Walaupun dah habis cuti sekolah, pasti anda dan keluarga sudah merancang bercuti ke mana-mana destinasi pula pada cuti sekolah yang akan datang.
Bercuti ke pantai memang menyeronokkan kerana anak-anak cukup sukakan aktiviti ini. Namun berdepan dengan masalah kulit yang mudah terbakar buat kita rasa malas.
Maklumlah hendak memulihkan semula kulit kepada warna asal bukanlah mengambil masa yang sekejap. Paling kurang mengambil masa hampir seminggu untuk kulit kembali pulih.
Jika itu yang yang menjadi kerunsingan ibu-ibu, ada baiknya anda cuba petua ini. Rahsia kulit kembali cerah dan elakkan masalah sunburn ini sangat mujarab. Kalau tak percaya, sila cuba ni.
2. Masukkan ke dalam kuali dan sangai tanpa minyak.
Ads
3. Bila beras kekuningan, angkat dan sejukkan seketika.
4. Kisar hingga menjadi halus.
5. Letakkan air suam dan bancuh hingga sebati.
6. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan hingga kering.
7. Apabila kering, gosokkan muka perlahan-lahan dan sental hingga bersih.
Ads
8. Hasilnya kulit yang kering dan berjelaga disebabkan kesan terbakar dengan sekelip mata menjadi lebih halus dan lembut.
Bagi mendapatkan hasil yang lebih cerah, bolehlah lakukan petua ini berulang kali. Paling penting masalah kulit kering dan terbakar berjaya di atasi dengan segera.
Jadi kalau nak bercuti ke pantai bolehlah bawa bekalan ini bersama.
Cara Lain Pulihkan Sunburn
* Gunakan gel atau losyen lidah buaya (aloe vera) yang boleh dibeli di pasaran. Sapukan gel ini untuk meredakan kulit yang kering terbakar.
Ads
* Sapukan yogurt asli pada seluruh kulit wajah dan kawasan terbakar. Memang melembutkan.
* Boleh juga menggunakan krim hydrocortisone untuk mengelakkan kegatalan akibat kesan terbakar.
* Hiriskan timun dan tomato yang bersifat sejuk untuk menyejukkan wajah.
* Boleh juga menggunakan cuka bagi menghilangkan rasa perit dan kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gara-gara mencuba petua yang dikongsikan menerusi instagram, isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan.
Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini ada memuat naik soalan menerusi instagram storynya untuk mendapatkan petua atau tip bagai mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.
Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya. Salah satunya adalah dengan menyarankan dia mengambil air sengkuang cina.
Justeru, Ica meminta suaminya, Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut. Pada awalnya, dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam. Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.
“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.
Melihat situasi yang dialami isterinya, Tajul kemudiannya mendapat petua membakar bawang putih. Lalu dimasukkan ke dalam nasi yang dikepal kemudian dimakan.
Akui Ica, walaupun rasanya tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.
Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik. Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik yang lain.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama apabila mencuba petua ini.
Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya tidak sesuai untuk dirinya.
Menurut Ica lagi, apa yang dikongsikan itu adalah bagi memberi kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana bagi mengelak mengalami situasi yang sama.
Pelakon Azah Aziz yang kini menetap di Montreal, Kanada berkongsi cara menitipkan ucapan raya buat para peminatnya.
Itulah yang dimuatnaik menerusi satu video di Instagram. Di dalamnya kelihatan tiga orang anak lelakinya Aaron, Ryan dan Justin memberikan salam dan ucapan.
Azah atau nama sebenarnya, pemilik nama sebenar Norazah Aziz, 48, menjelaskan, tahun ini mereka cuba berkongsi foto mengenakan persalinan raya apabila menganjurkan rumah terbuka.
“Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan and Justin. Tahun ni tak de baju melayu semua dah tak muat dan first raya Justin sekolah, yang lagi dua busy.
“Hubby pun buzy kerja, so sebab tu tak de gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for raya pictures.
“Hahh, sorang cakap selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok tak pe Sambut jangan tak sambut okay,” tulis Azah dikapsyennya.
Dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, Anisa wanita berjiwa kental ini seboleh bolehnya mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.
Kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buat dirinya untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Pemilik nama sebenar, Khairul Anissa Mat Samsuddin yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Sebagai manusia yang asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, Anisa ada ketikanya bagai hilang punca dihukum dan dikutuk seperti tiada hati dan perasaan.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)…bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya.
Ikutkan cabaran dan dugaan besar Anisa tidak pernah terhenti. Hingga saat dia berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shakir, wanita itu terus diuji.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.
“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling. Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya sebelum menutup perbualan.