Buat ibu yang baru mula nak mencuba menyemai tanaman, ini ada cara yang cukup mudah, praktikal dan menjimatkan untuk dicuba. Umumnya apa yang kita tahu, kalau hendak menyemai benih mesti perlu ada pasu untuk ditempatkan di kawasan teduh sebelum dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu bersaiz besar.
Jadi apa kata, sebagai langkah pertama untuk bercucuk tanam di laman rumah, ada baiknya mencuba cara yang dikongsikan oleh saudara Matt Fauzi ini.
“Teknik mudah dan jimat nak mula tanam sayur2. Beli tanah dalam beg besar (rm10) dah boleh tanam sayur sebatas tak perlu beli pasu atau perlukan kawasan luas. potong bahagian atas bentuk kotak, lipat bahagian atas sebagai penutup. setengah jam dah siap semua. Jimat masa dan tenaga utk org muda2 berkebun”–Matt Fauzi
CARA-CARANYA:
1.Bawah plastic cucuk dengan pensil dalam 30 lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Pastikan bila potong petak pembukaan atas, ada lebih dalam 2-3 inch dari tepi supaya tanah tak keluar kalau hujan.
Ekstra info :
Dulu sye buat tebung lubang bulat2 dalam 9 lubang satu beg, tapi rasa tak perlu kot, rugi kawasan, boleh tanam pokok rapat2.
Plastic akan mereput dalam 1 tahun, lepas tu guna balik tanah tu, dia akan lebih byk organic matters.
sumber : Matt Fauzi Edison via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Isteri Ni Dapat Gaji Tetap & Jumlahnya Meningkat Seiring Kemampuan Suami. Memang Terbaik Praktis Cara Ni!
Beruntungnya seorang isteri apabila suami yang menanggung nafkah isteri tanpa cuai melaksanakan tanggungjawabnya. Malah tidak dengan itu menghargai dan menyayangi isterinya serta memberi layanan yang terbaik.
Demikian pula apa yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli tentang perihal suaminya yang sentiasa akan memperuntukkan ‘wang gaji tetap’,dibank in setiap bulan tanpa gagal.
Ayuh kita baca perkongsian daripadanya, semoga apa yang baik dapat dijadikan ikutan dan apa juga kekurangan dalam keluarga, kita perbaiki agar hubungan suami isteri sentiasa di dalam redo Allah.
Sejak usia 23 tahun selama 14 tahun ada seorang suami yang sentiasa on time memberikan ‘gaji’ kepada isteri. Selewat-lewatnya 28hb setiap bulan.
Tanpa perlu ditanya-tanya atau diminta-minta suami ini akan sediakan juga pakaian raya, set mandian dan keperluan asas isteri.
Kerana selain tempat tinggal, persalinan, keperluan asas dan makanan adalah kewajipan.
Kenapa isteri perlu minta jika ianya adalah sesuatu yang difahami oleh khalifah rumahtangga tentang perintah Allah?
Bermula dengan gaji seorang Techician cabuk hinggalah menjadi senior engineer, jumlah ‘gaji’ meningkat seiring dengan kemampuan. Bermula dari kadar pemberian pada tiga angka sehingga mencecah ke empat angka setiap bulan.
Dalam bahasa lebih mudah difahami ianya adalah nafkah terhadap isteri.
Biarpun isteri mampu menyara diri sendiri, tidak sekalipun ia menjadi alasan untuk si suami culas memberikan nafkah.
Dan mungkin.
MUNGKIN!
Kerana amalan inilah Allah permudahkan suami tersebut hingga mampu berhenti makan gaji pada sebelum usia 35 tahun.
Kerana amalan inilah Allah sentiasa memberikan jalan rezeki yang tidak berputusan buat suami tersebut.
Kerana amalan inilah segala yang diusahakan oleh suami selalunya menjadi kenyataan.
Kerana amalan inilah…
Amalan yang usah sesiapa pun anggap sebagai remeh.
Kerana suami sedar, amalan memberi nafkah bukan lah pilihan. Namun kewajipan mengikut kemampuan.
Kewajipan yang bukan YB Najib suruh atau Tun Mahathir arahkan. Bukan kewajipan PU Abu paksa semua suami buat. Bukan!
Namun kewajipan yang Allah perintah.
Melanggar perintah Allah lebih buruk hukumannya berbanding melanggar perintah Sultan.
Isteri adalah amanah. Kita jaga amanah Allah, maka Allah jaga rezeki kita.
Salam sayang
sumber : Marliya Ramli
Hati-Hati Bila Anak tiba Terbatuk Dan Susah Nak Bernafas. Baca Panduan Dr Ini.
Sedang anda menonton televisyen, anak anda tiba-tiba saja terbatuk-batuk. Beliau dilihat sedang termengah-mengah. Susah nak bernafas.
Apakah langkah anda pada saat itu?
Ingat, anak anda mungkin sedang tercekik. Beliau sedang bertarung dengan nyawa!
Pastikan anda lakukan langkah ini untuk bayi anda:
Minta bantuan kecemasan
Tiarapkan bayi di atas lengan.Letakkan kepala sedikit di bawah. Tepuk belakang dada di antara tulang belikat sebanyak lima kali
Letakkan bayi menelentang. Periksa mulut bayi. Keluarkan benda asing jika kelihatan.
Jika keadaan masih sama, letak dua jari di tengah-tengah dada. Lakukan tekanan sebanyak lima kali.
Untuk kanak-kanak berusia lebih setahun, sekiranya gagal setelah melakukan tepukan lima kali di belakang, lakukan tekanan di bawah diafragm ‘Heimlich Manouvre’ (Berdiri di belakang mangsa. Letak kedua-dua tangan di pinggang mangsa dan tekan abdomen ke arah dalam dan atas). Keluarkan benda asing jika kelihatan.
Jika anak anda tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangan buang masa. Lakukan CPR. Hubungi ambulans!
Saya tahu jika situasi ini berlaku kepada anda. Situasi panik boleh menguasai diri. Sebab tu amat penting untuk menguasai ilmu asas ini.
Semoga ilmu ni berguna untuk anda. Jangan lupa kongsi kepada pasangan anda dan juga orang yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
Soal Nafkah, Isteri Jangan Terlepas Pandang. Ikuti Peringatan Peguam Syarie Ini.
Ramai para suami menganggap soal nafkah sebagai perkara remeh. Mana taknya, kebanyakkan kes yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan dengan soal nafkah. Inilah yang dijelaskan oleh peguam syarie, Nurain Akma Khairunnisa menerusi facebook Peguam Syarie Nurain. Dalam hujahnya, beliau mengaitkan kesempitan hidup akibat sikuk map mengabaikan nafkah isteri yang membuatkan rezeki makin menghimpit. Dalam pada itu, beliau menasihati para isteri boleh memohon menuntut nafkah ketika dalam perkahwinan untuk mengelak tunggakkan nafkah apabila bercerai. Moga para isteri tidak terlepas pandang hal ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
NAFKAH ISTERI.
Kebanyakkan klien yang menghubungi saya, dalam 10 orang, mesti ada 5 orang yang mengatakan keperluan rumah tangga, itu ditanggung oleh isteri. Gaji suami tak tahu ke mana pergi. Kalau ada pun kena minta baru dapat itu pun setakat RM 50 dan RM 100. Nak beli apa bang? Kalau duit macam tu? Boleh tahan berapa lama je tu? End up, isteri yang berhempas pulas nak kena tambah duit belanja dapur.
Ada pulak yang bagi duit RM300 sebulan, tapi tak bagi pulak nafkah diri. Dalam tu la semua keperluan anak, keperluan bini, keperluan dapur, semua duk guna yang tu. Tu belum yang minta duit minyak , duit rokok lagi.
Hakikatnya, kesempitan rezeki itu tidak berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menyimpan duit itu penting, tapi harus mengenalpasti dan menimbangtara apa yang lebih penting.
Janganlah mudah2 cakap tak mampu. Saya pernah nampak orang lelaki buat dua tiga kerja semata-mata nak bagi anak bini makan. Inisiatif dia nak tambah pendapatan nak selesaikan anak bini.
HAK ISTERI KENA JAGA
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap duit yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki. Tak percaya? Cuba dulu…
Nabi SAW bersabda;
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman dan damai. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, nak beli barang solek (mekap) ke, baju baru ke, kasut baru ke, barang kemas ke, dan bukan hanya wang dapur semata.
Isteri kita tu manusia. Tentu ada minatnya juga. Macam para suami ada yang banyak menghabiskan duit utk kegemaran masing-masing, modified kereta la, beli barang2 game la, kumpul jersi la. Dari keluar ke kedai Mamak, belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja orang lain. Belanja ahli keluarga dulu sebaiknya, baru kawan-kawan.
Pesanan ringkas: jgn hairan kalau kita cakap kita kerja bagai nak gila tapi pelik semua masih tak cukup.. Ada ja duit kena keluar, tayar bocor la, kereta rosak la, anak sakit la. Kalau kita muhasabah balik, salah satu sebabnya kau kedekut dan berkira dengan isteri.. kau kedekut pada tanggungjawab & amanah kau.. isteri tak mintak RM 5000sebulan pun.. bagi setakat kemampuan je.. bg RM50 sebulan pn bini dh suka teramat asalkan semua keperluan rumahtangga ditanggung beres..kalau dapat bonus boleh bagi lebih sikit kan.
NAFKAH ISTERI TU ASING, TAK CAMPUR DENGAN DUIT KEPERLUAN DAPUR.
Ingat ya, keperluan isteri tu tanggungjawab suami.. nafkah untuk isteri tu asing ye.. tak termasuk skali duit beli keperluan dapur.
.
Utk para isteri yang nak tuntut nafkah isteri ni, boleh mohon dalam perkahwinan ye. Jangan nanti bila dah nak bercerai baru nak buat tunggakkan nafkah sedangkan masa kahwin dah boleh minta.
Bukan apa kalau dah bercerai baru nak ungkit tunggakkan nafkah yang dah bertahun-tahun, akan menyusahkan mahkamah dan para isteri sebab nak letak anggaran berapa, jumlah berapa, untuk satu-satu keperluan dan macam mana kita nak buktikan di mahkamah.
Akhir sekali, renung-renungkan dan selamat bermuhasabah.
Sumber: Peguam Syarie Nurain