“Mesti Cikgunya Bangga” Pilot Jet Pejuang Rupanya Bekas Pelajar bekas pelajar SMK Syed Saffi & SM Sains Tuanku Syed Putra.
Masih berkisar kisah mengenai kemerdekaan. Tular dua keping foto yang memaparkan seorang pilot memegang kertas dengan tulisan tangan ucapan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 65.
Merupakan salah seorang pilot jet pejuang ketika lintas hormat Perarakan Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu.
Menerusi tinjauan perkongsian wargamaya, rupa pilot berkenaan adalah Mejar Adam Othman.
Apa yang menarik perhatian pilot berkenaan memegang dua keping kertas memberi ucapan merdeka menyebut nama dua buah sekolah.
Difahamkan pilot berkenaan, seorang pilot fighter dan merupakan bekas pelajar SMK Syed Saffi dan SM Sains Tuanku Syed Putra dan juga merupakan anak jati negeri Perlis.
Dalam pada itu, wargamaya terutama bekas pelajar dan anak jati perlis meluahkan rasa bangga ke atas pilot berkenaan.
Moga menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar sekolah berkenaan dan sekolah lain di seluruh negeri di Malaysia.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Menerusi perkongsian saudara Ahmad Rozaidi berkongsi beberapa gambar pilot berkenaan.
“Anak Jati Kelahiran Perlis Juruterbang JET PEJUANG HAWK Mejar Adam Othman.. Kebanggaan Rakyat Perlis.”
WARGAMAYA TERUTAMA ANAK PERLIS DAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH LUAH BANGGA
Tidak dinafikan apabila seorang wanita itu bergelar seorang ibu pastinya kehidupnya berubah. Malah kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga sudah tentu bertukar 360 darjah.
Jika dulu kerja sibuk berkerja, kini apabila kehadiran cahaya mata sudah tentu rasa tidak mahu berjauhan sesaat pun, pasti rasa rindu. Malah, perasaan bimbang keselamatan anak juga menerpa dalam diri.
Sudah pastinya semua wanita yanga bergelar ibu mengalami situasi begitu. Begitu juga yang dialami oleh artis popular, Nur Fazura yang melahirkan rasa kerisauan jika kembali aktif berlakon.
MINTA NASIHAT BILA TINGGALKAN ANAK DALAM TEMPOH YANG LAMA
Saya sering ditanya soalan adakah saya merindui set pengambaran..Sudah pastinya jawapannya betul kerana semua orang yang mengenali saya tahu bahawa saya suka bekerja dan menjadi pelakon adalah minat utama saya.
Tetapi sekarang saya seorang ibu tidak dapat memikirkan bagaimana untuk meninggalkan anak perempuan saya selama berjam-jam dalam sehari. Bagaimana saya nak mengatasi hal ni? Memerlukan nasihat daripada mommies yang bekerjaya.
Menerusi muat naik terbaru di instagram miliknya, beliau meminta pendapat berkongsi pengalaman untuk menghadapi situasi meninggalkan anak dalam tempoh yang lama. Ramai yang memberi komen termasuk rakan artis.
“Rasa macam berhari tak jumpa walaupun baru je 2 jam…”- Fazura
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang puteri iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Kesempitan hidup buat isteri lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Lebih kuat bila mana teringatkan anak-anak yang masih kecil. Walaupun makan gaji namun memilih jalan untuk berhenti kerja memang susah untuk kita lakukan.
Wanita hebat, Mcyah Joanjett sudah pun membuktikan keputusannya untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah berkat usaha dia mampu membuktikan kejayaannya kepada keluarga. Memang menarik!
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.
Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Di rumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.
Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.
Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada
rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.
Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke Vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi.
Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu. Maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik Malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat
pukul 1-2 ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan packing di rumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen.
Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang
sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, takpe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat.
Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen di bawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Kongsi Tip
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
– Aku pastikan bisnesku stabil selama 6 bulan.
– Gigih simpan 6 bulan gaji.
– Ada bisnes planner
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
– Jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
– Aku hadir majlis ilmu.
– Aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
– Aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
– Zakat dan cukai wajib bayar.
– Gigih marketing.
– Realisasikan impian orang tersayang.
– Abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
– Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan di tangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Kredit: Mcyah Joanjett
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kita semua bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, lantas terus akur dengan arahan PKP bagi memastikan rantaian ini dapat dihentikan.
Namun, ramai antara kita juga berasa pelik bila mana masih ada lagi yang ingkar arahan dan tindakan tersebut bukan sahaja bahayakan kesihatan sendiri malah orang lain juga.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di akhbar Sinar Harian, bila ada dua beradik ini ingkar PKP dan telah pun dikenakan kompaun RM 1,000.
Petikan penuh akhbar tersebut dikongsikan di sini agar dijadikan tauladan kepada yang lain.
KUALA PILAH- Pasangan adik-beradik menjadi individu pertama di daerah ini dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas polis menguatkuasakan tindakan itu semalam susulan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan koronavirus (Covid-19).
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mereka ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya di Ulu Bendul pada jam 10.50 malam tadi.
“Berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan berusia 26 tahun dari Johor Baharu manakala abangnya berusia 29 tahun dari Bahau.
“Wanita berkenaan bekerja di Singapura tetapi pulang ke negara ini dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Johor.
“Bagaimanapun dia bertindak melanggar arahan, pulang ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas hingga ke Seremban dan dijemput abangnya,” katanya.
Amran berkata, ketika ditahan mereka memberi alasan tidak munasabah dan wanita berkenaan mendakwa, dia mahu melawat ibunya di Bahau.
Menurut beliau, oleh yang demikian, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh di hukum di bawah Peraturan 11 akta yang sama.
“Mereka telah dibawa ke Balai Polis Melang seterusnya dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang dibawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu di Pejabat Kesihatan daerah berhampiran dan mereka boleh didakwa di Mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian (bayar kompaun),”katanya.
Sementara itu, Amran berkata, wanita berkenaan kemudian dibawa ke Institut Aminuddin Baki (Pusat Kuarantin Nilai) oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah untuk kuarantin.
Untuk rekod, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar PKP.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...