Semalaman tak cukup tidur memang buat kulit muka terjejas. Kulit jadi kering, kusam dan tak bermaya.
Kalau tiba-tiba hari ni ada majlis baik anda pulihkan segera dengan tip di bawah ni. Kulit makin cantik dan nampak segar serta merta. Wajib cuba!
1.Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Ads
2. Basuh muka dengan air kelapa
Ambil air kelapa dan cuci muka dengan air kelapa, biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
3. Bancuhan serbuk kunyit dan madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Ads
4. Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
Ads
5. Skrub beras pulut
Sesekali buat skrub daripada beras pulut yang digabungkan bersama garam dan gula. Kisar halus dan kemudian sental wajah hingga rata. Bilas wajah bersih. Hasilkan kulit akan lebih licin dan lembut.
6.Air Mawar
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kerana itu,doa tidak pernah putus buat si anak. Demikian juga dengan selebriti bernama Ogy Ahmad Daud ini.
Menerusi perkongsian pelakon terkenal, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud baru-baru ini, dia memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Nur Aminah Aishah.
Aktres dan pengacara popular ini berkongsi bait-bait kata yang cukup bermakna buat permata hati yang juga cinta hatinya.
Rupa-rupanya, 9 November yang lalu, genap usia Nur Aishah Aminah 14 tahun.
Ogy yang memanggil anaknya dengan panggilan Aminah menyatakan perangainya saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajjah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.
“Lahirnya 9hb nov 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah.
“Beza sungguh dgn ummi dia ni opposites attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada ummi tau,” ungkap Fauziah yang juga cukup bersyukur dengan kehadiran Aminah yang dianggap merupakan satu anugerah yang terindah.
Bukan itu saja malah Ogy turut menitipkan pesanan cukup bermakna buat gadis manisnya itu.
“Selalu saya berkata pada Aminah, “Aminah tak perlu jadi genius tapi Aminah perlu menjadi manusia yang beradab”.
“Ummi loves you so much Aminah. Terima kasih Allah berikan Nur Aminah Aishah pada ku, hingga ke akhir hayat ummi akan menyayangi dan memelihara Aminah.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Fauziah Ahmad Daud
Kematian adalah ketentuan Allah SWT. Sesiapapun tidak mampu menentukan bila dan di mana kita bakal dijemput panggilan Ilahi.
Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan menghadapi kematian ini. Paling utama sudah tentu amalan namun tak kurang penting adalah cara menguruskan kematian.
Ini kerana ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan bila ada kematian terutama jika melibatkan ahli keluarga terdekat dan berlaku di rumah sendiri. Sebagai panduan perkara berikut perlu kita tahu.
Persediaan Sebelum :
Simpan nombor telefon ahli jawatankuasa masjid.
Boleh juga ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.Ini bagi memastikan bayaran pengurusan jenazah dari awal
seperti urusan memandikan, mengkafankan sehinggalah selamat dikebumikan, boleh didahulukan oleh pihak masjid.
Persediaan Selepas Berlaku Kematian:
1. Jangan cemas. Bertenang hadapi kematian.
2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kematian.
4. Sementara itu, pejamkan kedua-dua mata arwah dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka.Sapu
sedikit minyak bayi di kelopak mata arwah untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
5. Begitu juga dengan setiap tulang-tulang sendinya.Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk lembutkannya kemudian letakkan
kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.
9. Letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh jika kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
11. Dapatkan pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
12. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
13. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
14. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
INFO EKSTRA!
Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika si mati meninggalkan harta. Pertama adalah membersihkan
harta peninggalan si mati dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si mati.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau
mempunyai kewajipan ke atas si mati. Perkara tersebut ialah:
– Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian jenazah. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kereta
jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
– Menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti
kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si mati.
– Melaksanakan wasiat si mati. Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta
– Tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si mati atau mereka yang
mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
– Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.
Sumber: Blog Ustaz Saifudin & Kewangan Islam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sakit pada bahagian tumit yang kerap dialami oleh orang dewasa dan ada yang turut merasakan sakit sehingga seluruh tapak kaki atau ke buku lali.
Ia biasanya lebih teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan.
Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat.
Untuk anda yang ingin mencuba kaedah lain, boleh ikut kaedah doa bagi rawatan sakit tumit dan sendi oleh Ustaz Sharhan Shafie ini.
Doa dan Cara Mengurangkan Sakit Tumit
Gunakan Minyak Zaitun – (Ini kerana Zaitun disebut 6 kali di dalam Al-Quran)
Baca Surah al-Fatihah
Baca Ayat Kursi
Baca Surah At Taubah ayat 14
Baca Surah Al hasyr ayat 216. Disapu atau lebih baik diurut secara perlahan-lahan kebahagian yang kaki yang sakit
Selain itu, anda juga boleh mengamalkan cara tradisional dalam mengurangkan sakit tumit.
Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.
Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Cara mencegah
Bagaimana mencegahnya ?
1- Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.
2- Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.
Sumber: khalifahmedia.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di