Datin Paduka Eina Azman baru sahaja memaklumkan yang beliau, suami dan dua orang pembantu rumah disahkan positif Covid-19.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
Sebelum ini, Eina sekeluarga sering melakukan ujian saringan Covid-19. Malah dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.
Namun takdir mengatasi segalanya. Mereka tetap dijangkiti. Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.
Ads
Lebih menyedihkan lagi, Eina Dan suami, Datuk Paduka Kaise disahkan positif covid-19 hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Menurut Eina, ketika ini beliau dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.
Ads
“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik..” tulisnya.
Ads
“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa.
Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan..” tambahnya.
Ketika bulan puasa, masakan adakalanya jadi kurang rasa gara-gara tidak boleh merasa. Tak ketinggalan juga hidangan yang terlebih masin hingga seakan pahit rasanya.
Jangan panik atau terus sahaja dibuang sahaja, sebaliknya iktiarkan beberapa cara untuk selamatkan hidangan ini.
Beberapa bahan yang kita tidak jangka sebenarnya bertindak menyerap garam dalam sesuatu makanan. Kentang dan beras misalnya bertindak menyerap rasa garam ini. Selain itu anda boleh usahakan 4 cara lain untuk pulihkannya. Jom cuba.
Apa kata cuba 5 cara mudah ini pasti membantu menghilangkan rasa masin tersebut.
1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan
kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.
2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.
3. MADU / GULA
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Jika hidangan jenis berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.
5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Insiden keracunan makanan dilaporkan baru-baru yang telah berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Taiping , yang menyebabkan ramai pelajar mengalami cirit-birit, muntah, demam, serta loya. Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan dan kesedihan dalam kalangan ibu bapa serta warga sekolah.
Prihatin dengan kejadian ini Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, telah bertindak tegas dengan membuat kunjungan secara mengejut di kantin berkenaan.
“Terjah ke Dewan Selera MRSM Taiping, Perak setelah menerima aduan mengenai kes keracunan makanan.”
Dalam pada itu beliau berkongsi perbualan telefon dengan kontraktor makanan semasa meninjau keadaan dewan selera MRSM berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan Datuk Dr. Asyraf, wanita tersebut yang dikenali sebagai ‘Puan Mira’ enggan memberi kerjasama dan mengemukakan pelbagai alasan tidak munasabah.
Apabila Dr Asyraf bertanya mengapa tidak menyediakan ikan tenggiri seperti tertulis pada menu dan digantikan dengan ikan goreng. Wanita itu dengan kurang ajar meminta beliau untuk menyemak harga ikan tenggiri itu di pasaran.
“Lebih baik Dr check dulu harga market sekarang dengan harga yang dibayar kepad kontraktor.
“Saya memang berbesar hati untuk menerima surat-surat complaint daripada MARA ini. Serius saya cakap,” kata Puan Mira.
Difahamkan wanita itu berada di Sarawak, namun mendapat tender untuk mengelolakan MRSM Taiping, di Perak.
Kebiadapan wanita itu ketika menjawab soalan-soalan yang ditanyakan Dr Asyraf mengundang kecaman netizen.
“Masa saya minta staf dia call, saya hanya perkenalkan diri sebagai Dr Asyraf dari MARA. Mungkin dia ingat saya Doktor daripada Jabatan Kesihatan sebab baru sahaja Dewan Selera tersebut disiasat kes 34 pelajar yang mengalami keracunan makanan beberapa hari lepas. Tapi sikap biadap dia memang menaikkan darah saya.”
Beliau juga menjelaskan tindakan tegas akan dilakukan kepada isu ini kepada pihak berkenaan.
“Memang akan terminate. No compromise! Bahkan saya dah arahkan Bahagian Undang2 MARA untuk ambil tindakan perundangan.”
Perkongsian beliau telah menarik perhatian ibu bapa yang menyokong sikap beliau yang komited dan ramai yang bersetuju tidakan beliau. Antara komen adalah
“Bagus terjah macam ni.”
“pls terminate contract mereka doctor, they dont care about the students punn, dari last year kualiti makanan kami dapat memang tidak baik.”
“Terminate je. Isu makanan, kebersihan smua berkait dgn kesihatan and nyawa pelajar. Mereka ni la pewaris bangsa kalau mcm ni punya tak endah, baik cari vendor yang lebih baik.”
Naik rimas bila rumah terlalu banyak lipas sama ada di luar mahupun di dalam kabinet dapur. Rasa geli dan kotor bila terpandang kelibatnya.
Ibu-ibu patut boleh cuba petua mudah yang dikongsikan ini. Mana tahu berkesan di rumah anda.
Petua Selamat Halau Lipas
Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula
Caranya:
Bahaya lipas :
Kajian kata, dalam perut lipas ada cacing halus dan lembut. Kalau kita pukul atau halau lipas dengan penyapu ke kertas, cacing tu keluar dari perut dia dan cari rumah baru untuk membiak. Ewww!
Selain gula dan baking soda, anda juga boleh cuba 7 petua mudah ini.
Buah lemon
Lemon memang besar kuasanya. Ambil sebiji lemon dan hiris nipis-nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.
Timun
Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.
Daun pandan
Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.
Buah pelaga dan kulit kayu manis
Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi letakkan rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.
Sabun
Gunakan sabun untuk menghalau lipas jika ada di dalam almari. Caranya ambil sebuku sabun, kalau boleh gunakan sabun yang kuat baunya. Potong kepada saiz yang agak kecil dan taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci.
Air sabun
Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah di sembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.
Cecair penyegar mulut
Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.
Kredit : Iza Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...