Mudahnya Tanam Pokok Lemon Guna Biji Benih. Rupanya Kena Sunatkan Dulu Benih, Wanita Ni Kongsikan Caranya! !

Share

Nak cuba tanam pokok lemon? Ada banyak cara sama ada keratan batang dan daun, ia juga boleh menggunakan biji benih. Beli buah lemom dan ambil biji benihnya.

Jom cuba cara  Liyana Mohd Poad  yang berkongsikan idea menerusi page Berkebun Untuk Beginner.

Assalamualaikum.Hari ini di pagi Jumaat yg barokah, saya nak ajar ahli ahli group cara utk tanam pokok lemon melalui biji benih.

Ikut semua step yang mudah di bawah.

Cara tanam:

Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yg bersaiz besar.

Rendam semalaman di dlm satu bekas slps disunatkan. Air hanya perlu paras lemon shj. Tak perlu byk.

Ini bentuk biji lemon slps disunatkn dan direndam semalaman.Senang aje nk sunatkn. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lbih mudah.

Sunatkn mcm ni.. Alaaa, mcm tok mudim sunatkn budak.. Potong sikit aje… Hihi.

Tebuk begini mangkuk polisterine spy mudah disemai.

Begini jadinya.

Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bg lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tegari cukup.Saya letak atas batu dskat dgn pagar.

Setelah 3 minggu.Bagi full cahaya.

Setelah sebulan setengah.

Hampir dua bulan.

Byk daun daun baru yg keluar slps ditabur dgn Epsom salt bulan lepas.

Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

 

 

 

IKLAN