Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi kesihatan sehingga membawa kepada kejadian yang tidak diingini, termasuk kematian.
Kes seperti ini biasanya berpunca daripada faktor kesihatan sedia ada atau sejarah perubatan pelajar yang mungkin tidak disedari. Selain itu, faktor cuaca panas juga boleh memberi kesan kepada daya tahan tubuh, terutamanya bagi mereka yang kurang persediaan fizikal.
Secara lazimnya, acara merentas desa diadakan pada awal tahun dan melibatkan semua pelajar. Namun, bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, pihak sekolah kebiasaannya akan menasihatkan agar tidak turut serta bagi mengelakkan sebarang risiko.
Memandangkan aktiviti ini hanya diadakan setahun sekali, ramai pelajar tidak mempunyai persediaan yang mencukupi. Apabila tiba hari acara, mereka perlu berlari sejauh beberapa kilometer tanpa latihan yang mencukupi, sekali gus meningkatkan risiko keletihan melampau atau masalah kesihatan lain.
Bagaimanapun, terdapat sekolah yang mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan persediaan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sebelum acara sebenar berlangsung dalam minggu yang sama. Langkah ini diambil bagi memastikan pelajar lebih bersedia dan mampu mengelakkan sebarang risiko kecederaan atau komplikasi kesihatan.
Sehubungan dengan itu, seorang guru Syazwan Haziq, atau lebih dikenali sebagai @ehapahal_di TikTok, telah berkongsi beberapa tips berguna yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, pelajar dapat memastikan stamina mereka kekal hingga ke garisan penamat dan dapat menyelesaikan larian dengan lebih baik.
TIP RENTAS DESA
Ads
Untuk tips yang pertama, adalah membiarkan bahu dalam keadaan yang tenang semasa berlari.
Sebenarnya semasa larian, para pelajar digalakkan untuk tidak berfikir secara berterusan malah perlu membiarkan otak berada dalam keadaan rehat.
Apabila berfikir terlalu banyak, maka badan secara automatik akan memberi respons negatif dan tanpa sedar telah menggunakan banyak tenaga.
“Masa lari bahu kena relaks, tangan jangan genggam. Hayun, relaks sahaja.
“Bila kita genggam tangan, power akan banyak hilang, kita punya tenaga pun banyak hilang,” jelasnya.
Para pelajar perlu elakkan guna tenaga yang banyak di bahagian atas badan seperti menggenggam tangan.
Ads
Oleh itu semasa larian, pelajar mestilah membiarkan tangan dan bahu dalam keadaan relaks dan kemudian lari ke hadapan.
Yang kedua, iaitu menjaga bentuk badan semasa larian.
Kadang-kadang secara tidak sedar, bentuk badan kita akan membongkok dan perkara itu akan memberi kesan kepada badan.
“Kena jaga bentuk badan, pastikan jangan membongkok,” katanya.
Dalam masa yang sama, tangan perlu diayunkan dalam keadaan tenang dan pastikan badan tidak membongkok.
Kemudian tips terakhir ialah menegakkan dada semasa berlari. Menurut pemuda itu, ketika berlari dengan dada yang terbuka, badan akan menerima lebih banyak oksigen.
Ads
Sekiranya membongkok, oksigen tidak akan diterima dengan banyak membuatkan badan akan cepat letih.
Bukan sahaja badan penat malah ia juga memberi kesan kepada pinggang hingga ia menjadi letih.
“Kalau buka dada tegak, akan dapat lebih banyak oksigen berbanding daripada membongkok. Kalau bongkok pinggang akan lenguh nanti.” jelasnya
Terkini, berita yang amat menyentuh hati dan mengundang rasa pilu ini, apabila dua mayat ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, hari ini.
Seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Kehilangan nyawa yang begitu tragis ini pasti memberi kesan yang mendalam kepada kita semua, lebih-lebih lagi apabila melibatkan nyawa yang masih begitu muda dan penuh harapan.
Menerusi laporan Berita Harian, mangsa wanita yang dipercayai berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi bersalin itu dijumpai dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi terbabit.
Difahamkan, mayat dipercayai dua beranak itu disedari seorang pejalan kaki kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Menurut sumber, wanita itu dipercayai adalah seorang warga Indonesia dengan rambutnya diwarnakan serta memakai baju bercorak kotak-kotak, manakala bayi terbabit pula masih bertali pusat.
Difahamkan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat terbabit, namun siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.
Beliau berkata, semua butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima anak murid perempuan berusia sembilan tahun, Mei lalu.
Tertuduh yang juga bapa kepada enam anak itu menafikan semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. Kes guru amang seksual murid ini mengejutkan ramai pihak kerana melibatkan pelajar sekolah rendah.
Pertuduhan Terhadap Guru Bahasa Melayu
Berdasarkan kertas pertuduhan, perbuatan itu didakwa berlaku di dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah pada 8, 13 dan 15 Mei lalu. Tertuduh berdepan dengan enam pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Akta ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. Oleh kerana tertuduh merupakan individu berautoriti terhadap mangsa, hubungan amanah turut menjadi faktor pemberatan kesalahan dalam kes guru amang seksual murid ini.
Keputusan Mahkamah dan Hujahan Pendakwaan
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin, yang tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu dikategorikan sebagai tidak boleh dijamin (non-bailable offence). Namun, mahkamah mempunyai budi bicara mempertimbangkan jaminan atas faktor tertentu.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. Beberapa syarat tambahan turut dikenakan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan bagi memastikan kehadiran tertuduh pada prosiding akan datang.
Tarikh Sebutan Semula Kes
Hakim menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan lantikan peguam dan serahan dokumen kepada pihak pembelaan. Kes guru amang seksual murid ini dijangka mendapat perhatian umum kerana melibatkan aspek keselamatan pelajar di sekolah.
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa peka terhadap tanda-tanda gangguan atau penderaan dalam kalangan pelajar dan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan insiden seperti kes guru amang seksual murid berulang.
Ekspedisi menjadi tragedi apabila dihempap pokok tumbang. Seorang pendaki wanita, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur.
Kejadian itu berlaku di dalam khemah di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada jam 8.55 malam.
Menurut Zukri, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan tidak sedarkan diri semasa insiden berlaku.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad
“Kejadian berlaku ketika mangsa bersama kumpulan 10 pendaki dan seorang malim gunung yang memulakan pendakian pada Isnin lalu. Mereka dijadualkan turun pada Ahad, namun sekitar jam 12 tengah hari, pihak polis menerima maklumat bahawa mangsa dihempap pokok tumbang ketika tidur,” katanya.Bagi operasi menyelamat, helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan selepas tiba di pangkalan udara.
Pemandangan Gunung Tahan
Pasukan mencari dan menyelamat turut berada dalam keadaan bersiap sedia di Kuala Tahan untuk bantuan melalui jalan darat sekiranya khidmat helikopter tidak dapat diteruskan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di