Mudah Je Nak Buat Teh Rozel Ni. Nak Tahan Sampai Setahun, Simpan Tempat Kering. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Biasa tak minum teh rozel? Rupa-rupanya Rozel ni ada banyak jenis warna, biasa admin tengok yang merah sahaja.

Bagi yang ada pokok Rozel dan nak cuba buat teh, jom cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Dayah Hayad. Mudah je caranya, dan kalau simpan dengan baik boleh tahan sampai setahun.

Rozel yang biasa ditanam di kawasan kampung. Warna merah sedikit gelap. Tapi ini bukan rozel jumbo/ giant. Yang ni kecil sedikit dari rozel jumbo.

Untuk perkongsian bersama. Rozel ada banyak jenis. Setakat ni saya pernah tanam 6 jenis rozel. Rozel merah, rozel putih & rozel hijau. Setiap jenis ada rasa tersendiri.

Rozel putih. Warna air macam dalam gambar tulah. Saya lebih suka rozel putih. Ada rasa tersendiri.

Tanam sepokok pun dah banyak buahnya. Selain dibuat jus segar, jem & halwa, boleh juga dikeringkan untuk dibuat teh. Boleh simpan lama, mudah dibawa ke mana-mana & nak bancuh pun lebih senang.

Di sini saya letakkan gambar sahaja. Sesiapa yang nak tengok video bolehlah lihat di sini https://youtu.be/OMlPPPwAToc

Cara membuat Teh Rozel

1. Mula-mula, cuci rozel dengan air paip + garam kasar untuk hilangkan kotoran yang ada. Kena cuci satu-satu sebab ulat bulu, semut & labah-labah suka bersarang dalam kelopak rozel ni.
2. Lepas dah cuci dengan air garam, bilas dengan air paip.
3. Kemudian toskan.
4. Saya guna oven pengering makanan. Lebih cepat. Kalau tak ada oven pengering boleh jemur di bawah cahaya matahari. Mesti Ada yang tertanya-tanya, oven biasa boleh guna ke? Saya pernah guna oven biasa tu. Hasilnya: Hangit! Walaupun dibakar dengan pintu sedikit terbuka. Entahlah, mungkin saya yang tak pandai gun
5. Set suhu maksimum 80°c. Tempoh Masa 4 @ 5 jam.
6. Bila dah kering macam nilah saiznya. Jauh berbeza.
7. Kemudian kisar guna balang pengering. Seeloknya lepas keluar dari oven terus kisar. Hasilnya akan lebih halus & cantik. Nak kisar pun senang sebab rozel tu masih garing. Sekali mesin je dah jadi. Kalau simpan dulu baru kisar, mungkin kena ulang mesin banyak kali.
8. Inilah hasilnya.
9. Siap! Uncang teh tu saya beli di Shopee. Boleh guna tali atau gam guna impulse sealer. Simpan di tempat kering, boleh tahan sampai setahun.

Maaf jika ada kekurangan. Betulkan jika ada kesilapan.

Terima kasih 🤗

IKLAN