bahan kisar tadi biar sebati dengan kacang. Kalau nak lebih salutan kena add on lagi bahan kisar dari awal ye. Lagi banyak salutan lagi sodap
Langkah kelima:
Ayak tepung ke atas kacang yang bersalut bahan kusar. Agak-agak jelah kuantiti tepung tu untuk kita gaulkan nanti.
Langkah keenam:
Uli/gentel tepung bersama kacang sehingga jadi seperti ini. Biar sebiji-sebiji macam tu barulah jadi licin dan botak
Langkah ketujuh:
Inilah rupa bentuk kejadian setelah selesai diuli. Kacang sebati dengan salutan tepung sebutir demi sebutir.
Langkah kelapan:
Panaskan minyak yang banyak. Api biar sederhana dan minyak biar betul-betul panas.
Sentiasa kacau untuk elakkan kacang hangus dan hangit. Nak tau dah masak atau belum, tunggu sehingga aroma kacang botak berbau satu dapur dan bunyi meletup-meletup kacang. Dah boleh toskan.
Langkah kesembilan:
Hasil setelah digoreng. Sebiji-sebiji ,sebutir-sebutir kan? Kan?
Langkah kesepuluh:
Taburkan kacang ke atas dulang yang dilapik dengan tisu serap minyak. Biar sejuk dan boleh masukkan ke dalam balang.
Sejak ada sosial media ni, macam-macam tip yang kita dapat di hujung jari sahaja! Tinggal rajin atau malas, nak ikut tak nak ikut je la kan?
Misalnya seperti yang akan dikongsikan hari ini, iaitu cara mudah, cepat dan jimat untuk merebus nasi impit. Ada sesetengah orang, ambil jalan singkat dengan menggunakan Pressure Cooker sahaja untuk merebus nasi impit.
Bagi yang tiada gajet itu, ada juga yang merebus menggunakan periuk nasi sahaja! Tetapi, terhad la jumlah untuk dimasaknya. Betul tak?
Haaa apa kata kita back to basic je, guna cara dulu-dulu masak atas api guna periuk! Tapi… Versi jimat gas! Tak ramai yang tahu trik ini, lepas ni sehari sebelum raya boleh cuba menjadi ke tidak. ok?
PETUA REBUS NASI IMPIT JIMAT GAS & ELEKTRIK
1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi impit.
2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.
3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, buka semua api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu.
Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat mcm ni sebab tak ada pressure cooker. Jika masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan guna periuk besar serta kuantiti air yang cukup dan betul-betul mendidih.