Melalui perkongsian dari seorang guru yang berkhidmat di SMK Tun Fatimah Hashim, Tebrau, Johor, siapa sangka percubaanya menanam halia dengan  caranya tersendiri membuahkan hasil yang cukup luar biasa.

Ilmu dan perkongsian seperti ini paling tidak dapat memberi info kepada ibu-ibu yang asalnya  menanam halia sekadar suka-suka di laman rumah, boleh memikirkan untuk beralih menjadi lebih serius bagi menjana pendapatan.

Oleh itu, ikuti dahulu teknik dan langkah yang dipraktikkan oleh cikgu Izra ini yang dikatakan mampu menjanjikan hasil tuaian halia lebih berganda. Jom semak!


Tak menang tangan saya nak balas mesej bertalu-talu FB, wassup dan mesej mohon belajar tanam halia. Apa yang saya ajar ini adalah pengalaman dan mungkin sesetengah orang akan kata bukan cara terbaik. Apapun, saya orang praktikal. Suka mencuba. Percubaan itu alhamdulillah berjaya pula. Berikut kaedah-kaedahnya:

1) Halia yang saya tanam ialah halia tua dan saya beli sahaja di pasaraya. Nak tentukan sama ada tua atau muda ialah halia tua agak keras dan bila dihiris akan kelihatan sabut-sabutnya.

IKLAN

Cikgu Ni Buat Percubaan Tanam Halia Dengan 7 Langkah. Hasil Tuaiannya Cukup Lumayan!

 

2) Saya tanam guna polibeg dan masukkan hanya sabut kelapa semata-mata. Dahulu saya guna polibeg kecil dan hasilnya cecah 2 kilogram sepolibeg dalam tempoh 4 bulan. Kali ini saya guna polibeg besar dan nak tengok hasilnya selepas 6 bulan. Harap-harap dapat lebih 3 kilogram. Doakan saya ya

IKLAN
Cikgu Ni Buat Percubaan Tanam Halia Dengan 7 Langkah. Hasil Tuaiannya Cukup Lumayan!
Satu polibeg anggaran satu ketul halia seperti di dalam gambar

3) Bila tanam, korek sedikit jer sabut tu. Jangan tanam dalam-dalam. Nanti lambat tunas keluar. Kalau dalam sangat, dikhuatiri mata tunas akan lemas dan akhirnya mati.

4) Kali ini, lepas saya tanam, saya letakkan sedikit tahi ayam kering. Pemerhatian saya antara polibeg bersabut bertahi ayam dan tidak bertahi ayam amat ketara pertumbuhannya. Dapatan ini membenarkan teori bahawa ada kebaikan letak sedikit baja tahi ayam tu.

IKLAN

5) Halakan mata tunas ke bahagian atas, jangan ke bahagian bawah. Nanti tak bolehlah tumbuh daunnya.

6) Saya siramkan baja AB dalam 2 atau 3 kali jer seminggu. Kemudian air biasa sahaja. Kadang-kadang tak sempat pun nak siram, hanya bergantung air hujan jer, he3

7) Tips terakhir ialah kena selalu belai manja. Sebenarnya bukan pokok halia sahaja saya buat malah semuanya saya puji dengan kasih sayang dan doakan fatihah 3 kali tiap pagi dan petang, dengan niat pahalanya disedekahkan kesemua tanaman dengan berharap Yang Maha Esa menyuburkan tanaman dan mengelakkan sebarang penyakit. In shaa Allah sama-sama kita belajar dan usahakan.

sumber : Tengku Izra Panglima Perang

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI