Apabila bergelar ibu dan isteri, tentu kaum wanita sentiasa mencari idea-idea menu masakan untuk seisi keluarga. Masakan yang dihasilkan akan memberikan aura kasih sayang kepada keluarga. Bagi yang gemar membuat kek untuk seisi keluarga, boleh mencuba cara membuat kek paling mudah. Caranya ialah hanya guna rice cooker. Kepada nak cuba cara masak guna rice cooker ni jom cuba cara Puan Jun Din.
Kek minyak versi rice cooker
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1cawan susu pekat 5 biji telur 1 sk vanila 1 sb b.powder 1 sb ovellate 1 cawnn minyak Pewarna ikut suka
*Masukan adunan kedalam periuk nasi. Buat corak ikut suka.
-Saya tak lapis cuma tompokkan sahaja.Dah siap, masak macam masak nasi. Just tekan butang periuk. Dalam masa sekejap sahaja butang tu akan naik. Tak pe biar je, dalam 10 ke 15 minit tekan semula butang tu. Buat lah begitu sehingga kek masak.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelbagai jajan yang dijual dipasaran menyebabkan sesetengah ibu bapa rungsing kerana anak-anak cukup menggemarinya. Jajan sebegini mengandungi banyak bahan oerasa yang tidak baik untuk kesihatan anak-anak.
jadi sebagai ibu bapa kena alert makanan yang macam mana menjadi pilihan anak-anak. Justeru, ibu-ibu kenalah kreatif sikit.
Sekali pandang, jajan ini seperti kuih gunting. Teksturnya rangup dan sesuai dijadikan finger food. Yang penting tak keras, barulah baby boleh makan dengan mudah. Ibu-ibu pun tak perlu risau anak tercekik.
Jom kita cuba resepi snek bayi sihat tanpa garam, gula atau bahan perasa MSG oleh puan Nur Adiba Amira yang dikongsikan menerusi Facebook beliau.
Keropok sihat utk anak, bebas Segala bahan perasa yg x bagus utk kesihatan anak, xperlu risau, anak bebas utk makan jajan homemade ni, sambil berangan tgk View luar ka, ank sy ni kuat berangan betul😂 Step by step ada Di setiap gambar, Scroll dari gambar Terakhir dahulu utk step pertama… Anak sy 1y11m26d
5. Sediakan kuali dan panaskan atas api.
6. Goreng dalam minyak banyak (deep fry).
7.Mula-mula guna api besar, bila dah nampak gelembung tu bolehlah kecilkan api.
8.Angkat bila dah keperangan.
Toskan dan tunggu sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim panas ni tentunya kita minum air putih lebih banyak. Selain itu, kita tentu juga akan mencari makanan yang jenis sejuk. Buka freezer je mencari makanan yang enak.
Buat Bagi penggemar ‘cheese’ resipi ‘Cheesy Layer’ ini antara yang wajib dicuba. Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut, makan sejuk-sejuk.
Resipi viral ini oleh puan Irna Harlina mendapat share sehingga 20K. Siapa nak buat jualan boleh cuba!
Ingat lagi tak saya pernah share kan resepi aiskrim yogurt dulu? Kali ni, saya nak share kan satu lagi resepi desert yang sangat sedap, nampak serupa tapi tak sama.. Cheesy Layer ni pun antara best selling saya dulu. Sekali buat, memang tak kurang dari 80 bekas… Alhamdulillah. Ni pun antara favourite encik suami, sampai dia sanggup belajar untuk buat sendiri tau. Korang cubalah pulak. Jangan mintak saya buka order pulak ye…
Sejukkan dalam peti sejuk atau chiller sekurang2nya 6 jam atau semalaman lebih baik. Dalam gambar saya selitkan kaedah double boil untuk buat Coklat Ganache.
Sayur yang disimpan lama dalam peti sejuk memang akan mudah layu dan tidak lagi segar sebelum sempat di masak. Bagi mengelakkan pembaziran dan kurang khasiatnya, apa kata anda cuba petua dan tip yang dikongsikan ini.
Menurut perkongsian di Baja Ezigrow Pekan Nanas, sayur yang direndam dengan garam diikuti beberapa langkah-langkahnya akan mampu bertahan selama 2 minggu di dalam peti sejuk. Menarikkan? Jadi, jom kita cuba. Elakkan pembaziran!
CARA MENYIMPAN SAYURAN TAHAN LAMA
Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.
1. Rendam Sayur
Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.
2. Tambah Garam
Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.
3. Toskan
Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.
4. Simpan Dalam Bekas
Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya. Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.
5. Ini Hasilnya Selepas 2 Minggu!
Ini stok sayuran yang telah disimpan selama 2 minggu. Macam tak percaya bukan? Masih segar-bugar macam yang baru dibeli dari pasar!
Selamat mencuba
Sumber: Baja Ezigrow Pekan Nanas
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.