Bagi penggemar roti pasti menjadi pilihan utama untuk minum petang bersama seisi keluarga. Malah roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti untuk hidangan seisi keluarga.
Jika anda inginkan hidangan yang simple untuk minum petang, bolehlah hidangkan roti dengan pencicah sikaya. Hidangan ini enak dimakan waktu panas-panas.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Ads
Roti sekaya ..sesedap rasa .
Ads
Resepi :
5helai daun pandan(blend 1cwn air/tapis ambik air jer)
1bj telur
1kotak santan @ 1tin susu cair
1sb tepung jagung
Gula n garam secukup rasa .
Bancuh semua bahan bg sebati ,letak atas dapur bg mendidih . Kacau selalu jgn bg berketul , ok dh siap .
Saya guna roti gardenia ,kukus dulu sblm di hidang .
Menu laksam yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang, memang enak dimakan. Tidak kiralah sebagai menu sarapan hinggalah dinikmati untuk minum petang bersama keluarga tercinta.
Menyentuh tentang penyediaan laksam agar terlihat cantik gulungan dan teksturnya, ada skil dan resipinya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Sue Norwani ini.
LAKSAM:
6 cawan – tepung beras
1 sudu besar – tepung gandum
1 sudu kecil – garam
9 cawan – air suam
1 sudu besar – minyak masak
KUAH:
1 kg – Ikan selayan/sardin (#direbus)
500 g – santan pekat
Bawang merah
Bawang putih
Halia – sikit je
Lada hitam
Garam
Asam keping
Air
#ikan rebus:
ikan
garam
nise/gula melaka
asam keping
sedikit air
SAMBAL:
Cili api
Garam
Gula
Cuka
ULAM:
Daun kesum
Bunga kantan
Pucuk serai kayu
Kacang panjang
Kobis
Tauge
Ekstra Info
🖋️Keadah masak adalah kukus
🖋️Saya guna loyang pizza jenis non stick, saiz 10 inci.. Beli kat kedai bakery. Ada juga dijual di kedai2 homeware, pasaraya, shopee dll
🖋️Masih perlu sapu minyak kat loyang
🖋️Utk dapatkan laksam yg elok, gulung ketika suam.. Bukan time panas @sejuk. Saya guna 4 loyang.. Gulung ikut giliran
🖋️Adunan ni dapat hasil dalam 15 gulung laksam
🖋️Saya guna tepung beras cap gajah sekor.. ia bukannya pilihan yang terbaik. Tp senang nak dapat kat tempat saya tinggal
🖋️Boleh guna tepung beras cap lain
🖋️Sukatan air biasanya bergantung pada kualiti tepung beras. Kalau lembek, tambah la sedikit lagi tpg beras @sebaliknya
🖋️Kalau suka mkn laksam dgn kuah yang banyak.. Boleh kurangkan adunan laksam.. Tepung beras 5 cawan, air suam 7 cawan setengah
🖋️Apa fungsi dulang & tuala putih kat sebelah tu? Tempat penutup kuali ‘landing’ ketika proses pengukus
🖋️Boleh guna ikan lain? Boleh… Ikut selera masing2
🖋️Nak letak berapa senduk adunan dlm loyang? Ikut la byk mana pn.. Asal boleh gulung
🖋️Kuali beli kat mana? Beli kat bangi 13thn yg lps.. Ada org jual kat tempat keja
🖋️Jaring pengukus beli kat mana? Ada jual kat kedai2 homeware
Sumber : Sue Norwani via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Aiskrim Kesukaan Ramai, Siap Ada Filling Cream Cheese. Sekali Buat, Dapat 60 Batang!
Sebut sahaja tentang Aiskrim Malaysia tentu ada yang terus terkenang memori ketika zaman kanak-kanak. Memang boleh dikatakan hari-hari akan makan aiskrim selepas pulang dari sekolah. Maklumlah harganya murah, 20 sen sahaja.
Namun jika ingin lebih puas hati, selalunya buat sendiri sahaja memandangkan tidak susah pun untuk membuatnya dengan pelbagai perisa seperti aiskrim milo, aiskrim asam, aiskrim bandung dan pelbagai lagi.
Pun begitu seiring peredaran masa, Aiskrim Malaysia dilihat begitu lebih bervariasi dan premium rasanya. Ini seperti mana perkongsian resipi aiskrim berperisa dengan filling cream cheese yang dikongsikan oleh Nurul Zainuddin.
Menurutnya disebabkan keenakan rasa aiskrim tersebut, aianya mendapat permintaan ramai dan sekali gus telah mendatangkan rezeki buatnya sekeluarga.
Aiskrim Berperisa Filling Cream Cheese
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
1.Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.
2.Letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3.Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
5.Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6.Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.
7.Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna.
Setiap kali menjelang bulan ramadan, pasti lauk ini menjadi salah satu ‘wajib’ ada di atas meja bersama hidangan lain. Namun, kini telur masin sudah menjadi menu biasa. Baik dihidangkan bersama Nasi putih ataupun dijadikan bahan tambahan dalam masakan lain
Mungkin cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan membuatkan telur masin menjadi pilihan ramai. Terasa keenakkannya bila disalut pada Ketam Masak sambal ataupun Nasi Goreng.
Jika anda gemarkannya, apa kata anda buat sendiri telur masin. Jika tiada telur itik, boleh saja kalau menggunakan telur ayam.
BAHAN-BAHAN:
13 biji telur ayam | dibersihkan
1 cawan garam kasar
2 ½ cawan air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
Padamkan api dan biar air garam betul-betul sejuk.
Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam baling dan masukkan air garam yang telah disejukkan tadi.
Tutup balang dan simpan selama 2 minggu sebelum dicuba.
Sumber: Rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di