Pada kebiasaannya minyak akan digunakan semasa mengurut bagi tujuan melicinkan dan mengelakkan daripada rasa sakit semasa proses urutan dilakukan.
Terdapat pelbagai jenis minyak yang biasanya digunakan di dalam keadah rawatan alternatif ini. Setiap minyak tersebut diperbuat daripada bahan-bahan tertentu melalui proses-proses yang berbeza.
Pun begitu, tidak semua tahu cara untuk menghasilkan minyak urutan ini dan biasanya kita hanya membeli sahaja apa yang ada dipasaran.
Namun, dengan adanya perkongsian daripada Mamak Haji ini, semoga memberi manfaat dan bertambah juga imu berkenaan cara untuk hasilkan minyak urut. Selamat mencuba.
“Sejak kebelakangan urat-urat kaki semakin sakit…mungkin dah berumur agaknya.Semalam buat sendiri, “minyak urut Ayurvedic” sendiri.
“Sangat berkesan untuk diri mamak haji..jadi rasa nak kongsi dengan sahabat resipi buat minyak urut ayurvedic ini…Ia mudah dan kurang belanja…cuma perlukan rempah-rempah…”-Mamak Haji
Resipi Minyak Urut Ayurvedic
bahan-bahan:
Ads
1 cawan minyak kelapa (minyak kelapa sawit pun Ok).
1 cawan minyak lenga ( minyak bijan).
1 cawan minyak mustard (minyak biji sawi) kalau tahan baunya kalau tidak guna “castor oil”.
1 sudu besar bunga cengkih.
2 batang kulit kayu manis.
2 sudu besar biji jemuju / omam/ carawan Ajawain seed.
Ads
1 sudu kecil serbuk kunyit.
2 sudu besar biji halba.
1 sudu besar kapor barus.
1 sudu besar garam bukit.
1 sudu besar halia ditumbuk.
Ads
1 sudu besar bawang putih tumbuk.
3 helai daun salam / biryani/daun pokok kayu manis.
cara menyediakan:
1. Masukkan semua minyak-minyak dalam sebuah periok steel atau tanah liat. Panaskan minyak dengan api dapur sederhana. Bila minyak mula mendidih, kecilkan api dapur dan masukkan semua bahan-bahan tadi satu persatu.
2. Biarkan minyak itu panas selama sekurang-sekurangnya 1-2 jam..lebih lama lagi bagus…tapi mamak haji rasa dalam 1 jam sudah memadai.
3. Kalau anda inginkan warna kesukaan anda atau pewangi boleh ditambah. Bila sejuk masukkan dalam botol.
sumber: Mamak Haji
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila seseorang itu berjaya menurunkan berat badan tentu ada amalan dan teknik yang dilakukannya.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh seorang bapa ini yang mana suatu ketika pernah mengalami obesiti namun kini memiliki berat badan ideal.
Malah dengan berjaya membuktikan penurunan hingga 65kg, menjadikan dirinya mahu berkongsi ilmu, pandanganp dan cara kepada umum melalui akaun fb miliknya.
Dan ini antara perkongsian yang boleh dijadikan ikutan buat sesiapa yang sedang usaha turunkan berat badan. Jom semak.
10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan SEKARANG penting untuk APA YANG KITA MAHUKAN ESOK.
Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya laluinya.
Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak untuk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini.
Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad untuk kembali sihat dan turun berat badan.
1. Bangun Awal Pagi (5.30pg)
– Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal.
– Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting bagi mengurangkan berat badan.
2. Kemas tempat tidur
– Benda kecil tapi impaknya besar, kita terus ajar diri supaya ringan tangan dan tidak bertangguh. Kalau tempat tidur pun tak boleh kemas, benda ringan dan tak berpeluh pun. Apa lagi nak lawan kemalasan diri untuk Workout.
3. Mandi dengan air yang sejuk
– Setelah bangun dan kemas katil, mandi terus. Jangan lengahkan dengan ambil phone untuk cek fb atau whatsapp(saya hanya akan cek phone setelah hantar anak anak ke sekolah) Mandi dengan air yang sejuk pada pagi hari amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. Pembakaran kalori lebih banyak jika air lebih sejuk.
4. Sediakan sarapan dan bekal untuk anak anak
– Ini adalah cara saya sentuh kasih sayang kepada anak anak dan isteri. Ya, saya memasak makanan yang sihat untuk mereka sarapan dan bawa kesekolah. Disamping kita tetapkan jadual bagi diri kita, kita juga mampu mengawal pengambilan makanan anak anak dari makanan yang tak berkhasiat. Bukan kita sorang nak sihatkan?
5. Bersyukur
– Ini amat perlu kita tanamkan sedalam dalamnya, hidup siapa tak ada masalahkan. Dari segala sudut pasti akan ada serba sedikit kekurangan. Jadi bersyukur dapat memberi impak positif utk diri kita. Bukankah dengan bersyukur ALLAH tambahkan lagi rezeki kita.
6. Aktifkan diri
– Kita ada masa kita sendiri, jika mampu workout setiap hari, contoh saya, berjalan dan berjogging selang sehari setiap pagi. Tapi kalau kalian tiada masa aktifkan diri dengan banyakan berjalan, naik tangga, kemas rumah atau pejabat, berkebun apa saja aktiviti yang memerlukan pergerakan.
7. Jaga portion pemakanan
– Selalu ingatkan diri, makan bukan sampai puas. Ambil makanan dengan kadar yang sedikit. Proses ini kalian perlu buat secara beransur ansur. Saya pun mulakan dengan makan tidak bertambah. Sampai akhirnya sehingga kini saya makan mengikut kalori intake sepatutnya sahaja.
8. Belajar dan membaca :
– Masuk kelas, beli buku dan membaca, apapun jenis buku. Ia akan memberi impak kepada otak dan emosi kita. Banyak kajian dengan membaca mampu memberi impak hebat. Baca juga berkaitan kisah kisah inspirasi dan ilmu berkaitan diet. Ini menambahkan lagi ilmu dan dengan ilmu segala proses akan jadi lebih mudah.
9. Pilih kawan yang positif
– Kawan adalah pengaruh besar bagi seseorang. Jadi tak salah untuk kita yang ada matlamat untuk memilih dengan siapa kita berkawan. Bukanlah maksudnya kita tinggal atau pulau mereka yang tak positif, cuma kurangkan dan lebihkan masa kita berkawan dengan golongan yang positif.
– Kawan yang dapat mendorong kita akan mempercepatkan proses kita untuk turunkan berat badan.
10. Beri ruang kepada kesilapan dan terus betulkan
– Kita manusia biasa, adakala kita terbabas dengan disiplin yang kita tetapkan. Saya pernah bangun lewat, makan banyak, dan tidak workout dalam masa masa tertentu. Adakala berlarutan sehingga seminggu.
– Jika hal ini berlaku jangan malu mengakui kesilapan dan kesalahan. Terima kekurangan diri dan terus perbaiki. Hal begini paling banyak berlaku dan paling ramai gagal untuk handle. Akhirnya mereka hanyut jauh sekali lagi.
10 perkara yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya lakukan selama setahun saya turunkan berat badan sebanyak 65kg.
Tapi Hakikatnya ada masa saya juga kelaut dalam(istilah ni orang diet kenal benar). Saya juga hampir lemas. Cuma jika berlaku begitu segara bangkit dan perbetulkan keadaan.
Jika kalian nak ubah hidup anda dengan keputusan yang besar, maka ambil kawalan kepada benda benda remeh dahulu. Jika benda benda kecil seperti contoh nak kemas tempat tidur pun tak mampu, apatah lagi nak buang lemak hampir berpuluh kilogram tu.
Petua orang dulu-dulu kalau hendak dikira memang terlalu banyak dan ada yang masih amalkan hingga kini. Ini kerana bila mengamalkannya ada yang serasi dengan mereka. Antaranya melalui perkongsian daripada Emma Wan Noordin yang mengalami sakit kepala. Setelah beberapa kali makan ubat tetap juga terasa masih tidak sihat dan akhirnya rasa sakit tersebut dapat diredakan dengan minun air rendaman asam jawa.
“Dah seminggu sakit kepala teruk hari-hari kena makan panadol. Tu pun kadang tak hilang.
Call mak.. Dia cakap try minum air asam keping ni.”
“Rendam je sekeping dalam air suam biasa…tunggu 10 minit. Lepas minum separuh gelas tu… Terus hilang pening migrain. Macam magik je. Terkezut gigirl.. Ni tak yah makan ubat dah. Minum je air ni,’ tulisnya pada ruangan caption perkongsiannya.
Turut dijelaskan olehnya, “Ni untuk sakit kepala yang boleh cure dengan panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu tak pasti menjadi ke tak. Disarankan minum lepas makan ya.. Bukan perut kosong.
“Ni petua kalau sakit kepala.. Minum lah ni. Bukan amalkan hari-hari tanpa sebab sampai perut terhakis masam. Untuk yang gastrik ke darah rendah ke, mengandung ke apa ke.. Kalau makanan original ni kita consume dalam jumlah yang moderate tak membahayakan.
Lepas minum ni 2-3 sip saja kepala dah ok. Provided kena rilex lah.. Jangan lah tengok fon ke.. Stress ke masa minum tu.” jelasnya lagi panjang lebar bagi menjawab beberapa persoalan yang diajukan di ruangan komen.
Selain itu, ramai juga yang telah lama amalkan petua tersebut untuk merawat sakit kepala, antaranya Fiena Ahmad “sy amalkan jgk nie tp msa esk nya nk minum air gula.. Mmg membantu.. Sy pun klu rasa bnyk sgt mkn or minum mnis2 sy buat jgk air asam keping nie.. Minum 1 cawan teh jee.. X bnyk pun.”
Begitu juga Atiqah Umu turut akui bila dia sakit kepala sangat-sangat akan minum minum ni sahaja sebagai penawarnya. Zanalia Nor juga memberi komen tanda setuju, “Betul..mak sya pon selalu suruh buat mcm ni bila mengadu sakit kepala..petua org dlu2”
Manakala Suzilawati MN pula meluahkan rasa teruja untuk mencuba petua ini, “Nk cuba la..saya klau migrain mmg teruk..dpt kurangkan pn jd la”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila cakap bab berdiet untuk kurus, bunyinya macam mudah. Tapi ramai juga yang gagal melaksanakannya.
Di sini ada 11 cara diet yang bukan sahaja boleh turunkan berat badan, malah menyihatkan pula bila diamalkan.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih ini.
Ramai mengeluh sebab susah sangat hendak turunkan berat badan. Betul?
Apabila sudah turun, cepat pula naik beratnya. Tak konsisten. Motivasi untuk terus berdiet juga mudah hilang. Anda pernah rasa perasaan seperti ini?
Saya kongsi cara pemakanan dan diet terbaik yang membolehkan anda lebih mudah konsisten dengan diet harian. Jom ikut 11 langkah ini.
1.Makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari (sarapan, makan tengah hari, dan makan malam); Penting untuk diingat bahawa makan malam tidak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Dapat lima kali pun bagus.
2.Sebahagian besar pengambilan makanan harus terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Bahagikan hidangan makanan anda seimbang semua aspek termasuk ayam, ikan, kacang, telur, dan kacang.
3.Pilih makanan yang rendah lemak, kolesterol, garam (sodium), dan gula tambahan; lihat label item yang disenaraikan pada label makanan.
4.Saiz dan portion makanan; makan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi untuk menghilangkan lapar saja dan kemudian berhenti makan. Tak perlu sehingga betul-betul kenyang.
5.Makanan ringan boleh diterima dalam kesederhanaan dan harus terdiri daripada makanan seperti buah, biji-bijian, atau kacang untuk menghilangkan kelaparan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan.
6.Elakkan minuman manis dan bergula yang tinggi kerana kalori yang berlebihan dalam minuman tersebut.
7.Elakkan makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur untuk mengurangkan refluks gastroesophageal dan berat badan berlebihan.
8.Sekiranya seseorang marah atau tertekan, makan tidak akan menyelesaikan situasi ini dan boleh menyebabkan masalah menjadi lebih buruk. Kawal emosi anda adalah kuncinya.
9.Elakkan memberi ganjaran kepada kanak-kanak dengan makanan ringan manis; kaedah dan amalan sedemikian boleh menjadi kebiasaan seumur hidup mereka. Termasuk kita juga.
10.Gaya hidup vegetarian telah mula dipromosikan untuk gaya hidup sihat dan penurunan berat badan; vegetarian harus memeriksa dengan doktor mereka untuk memastikan mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan besi dalam makanan mereka.
11.Makanan yang dimasak akan memusnahkan bakteria-bakteria berbahaya dan patogen lain; jika anda memilih untuk makan makanan mentah seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, ia harus dibasuh dengan air yang benar-benar bersih (selamat untuk diminum) sebelum minum atau memakannya.