Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan rumahtangga itu kekal hingga akhir hayat. Namun siapa kita, kita yang merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Rumahtangga yang dibina, akhirnya ‘terputus’ di tengah. pasangan berpisah mencari haluan sendiri. Namun ada juga pasangan yang berpisah tetap menjaga hubungan baik demi anak hasil perkahwinan itu.
Begitulah yang dilihat kepada pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dengan bekas isterinya Vie Santie Harun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada 28 September 2014.
Menerusi muat naik video terbaharu di instagram miliknya, berkongsi saat-saat sebelum anak tunggal lelakinya Zareef Yusof bersiap sedia sebelum khatan.
Apa yang menarik perhatian, kesantuan anak lelakinya membuatkan warganet memberi pujian cara didikan yang diberi.
Malah kata-kata nasihat Vie Santia dan Eizlan juga sungguh inspirasi yang menunjukkan tanggungjawab seorang ayah dan ibu walaupun sudah berpisah.
Abg Ayeep @zareefyusofofficial thanks mummy @vieshantiekhan for this lovely & memorable video and thanks to Papa DSP @rahmandahlan for all your support 😎 thanks Dr @sham_akmal
Sungguh benarlah rezeki Allah tidak pernah salah alamat, jika sudah itu janjinya maka kenikmatan dan rahmat Allah pasti sampai tepat pada masanya. Inilah yang dapat digambarkan dengan anugerah Allah berikan kepada 4 adik beradik ini iaitu Muhammad Hasif, 26, Imran Harith, 25, Nur Hanisah, 23, dan Ahmad Hazim, 19 apabila mereka berempat menjadi antara jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Simpan Duit Sejak Kecil
Menurut Dr Noor Hassan Yahaya, 53, keempat-empat anaknya mula menabung sejak kecil lagi. Dan setiap kali dapat duit raya akan masukkan ke dalam akaun TH selain duit yang diperuntukkan olehnya untuk anak-anaknya menabung di TH.
“Sejak mereka berusia setahun, saya dan isteri Norlida Hassanal Bashry, 54, sudah membuka akaun simpanan TH masing-masing sebagai persediaan awal ke Tanah Suci.
“Duit raya yang mereka dapat sejak zaman kanak-kanak akan kami simpan dalam TH selain duit yang saya simpan untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Kompleks TH di Sepang, hari ini.
Keluarga berkenaan dari Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru, pertama kali mengerjakan ibadah haji manakala ibu bapanya sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 2009.
Dr Noor Hassan yang juga pakar bius di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, berkata hati mereka amat berat melepaskan keempat-empat anaknya, namun tuntutan agama sangat penting sebagai Muslim.
Amanah Digalas Abang Sulung
Sementara itu, Muhammad Hasif berkata, sebagai abang sulung, dia akan menjaga adik beradik seperti diamanahkan mak dan ayah.
“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya sebagai abang sulung. Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan amanah diberikan.
“Kami sudah membuat persediaan awal termasuk mengikuti kursus haji sejak beberapa bulan lalu termasuk Kursus Perdana Haji di Johor Bahru.
“Alhamdulillah, semoga urusan kami dipermudahkan untuk menjalani ibadah dan membantu jemaah lain terutama warga emas yang uzur,” katanya.
Lama menunggu untuk menimang cahaya mata perempuan, akhirnya penantian penyanyi, Asfan Shah terlerai apabila isterinya selamat melahirkan anak keempat mereka pada Sabtu lalu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah Cintaku itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Asfan melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran cahaya mata keempatnya itu dipermudahkan Allah SWT.“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. ” Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam. Tq pada semua yang mendoakan,” ujar Asfan menerusi kapsyennya.
Dalam pada itu, Asfan mengakui kehadiran anak perempuan dalam keluarga mereka setelah memiliki tiga orang cahaya lelaki sebelum ini pastinya menyerikan lagi keluarga mereka.“Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.
“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas.” Ujar Asfan lagi.
Asyik dengan telefon di tangan. Namun jangan dibiarkan anak terus menonton Youtube tanpa dimanfaatkan sebaiknya.
Menurut Pediatric Occupational Therapist, Pn Maryam Jamadi, penggunaan internet untuk kanak-kanak terutama kepada pra sekolah perlu lebih dimanfaatkan dan ini merupakan panduan untuk anak kecil kita. Apa cerita yang anak-anak boleh tonton? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
INTERNET UNTUK ANAK PRA SEKOLAH?
“Mummy, kenapa tempat kita tak ada snow?” Ada masa anak saya (umur 5 tahun) akan tanya soalan-soalan tentang dunia, setiap kali itulah saya akan usaha juga untuk jawab soalan anak. Bagi saya, setiap soalan yang anak tanya itu berharga.
Sebab, anak ingin tahu dan ambil tahu. Perasaan itu datang dari anak sendiri dan bila kita ajar serta terangkan waktu itu, ilmu itu senang melekat di otak anak.
Selama anak saya membesar sehingga umur 5 tahun, saya dan suami masih mengamalkan “child-led learning”. Tiada paksaan dan pembelajaran formal lagi.
Contohnya,
Masa anak umur 4 tahun, dia selalu bawa buku minta kami bacakan dan pasti selepas itu anak akan minta ajar dia membaca.
“Mummy, macam mana nak baca buku sendiri? Eva nak pandai baca buku macam Mummy”
Waktu itu barulah saya beli buku untuk belajar membaca. Belajar pun bila anak yang bawa buku.
Samalah juga, bila anak tanya soalan-soalan,
– Kenapa ada bulan dan matahari?
– Kenapa jam sampai nombor 12?
– Air hujan boleh minum terus ke?
– Baju diperbuat daripada apa?
– Macam mana pokok boleh jadi kerusi?
Setiap kali anak tanya soalan yang saya rasa susah nak jelaskan tanpa visual, saya terus taip dekat Youtube dan belajar sama-sama.
Walaupun duduk dirumah sahaja, tak boleh melawat ke tempat-tempat untuk pembelajaran anak tapi saya harap anak dapat sesuatu sepanjang anak dalam jagaan saya.
Jom manfaatkan kemudahan internet untuk perkembangan otak anak:
1. Zaman sekarang, macam-macam kita boleh belajar jika tahu manfaatkan kemudahan internet.
– Memasak
– Main alat muzik
– Melukis atau mewarna
– Buat kek
– Menjahit atau mengait
– Projek DIY
– Seni kraf
– Menyanyi
– Berjoget
Semua ada, terutamanya medium YOUTUBE. Kalau siapa yang ada smart TV, boleh manfaatkan untuk kegunaan pembelajaran anak di rumah berbanding hanya terikat menonton kartun.
2. Had pendedahan skrin untuk anak umur 3 hingga 5 tahun adalah 1 jam sehari dan 2 jam sehari untuk anak umur 5 tahun ke atas.
Cadangan saya:
Umur 3 – 5 tahun:
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan pembelajaran
Umur 5 tahun ke atas:
– 30 minit sehari lakukan senaman (yoga, zumba atau berjoget)
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan penbelajaran
– 30 minit sehari menonton ilmu selain akademik
3. Tapis dahulu apa yang anak lihat, pastikan bahasa yang digunakan adalah baik. Google dahulu review kerana risau ada diselitkan unsur-unsur yang tidak patut.
4. Waktu ini adalah sangat genting untuk mak ayah memerhati minat kecenderungan anak. Sekiranya mak ayah dapat cari minat anak awal dan kembangkan bakat yang anak ada, pasti apabila dewasa nanti akan nampak hasilnya. Bukan untuk kita, tetapi untuk kebaikan anak.
5. Rancangan yang pendapat saya tidak memberi manfaat kepada anak pra-sekolah:
❌ Review mainan, hanya akan buat anak mahu membeli dan memberontak apabila tidak dapat.
❌ Streaming game, bahasa yang digunakan ada yang tidak sesuai serta tidak membantu dalam perkembangan. Main game lebih baik dari tengok orang lain main game.
❌ Game online belum sesuai lagi ya untuk anak pra-sekolah, risiko anak berkenalan dengan “sexual predator”.
❌ Nursery rhyme, sudah tidak sesuai lagi untuk anak pra sekolah. Jika menyanyi sambil ikut pergerakan tiada masalah.
❌ Gosip artis, tidak memberi manfaat kepada anak.
❌ Vlog tentang kehidupan harian orang lain.
❌ Tiktok atau media sosial lain kerana bercampur dengan konten yang kurang sesuai, perlukan pemantauan rapi.
6. Ada yang merasakan bila ada internet, anak-anak hanya terikat menonton Netflix,, Youtube atau main game online sahaja. Sedangkan apa yang anak boleh dapat terlalu banyak, limitless.
– Kelas mengaji online.
– Tusyen online.
– Main educational game.
– Melawat tempat menarik online ataupun virtual tour (Zoo, Muzium dll)
– Belajar edit gambar menggunakan applikasi online.
– Belajar tengok peta.
– Belajar melukis atau mewarna menggunakan tab/ipad.
– Belajar teknik pengucapan awam.
– Belajar menaip menggunakan Microsoft Word atau Power Point.
Dan banyak lagi jika kita mak ayah rajin meneroka. Fokus kepada perkembangan otak anak kerana 90% perkembangan otak anak berlaku semasa ini.
Tujuan saya kongsikan artikel ini kerana saya risaukan perkembangan anak-anak pra-sekolah yang sepatutnya meneroka dan belajar tentang dunia.
Untuk pengetahuan mak ayah juga, baru-baru ini banyak sangat kes masalah perkembangan dan tingkahlaku mencabar yang diterima di pusat terapi kami ( BEYOND Home Therapy ).
Pernah 1 hari itu, 5 kes daripada 6 kes baru di pusat terapi kami adalah masalah anak tingkahlaku.
Kasihan sangat. Masalah ini bukan dihadapi oleh mak ayah yang mempunyai anak keperluan khas sahaja, tetapi anak tipikal juga boleh mengalami masalah ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, mohon sampaikan ilmu kepada semua mak ayah untuk kebaikan anak-anak lain juga.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.