Mudah Je Nak Buat Kek Minyak Sunquick Kukus Ni, Resipi Guna Cawan Je. Simple Tapi Sedap. Ini Resepinya!

Share

Kek minyak memang cukup digemari ramai, resipi yang simple dan cara buat pun mudah.

Jika ibu-ibu teringin nak buat untuk minum petang atau sajian hujung minggu nanti, boleh lah cuba resipi ini.

Menggunakan bahan yang mudah dan caranya pun tidak rumit. Guna pengisar pun dah boleh dapat kek yang gebu Dan lembut. Nah admin kongsikan resipi daripada puan Masni Bahari

Kek minyak sunquick kukus..alhamdulillah menjadi dgn gebunya…ada yg suka x🙋‍♀️

Edit resepi..

Kek Minyak Sunquick Kukus

Bahan-bahan

4 biji telur..

2 cawan tepung gandum..

1cawan gula..blend halus

1 cawan susu cair..

1cawan minyak masak..

1sudu besar ovelet..

1sudu besar baking powder..

3 sudu besar pati sunquick..nak lebih silakan

Skit pewana oren..

Caranya..

Satukan semua bahan kecuali tepung minyak susu cair..mixer bahan td sampai jadi putih gebu. Kemudian, baru tuang susu cair minyak..mixer sebati baru tuang tepung..adun sebati.

Sapu minyak skit dekat loyang alaskan dgn kertas minyak..pastu kukus selama 45minit sampai masak na.

Pastikan air betul2 mendidih baru letak adunan kek tadi. Siap!

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

 

IKLAN