Viral di media sosial berkenaan kemurniaan hati seseorang yang tidak bernama apabila meninggalkan sekeping nota yang cukup ringkas tulisannya namun cukup tinggi nilainya. Ini sekali gus mencuri perhatian warganet apabila dikongsikan oleh pemilik warung Pok Choh yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.
— Assalamualailum, Mohon Maaf, saya ambik air paip kat kedai ni. Di sini saya sertakan duit rm2#. Kereta mati. TQ —
Difahamkan menurut Mohd Fazli Jusoh atau lebih mesra disapa Abang Hogan, kedai makannya ditutup beberapa hari bersempena cuti panjang ketika mengundi baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Warung kami berdekatan Airport Kuala Terengganu. Kami jual sarapan, antara menu Nasi Dagang nasi lemak dan sebagainya.
Ads
“4 hari lepas kami cuti, esok akan mula meniaga selepas mengundi marin. Bila kemas-kemas kedai, terjumpa nota ni terselit atas meja tempat kami biasa hidangkan lauk-lauk. MasyaAllah.. hebat orang ni” ujarnya ikhlas memuji tindakan tersebut.
Menyedari betapa murninya hati si pemberi nota tersebut, wang yang diberikan telah dimanfaatkan, bukan untuk tujuan peribadi malah dijadikan wang sedekah untuk manfaat yang lebih berganda.
“Moga dipermudahkan urusan awak sekeluarga, insyaAllah. Nanti kami masukkan duit ni dalam tabung madrasah.
“Sebenarnya dok perlu pon bayar setakat air paip tu. Ambik jer sebanyak mana yang perlu, moga pahala terus mengalir ke pusara ayahanda Pok Choh.. Amiin,” ujarnya yang juga suatu ketika dahulu pernah diuji dengan mengidap kanser limfoma tahap 4.
Ads
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..-Netizen
Meninjau diruangan komen, warganet memberikan pujian dan wajar sifat yang baik ini terpahat kukuh dalam diri setiap antara kita.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..,” komen salah seorang netizen.
‘Mohon jangan cuti sampai 4 hari lain kali,” seloroh salah seorang warganet.
Ads
Dan tidak kurang juga ramai memuji tindakan orang tersebut. “Bagus la gitu ia maklum pada owner kedai,” komen yang lain.
“Allahu. Budi pekerti yang baik orabg yang amik dan bagi. Moga pahala buat semua,” ujar yang lain pula.
“terbaik..moga pahala berlipat kali ganda..dan mengalir seperti air sungai yang deras,” doa yang lain pula.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu, mengandung dan melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Kerana itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Ucapan seorang graduan PhD dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mewakili graduan siswazah dalam majlis Konvokesyen USIM ke-16 cukup terkesan di hati.
Keyakinan dan DOA seorang ibu, siapa sangka Dr. Kamilin Jamilin mampu lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya. Ikuti perkongsiannya di dalam akaun Facebook miliknya.
“Saya tidak merasakan apa-aoa kerunsingan kerana ada ibu yang mendoakan saya. Setiap pagi, ibu akan bangun solat dhuha sejam lamanya tidak kurang, dan atas doa ini saya tidak pernah runsing atau risau.
“Siapa yang kenal saya, mungkin lihat di malam exam ketika orang lain strugle untuk exam. Tapi saya main bola atau makan. Ada yang tanya tak risau exam esok, saya kata buat apa risau, saya ada mak yang mendoakan dan saya tahu mak saya sanggup berdoa dan berpuasa demi kejayaan anak-anaknya.
“Komitmen dan urusan pelbagai,mmembuatkan saya sibuk. Ibu bertanya sama ada saya risau untuk Viva, saya kata buat apa risau, ibu kan berdoa. Ibu kata insyAllah aku doakan saya lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan. Saya kata mak mustahil tak ada. tapi mak doakan minor correction pun sudah memadai kerana tesis saya besar. Tapi mak kata dia tetap nak doa Tesis saya lulus tanpa pembetulan.
Alhamdulillah Allah tutup aib dan mudahkan urusan. Doa ibunya dimakbulkan.
“Dalam keadaan kita menempuh perjalanan PhD dengan penuh duri dan pancaroba serta pelbagai komitmen, saya ketika menulis buku, berjaya menyiapkan 4 buah buku, dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa termuda negeri dan pelbagai lagi komitmen mustahil untuk berjaya dalam tesis atau proses PhD.
“Tapi saya tak runding dan khuatir kerana ada doa dari ibu dan ayah. Itu saya sangat pegang dan yakin. dan pada masa yang sama, buat saya bimbang suatu hari nanti kalau Allah ambil mereka dari saya, ketika itu saya risau adakah masa itu saya masih lagi boleh berjaya. Adakah kejayaan kita akan terbang entah ke mana.
“Pesanan saya kepada diri dan semua, hargai ibu bapa. Mereka rahsia kejayaan kita selama ini. jangan sangka kita berjaya kerana usaha dan kepandaian kita. Sebaliknya kita lupa ada insan yang mengalirkan air mata mendoakan kejayaan kita,'”ujar Dr Kamilin lagi.
Dr. Kamilin telah dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research) serta diberi peluang memberi ucapan khas mewakili graduan siswazah di majlis konvokesyen USIM ke-16.
Dr Ustaz Kamilin Jamilin peroleh PhD TANPA SEBARANG PEMBETULAN 😲, sehingga dinobat graduan terbaik USIM. Itu saja sudah cukup wow. Tapi kisah dibelakang lebih menakjubkan.Kredit: USIMTV
Dari pernah melalui kehidupan ‘0 markah’ selama 6 tahun berpindah randah sekolah sehinggalah kembali fokus belajar selama sekitar 3 bulan untuk mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah (SPM).
“Allah telah mengatur hidup saya dengan ‘memadamkan’ impian karier saya untuk menjadi arkitek ternama dunia dengan menerima tawaran belajar di Universiti Islam Madinah semasa masih di tahun pertama matrikulasi UIA.
Tidak pernah saya impikan untuk menceburi bidang Hadis atau Pengajian Islam, bahkan dahulunya saya sungguh tidak meminatinya.
Di Madinah, setahun saya terpaksa ‘struggle’ belajar bahasa arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih jurusan Hadis, suatu bidang yang ketika itu saya langsung tiada idea mengenainya.
Dahulu sangat kurang mereka yang boleh memberi inspirasi kepada kita yang ketika itu masih sangat jauh dari ilmu agama.
Ketika menerima Anugerah Canselor.Ketika menerima Anugerah Canselor. Kemudian saya menempuhi 4 tahun pengajian di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam tanpa pernah ponteng (kecuali beberapa kali disebabkan demam teruk dan pergi menyaksikan hukuman Qisas).
Alhamdulillah untuk peringkat Sarjana Muda ini saya telah mendapat Anugerah Khas Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas kecemerlangan pengajian.
Saya yang ‘kehabisan bateri’ ketika itu mengambil keputusan untuk pulang berehat seketika di tanah air mencari rezeki.
Dengan prinsip yang saya selalu bisikkan pada diri: “Buat yang terbaik Kamilin!” beliau berjaya tamatkan pengajian sarjana selama 4 tahun di sana tanpa sebarang penangguhan.
Tesis hadis saya yang sebanyak 4 jilid, 1800 halaman itu juga dinilai cemerlang tanpa sebarang pembetulan dalam suasana ‘viva’ yang sangat mencemaskan, sehingga saya dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang tahun 2013 oleh pihak Universiti.
Bahkan pada keputusan akhir viva tersebut, penilai tesis saya Prof. Dr. Ahmad al-Batili menyebut: “Andai universiti ini mempunyai sistem upgrade ke Ph.D, nescaya kami sudah upgrade tesis anda kepada Ph.D!”.
Saya jawab: “Tak apa, saya tidak kisah, bukan itu yang saya kejar. Saya cuma mahu peluang menimba ilmu”.
Dianugerahkan dengan Anugerah Canselor.Dianugerahkan dengan Anugerah Canselor.
Pada akhir tahun 2014, Dr Kamilin kembali meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah di kala hidupnya dipenuhi dengan pelbagai komitmen.
Berkat tawfiq dari Allah, dalam tempoh setahun setengah saya telah berjaya menyiapkan tesis saya yang setebal 1500 halaman (tinggal edit sahaja).
Saya masih ingat lagi kali terakhir saya ‘menyentuh’ tesis saya di laptop ialah ketika malam hari ketika ‘contraction’ isteri menanti detik kelahiran anak kedua saya.
Selepas itu, setahun setengah saya ‘berehat’ dari tesis kerana sibuk dengan komitmen luar, menulis buku, jurnal, dan pelbagai lagi.
Sebab itu saya masih lagi tidak mahu submit tesis saya hingga akhir tempoh 3 tahun yang diberikan.
Dalam tempoh tersebut saya berjaya mendapat Anugerah Karya Asli Terbaik (Kategori Bahasa Arab) oleh badan penerbitan USIM, kemudian 4 lagi buku saya berjaya diterbitkan sepanjang tempoh ‘cuti belajar’ saya selama 3 tahun itu.
Malah, beliau berjaya menghasilkan beberapa jurnal dan melakukan beberapa kajian bergeran bersama sahabat di USIM walaupun saya masih lagi dalam proses ‘bercuti’.
Ketika itu juga saya dihubungi sendiri oleh SS Datuk Mufti Dr. Zulkifli Al-Bakri di suatu pagi yang berhasrat melantik saya sebagai Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan, dan kemudian sebagai Jawatankuasa Penasihat Lajnah MSN MAIWP.
Tidak lama selepas itu saya dilantik pula sebagai Jawatankuasa Penerbitan Negeri Perlis, dan di akhir pengajian ketika pertemuan saya dengan SS Datuk Mufti Dr. MAZA suatu malam, beliau bercadang untuk melantik saya sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis. Allah yang tahu betapa erti masa ketika itu sangat saya hargai.
Saya ingat lagi ketika dalam suatu mesyuarat di Kuala Lumpur, beliau bertanya pada saya: “Bila viva?”, dan saya hanya menjawab “Tak lama dah insyaAllah Dato”, sedangkan esok hari sebenarnya ‘viva-vorce’ saya.
Boleh tahan cemas menanti detik ‘viva’ sedangkan saya tidak bersedia apa untuk ‘viva’ esok hari. ‘Slide’ Powerpoint untuk dibentangkan esok juga masih tak buat-buat.
Saya hanya mendapat notis ‘viva’ seminggu lebih sahaja sebelum tarikh ‘viva’ dengan saya yang ketika itu sedang mengembara ke Indonesia.Namun Alhamdulillah Allah tutup aib saya dan mempermudah segala urusan dengan memberikan natijah lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilid saya itu.
Saya pasti banyak kekurangan jika mahu dicari aibnya, namun saya percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
Akhirnya ini hanyalah kejayaan dunia, sedangkan kejayaan akhirat jualah yang dicari dan kekal abadi.
Andai kejayaan dunia ini saya tidak manfaatkan untuk mencapai kejayaan akhirat, hakikatnya saya hanyalah orang yang sangat rugi.
Ini yang dinamakan kreatif. Kalau memang punya bakat dan kemahiran , benda simple pun nampak menarik.
Hasil kreativiti seorang ayah. bilik kosong yang sudah usang akhirnya berubah wajah. Simple tapi sweet…si ayah ini transform bilik kosong yang usang kepada bilik mainan anak perempuannya dengan tema ‘Farm House’ cukup menarik mata memandang.
Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.
Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.
Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.
Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.