Air soya di antara air yang selalu kita beli untuk menghilangkan dahaga. Paling famous pada bulan Ramadhan untuk dijadikan minuman berbuka. Tapi kalau dapat air soya homemade lagi nikmat!
Biasa beli saja kan, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri. Bukan sahaja mudah tapi lebih berkhasiat kerana tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa juga lebih segar.
Buat sendiri juga lagi jimat, modal RM 1.50 saja tapi boleh dapat 2 liter air soya. Menarik kan? Jom cuba buat nanti! Ikut saja resipi perkongsikan oleh Asrinna Bakri di bawah.
BUAT SENDIRI AIR SOYA HOMEMADE
Bahan-bahan:
Kacang soya
Gula
Daun pandan
Cara-cara:
1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.
Ads
2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.
3. Langkah ini PENTING. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.
Ads
4. Tapis guna penapis kain.
5. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih, boleh tutup api.
Ads
6. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sampai gula larut. Siap.
Untuk 250g kacang soya, dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.
Sumber: Asrinna Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali sekala mencuba menyediakan menu dari Pantai Timur untuk ahli keluarga mencuba rasa tidak salah kiranya kita sajikan hidangan nan satu ini;Gulai Ikan Ayo . Bukan sahaja mudah disediakan malah kelemakan rasa kuahnya memang istimewa. Enak dimakan bersama nasi panas. Jadi apa kata kita mencuba resipi ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Muhammad Syazwan Ahamd di fb group MAHN. Jom semak.
Hari tu p kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Ayo. Fuh sedap. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Ni kali kedua buat. Kalau salah, ajar la no.
.
Bahan-bahan:
Ikan Ayo Kurik (juga panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Cara Penyediaan :
.
1. Satukan santan, bahan kisar.
2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
.
3. Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.
.
4. Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi hangus mungkin tidak lagi relevan dengan kegunaan periuk nasi kita yang praktikal. Tapi kalau kenduri kendara kita tak terlepas daripada mengalami masalah ini kerana mungkin ada sesetengah tempat yang masih menggunakan periuk biasa.
Memasak bubur nasi adakalanya jika tidak sentiasa dipantau, bubur boleh hangus dan kesannya meninggalkan bau yang amat kuat pada bubur kita.
Jika mengalami masalah begini, pastinya membuang nasi atau bubur bukan tindakan yang bijak.
Kecewa namun janganlah sampai nasi atau bubur tersebut dibuang begitu sahaja. Dua cara ini mungkin membantu anda kurangkan bau hangusnya. Namun pastikan ia dilakukan ketika nasi masih panas dan cepat-cepat buat tindakan ini. Memang berjaya!
# Cara 1 – Cili Padi
Ketika nasi masih panas, ambil satu atau dua biji cili padi dan buang tangkainya. Basuh bersih kemudian letakkan di dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Hasilnya bau nasi hangus akan menjadi berkurangan. Cubalah.
# Cara 2 – Kentang
Ambil sebiji kentang dan belah menjadi empat bahagian. Letakkan ke dalam nasi dan tutup periuknya. Biarkan seketika dan keluarkannya. Hasilnya bau hangit akan diserap dengan sendirinya dan boleh dimakan tanpa bau yang kurang enak.
# Cara 3 -Cili Kering
Sama seperti cili padi, anda boleh juga menggunakan cili kering bagi menghilangkan masalah ini. Ia masih berfungsi menyerap segala bau hangit tadi.
# Cara 4 – Daun Pandan
Usaha lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan daun pandan. Ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan dan kemudian letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. Nasi bukan sahaja hilang baunya tetapi lebih harum.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat?
Rupanya ada bahan rahsia yang boleh buat kita ketagih nak makan . Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi. Selamat mencuba!
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Inilagh bahan rahsia itu
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Cuba tau kawan-kawan MAHN. Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.