Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini memasuki trimester akhir kehamilan.
Dijangka bersalin awal Mei ini, bekas pengacara Nona ini berkongsi keadaannya yang kini sering mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.
“Sekarang pun dah sarat kalau ikutkan, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa kerap sakit belakang, kaki pun selalu bengkak.
Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergantung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti.
“Sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Mengulas persiapan dalam menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Mira berkata tiada persiapan khusus dilakukan dan masih belum selesai lagi.
“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja macam baju anak.
“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang, malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan dari segi masa sahaja.
“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif.
Semua barangan dibeli saya hantar ke rumah emak. Saya akan berpantang di rumah emak.
“Bagaimanapun, saya tidak merancang tempoh rehat selepas bersalin. Semuanya bergantung kepada keadaan diri dan anak. Kalau semua terkawal, saya boleh kembali bekerja.
“Lagipun, saya tiada komitmen kerja yang dipersetujui selepas bersalin dan berpantang. Kebanyakan syarikat produksi nyatakan andai saya sudah boleh bekerja, jangan lupa beritahu mereka,” katanya lagi.
Mengenai nama untuk si comel, Mira berkata, beberapa nama sudah dibincangkan dengan suami.
“Cuma belum diputuskan nama yang akan dipilih. Insya-Allah, nama dan jantina anak akan dimaklumkan selepas saya bersalin.
“Majlis mengalu-alukan kehadirannya seperti ‘baby shower’ pun tidak dibuat secara khusus. Lebih kepada sesi makan dan santai bersama kawan-kawan dan keluarga,” katanya
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara