Usah pandang enteng akan perihal seks kerana ia mampu membuatkan mood down secara tiba-tiba kala di ranjang. Soal kebersihan diri baik anda mahupun pasangan amatlah dititik beratkan. Usah pandang sebelah mata!

Mungkin anda dilihat kemas, kacak, cantik dan bergaya kala ke pejabat, namun semua itu tidak menjamin akan hebatnya anda di ranjang. Ketahui elemen dan aspek mengenai kebersihan diri yang selalunya membantutkan keinginan seks anda.

1. Bau Mulut Kurang Enak
Ini masalah berat! Bau mulut bukan terjadi disebabkan oleh tidak memberus gigi semata-mata sebaliknya ia bagaimana cara anda menjaga kebersihan gigi dan mulut secara keseluruhannya. Masalah kesihatan dalaman anda juga boleh dikaitkan dengan masalah bau mulut yang kurang enak. Cubalah rawat masalah anda ini secepat mungkin supaya pasangan lebih berselera untuk bersama.

Mood Boleh ‘Down’ Bila  8 Hal Ni Suami Isteri Tak Ambil Kisah!

2. Masalah Bau Badan
Bau badan bukan masalah picisan yang perlu dilepaskan untuk difikirkan setiap daripada kita. Lelaki terutamanya cukup terdedah dengan masalah ini. Ambil kisah akan masalah ini. Pastikan sebelum bersama pasangan, anda bersihkan badan terlebih dahulu dan pakailah wangi-wangian yang mampu membangkitkan ghairah anda dan pasangan.

Bau badan yang kurang menyenangkan memang membantutkan aura untuk bersama. Pemakanan juga perlu diambil kira untuk memastikan bau badan sentiasa segar.

IKLAN

3. Badan Tidak Bersih
Sesekali sentallah daki-daki yang berkarat di badan supaya lebih licin dan kelihatan lebih bersih. Usah biarkan bahagian ketiak, tengkuk dan celahan kelangkang menjadi gelap dan tidak menaikkan aura untuk anda menjelajah lebih hebat. Apa salahnya anda memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah ini diatasi.

Mood Boleh ‘Down’ Bila  8 Hal Ni Suami Isteri Tak Ambil Kisah!

4. Atasi Jerawat
Memang jerawat buat anda rasa tidak yakin untuk berhadapan dengan sesiapa jua. Jika jerawat yang disebabkan oleh peralihan hormon setiap bulan pastinya tidak menjadi soal, sebaliknya berusahalah untuk memulihkan masalah jerawat yang kritikal seperti jerawat dalaman yang sudah bertahun-tahun lamanya. Pastinya ini membuatkan kurangnya keyakinan diri untuk ‘bersama’ dengan pasangan.

IKLAN

5. Jaga Alat Sulit
Kawasan ini harus diberi keutamaan. Bersihkanlah setiap celahannya supaya bersih dan tidak berbau. Potong dan kemaskanlah bulu- buluan di sekitarnya setiap kali mandi, apatah lagi ketika waktu hendak ‘bersama’.

Amalkanlah pembersih alat sulit bersifat herba yang mampu membersihkan kawasan dalaman sekaligus. Jika punya lebihan modal, bersauna dengan herba mampu mengatasi masalah dalaman ini. Berusahalah!

6. Cukur Bulu-Buluan
Siapa kata bulu-buluan tidak punya impak pada penampilan diri dan kebersihan. Cukurlah apa jua jenis bulu secara berkala supaya ternampak lebih kemas dan bersih. Bulu ketiak misalnya, usahlah dibiarkan panjang terutama sekali bagi isteri. Namun suami juga tidak harus mengabaikan masalah ini. Kemaskan!

IKLAN

Mood Boleh ‘Down’ Bila  8 Hal Ni Suami Isteri Tak Ambil Kisah!

7. Sental Kaki
Siapa kata kaki tidak memainkan peranan besar dalam hubungan seksual. Sepasang kaki yang runcing, licin dan halus pastinya membuatkan pasangan terpukau dengannya. Jangan dibiarkan kulit kaki kelihatan kering, kusam dan berkeping-keping kerana ini akan membuatkan kurang selera pasangan kala melihatnya. Sentallah hingga bersih dan kenakan sapuan losyen saban hari. Kuku kaki usah dibiarkan panjang. Buruk kelihatannya!

8. Rambut Berbau
Benar rambut yang kita miliki tidaklah secantik selebriti yang mampu ke salun setiap minggu semata-mata untuk merawat dan merapikannya. Benar kekangan kewangan turut mengganggu, namun ada caranya untuk memastikan rambut bersih dan bermaya.

Bersyampulah setiap hari dengan perapi yang sesuai dan kemaskan. Jangan biarkan rambut kusam, tidak bermaya dan berbau dek kerana tidak bersyampu. Jika punya bajet yang lebih, kenakanlah serum khas untuk rambut anda. Cukuplah menampakkan ia sihat, bersih dan berbau harum.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI