Bukan tak cinta atau sayang, sehingga lupa akan tarikh penting untuk dirai, tetapi kesibukan dengan kerja bagi memastikan keluarga bahagia dan cukup segala keperluan.
Begitulah yang dialami oleh penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang memuat naik satu posting meluahkan bahawa dirinya terlepas pandang bahawa hari berkenaan adalah ulang tahun perkahwinannya.
“Jadi lagi tahun ni…minta maaf dibu ayah lupaaaaa lagi..tapi ayah tak kesorangan..dibu pun lupa jugak. Yang paling best adalah maid kitorang yang ingatkan hari adalah ANNIVERSARY kitorang..yes hari ni.
Ads
“Kira sarapan kat mamak makan roti canai banjir pagi tadi adalah hadiah ayah tahun ni. Happy anniversary sayang..semoga family kita akan terus happy dan di permudahkan segalanya di dunia dan akhirat . shah sayang ayu.”
Lebih melucukan, pembantu pasangan ini yang mengingatkan tarikh penting mereka itu. Namun, dalam komen berikutnya, isterinya turut menyatakan situasi yang sama dialami pada tahun lepas.
ayu_abasTerima kasih ayah….ok tahun ni kita seri….tahun depan no more k.. nak celebrate kat hotel(arrian cakap…apa pun thank u for being a good husband and ayah….i love u so much…
Dalam pada itu, para peminatnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinanya kekal bahagia sempena ulang tahun perkahwinannya itu.
Untuk makluman, penyanyi Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas, pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.
Sumber: Instagram tomokofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon jelita Elisya Sandha baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila semakin jelas kelihatan ‘baby bump’ menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu mengenakan dress berwarna hitam sambil menari.
Rata-rata memuji pelakon drama Ratu Ten Pin itu kelihatan semakin cantik dan berseri sejak berbadan dua.
Bagaimanapun, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu sehingga kini tidak berkongsi sebarang kenyataan mengenai kehamilannya termasuk usia kandungan kepada umum.
Begitupun, suaminya, Uzair Haqimy dalam satu perkongsian baru-baru ini memberi hint mereka bakal menimang cahaya mata.
Salam Ramadhan ke 6, dan selamat berterawih yang ke 7, dari kami ber 3 ❤️ #Alhamdullillah
Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan berkahwin dengan Uzair Haqimy sekitar Ogos tahun lalu selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.
Malah, mereka turut memuji kecomelan ‘baby bump’, segelintir mereka mendoakan menantu Sheila Rusly ini agar dipermudahkan urusan sepanjang menjalani prsoes kehamilan selain bayi dalam keadaan sihat.
Comelnya. nmpak dah bby bump dia. 🥰
Comelnyer mommy to be.. doakan sy jugak akan mengandung yea.. 🥰
Cantiknya preggy mommy 🥰🥰🥰
wah dh preggy. congrats for both of u
Cantik nya Elisya adik Fasha Sandha ni🥰nk jadi IBU dah pun…
Demi kelangsungan hidup keluarga tercinta, si ayah sanggup berpenat lelah tanpa memikirkan dirinya. Sebaliknya dia mahu anak-anak dan isteri hidup selesa.
Begitupun, perasaan si anak yang terkesan dek kesibukan ayah membuatkan dia meluahkan rasa menerusi sekeping kertas.
berkorban apa saja. Ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang terpaksa buat 2/3 partime. Ayah mintak maaf.Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga…
Demikian luahan hati seorang ayah tatkala membaca tulisan si anak yang berkongsi cerita mengenai dirinya.
Ini ayah saya, Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lambat. Hari ahad ayah saya kerja orang lain cuti. Tetapi saya sayang ayah saya!
Demikian luahan si anak yang kemudiannya mendapat respond orang ramai. Rata-rata mengakui tanggungjawabn seorang ayah untuk keluarga membuatkan dia berkorban apa sahaja.
Rohaizal KasimAyah sedang berjuang untuk membesarkan mu anak.
IbuInah QilahTaklah anak,ayah awak kerja untuk untuk awak jugak.. Anak belajar rajin2 ya nanti besar awak plak balas jasa ayah.. Jangan anggap ayah tak peduli.
Shaidatul Akma Ku JohariKeadaan sekarang….betoi2 terkesan…dengan harga yg gila2…org yg berkemampuan x dak masalah..yg kurang kemampuan tgh mencuba dan cuba..semoga kita semua dipermudahkan segala urusan…
Harith RaiqalSemoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik & dipermudahkan segala urusan mncari rezeki buat ayah2 & ibu2 yg bekerja menyara keluarga masing2..
Rashid Ahmad ZainudinItulah pengorbanan seorang ayah. Mujur ayah shah jahan rajin kerja. Klu duduk rumah mkn tdo je. Mesti mak shah jahan tensen. Shah jahan . Ooo shah jahan. Jgn sesekali kau lupakn jasa ayah kau ye.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih ada ingat lagu Flora Cinta? Sudah tentu ada yang mengenali pemilik penyanyi bersuara lantang ini iaitu Min Malik.
Dia merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka.
Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi ini. Terbaru menerusi perkongsian pengacara popular, fedtriyahya berkongsi gambar bersama dengan penyanyi itu.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi berkenaan memakai baju beruniform. Min Malik kelihatan kemas berpakaian rasmi ATM.
“Dalam mesyuarat tadi, ada pegawai tentera duduk paling jauh tapi punyalah kuat suara dia. Orang lain terpaksa guna mic. Dia tak perlu. Semulajadi kuat!
“Rupa-rupanya… penyanyi lagu Flora Cinta! Sekarang sudah sepenuh masa sebagai penjawat awam. Pegawai tentera! Tahniah Min Malik.-“ fedtriyahya
Perkongsian itu telah meraih perhatian peminat penyanyi bersuara lantang itu yang terkejut dengan perubahan imejnya.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.