Teringin nak ada dapur yang cantik, kemas dan selesa untuk meletakkan barang serta memasak. Mungkin ini cara yang sesuai yang boleh direalisasikan oleh ibu-ibu sekalian.
Idea kreatif sang suami ini buat isterinya dengan membuat dapur open concept ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka.
Kalau sudah hobinya bercucuk tanam, setiap sudut dan ruang dimanfaatkan sebaiknya untuk bertanam. Malah bukan perkara pelik posting di akaun fbnya juga berkisar tentang tanaman.
Sama halnya dengan wanita ini, NorAinon namanya. Obsesnya pada pokokpokok m tidak boleh disangkal lagi.
“Ada seseorang tanya, saya nak hadiah apa birthday nanti. Saya kata, saya tak tahu la nak hadiah apa sebab tak terfikir pun bab tu.
”Sempat juga beritahu, kalau nak bagi, jangan bagi jam tangan sebab saya dah dapat hadiah 2 jam tangan sebelum ini. Dia memikir-mikir nak bagi hadiah apa.
”Saya kata jangan beli beg tangan dan kasut sebab saya tak minat. Baju, mekap, barang kemas dan aksesori pun jangan, tak minat pulop…
”Saya cuma suka makan sedap-sedap dan jalan-jalan. Dia kata dia nak bagi sesuatu yang boleh jadi kenangan. Jadi saya kata, bagi pokok la… haha ??… ada ke mintak hadiah birthday pokok”
Sungguh cute permintaan Puan NorAinon ini bukan?
Baiklah, kita tinggalkan kisah itu dan ayuh Kita pelajari cara tanam sayur teknik hidroponik yang turut dikongsikan oleh Puan NorAinon ini, cukup mudah dan yang penting nampak cantik je.
Jom semak!
Kaedah Tanam Sayur Hidroponik DIY
1. Cari bekas untuk menanam sayur dan bekas menakung air baja AB yang ngam.
Saya guna tapis di bahagian atas. Boleh beli di kedai serbaneka. Tiga tapis rm2 je. Baldi kecil polka dot yang comel tu pula saya beli di MR DIY. Harga RM1.51 sebiji.
2. Bubuh span akuarium. Boleh dibeli di ‘petshop’. Potong bentuk bulat.
3. Bubuh cocopeat (sabut hancur) sehingga paras mulut tapis supaya tiada lubang yang dapat dibolosi nyamuk untuk bertelur.
4. Saya tak bubuh sumbu untuk serap air tapi cuma tuang air baja AB dan pastikan ia cecah paras akar anak pokok.
5. Yang ni pula contoh bekas DIY melalui konsep suai padan. Nampak tak, tapis tu sedang elok je dengan saiz baldi?. Kena la rajin meronda cari bahan.
6. Alihkan anak sawi yang sudah ada lebih 5 helai daun ke dalam bekas. Kerja memindahkan anak pokok dari dulang semaian ke pasu individu seeloknya dilakukan pada waktu petang. Kalau alih pagi, takut anak pokok mengalami strok haba bila matahari naik (lecur sebab panas le). Seeloknya 1 bekas kecil satu pokok supaya ia boleh membesar dengan jayanya. Tak perlu berebut baja dan ruang dengan rakan hijau yang lain.
Isi air baja bila sudah susut. Biasanya saya biarkan sampai air baja kering baru isi yang baru. Tapi kalau takut terlupa, boleh bubuh air baja tapi baki yang di dalam baldi saya guna untuk siram pada pokok yang tanam atas tanah.
Letak pokok di bahagian yang dapat sinaran matahari. Sayuran daun perlukan sekurang-kurangnya 4 jam sinaran matahari. Saya letak di bawah atap jernih. Tak kena hujan. Kalau kena hujan, nanti air baja cair pulak.
Jangan lupa ambil gambar pokok dari kecil hingga besar. Baru la kita dapat lihat perkembangannya. Enjoy bukan?
Dari sekecil-kecil biji benih, jadi sayur yang besar. Kemudian jadi hidangan di meja makan. Perasaan masa makan tu lain macam sebab hasil tanam sendiri.
Berkebun di mana? Di balkoni saja. Bukan perlu ruang besar pun. Bertingkat-tingkat sayur hasil tanam sendiri. Kalau hendak seribu daya. Minat mengatasi segala.
Trending kini ramai yang memilih untuk bercuti cara camping. Setelah kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri tempoh hari ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti meneroka alam semula jadi.
Biasanya sungai atau pantai menjadi pilihan keluarga untuk camping. Namun yang menyedihkan sikap segelintir yang tidak prihatin menjaga alam sekitar.
Mereka sewenangnya membuang sampah dan sisa makana di sekitar kawasan camping. Malah ada yang tanpa bersalah membuang sampah ke sungai.
Kecewa sikap begitu kian tular dikalangan masyarakat Malaysia, lelaki ini meluahkan rasa terkilan di facebook miliknya. Ikuti pesekongsian saudara Muhamad Azree Bin Abd Rahim ini.
Realiti kenapa ramai mula bergiat dan bercamping bukan sebab sekadar nak luangkan masa dengan keluarga, tapi sebab masing2 tahu poket tak berapa tebal nak sewa hotel mahal2 nak makan siakap sampai terkentut bayar riban2 ingatkan harga rm50 sepinggan anak bawak satu sampan.
sebab tu lah bomba dan JPAM busy sikit kali ni sebab limpahan pengunjung first timer ke lokasi2 piknik (air terjun, tasik, bukit, gunung, pantai even dalam kebun sekalipun) sampai cedera sana sini, lemas, sesak napas atas gunung.
apa yang mereka buat tu betul dah langkah bijak (berekreasi dan meluangkan masa dengan keluarga) tapi yg kurang bijak tu pulak bawak baby, lampin sekali ke pantai atau air terjun salin 3 4 kali. bawak barang berkati kati, tinggalkan sampah pun mengharapkan ada orang dah dibayar gaji jadi tukang kutip mcm balaci.
Hey, korang dah hebat sangat ke nak anggap tukang pembersih sampah tu selayaknya dipandang hujung2 mata je?
Mentaliti macam ni yang akan jadi domino effect kebanyakan lokasi sedia ada kotor akan terus kotor.
Saya tahu saya ni bukan sapa2 nak tegur. tapi xkan sampai dah takleh perbetulkan macam di Myanmar sana Kangkung pun tanam dalam Longkang air ungu kotor baru rasa nak menyesal?
Mereka negara miskin, boleh maafkan, kita negara semua ada Honda, ada MyVi n Kancil Turbo. Guna otak sikit.
Sampah bersepah
Kalau pergi air terjun, sakit mata tengok dawai BBQ sandar pangkal pokok, lampin pakai buang anak cirit birit berbuntang celah akar pokok, puntung rokok jangan cerita, plastik air ceduk, bekas tupperware asam boi traffic light, jamban jangan cerita, habis kotor dibuatnya. tulang2 ayam bbq tu dah abis makan kalau tak dibakar ditanam lah dalam2. lalat!
please lah rakyat Malaysia, kita tahu kita takde duit tapi tak bermakna kita takde otak kan? pantai di kuala selangor, pantai air papan, air terjun di belah hulu langat semua penuh dengan sampah. korang selera ke mandi and bawak anak kecik berlari tak pakai selipar terpijak sampah2 tu, kena kokak anjing, kena kembur monyet sampai luka sana sini, kencing tikus lagi.
proof that what im saying is wrong next time! bawak balik sampah tu, jangan buang dekat tong sampah yang dah sedia ada melimpah tu. kalau jijik, jangan berangan nak piknik2 lagi.
foto ini diambil sepanjang kayuhan solo saya di pantai di Jeram Selangor. nota kaki: saya dah kutip sampah tu semula dan masukkan ke dalam beg plastik n buang selepas ambil gambar ini.
Dalam pada itu netizen juga meluahkan rasa terkejut dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang bersikap begitu. Antara komen netizen.
Moga jadi ikhtibar untuk kita menjaga alam sekitar. Camping-camping juga tapi sampah tu buanglah dalam tong yang disediakan.
Perut yang buncit selepas melahirkan anak memang menjadi satu masalah buat ibu-ibu selepas bersalin. Adakalanya boleh jadi tertekan bila mana semua pakaian mula sangkut pada bahagian perut. Mulalah hilang rasa yakin pada diri sendiri, apa lagi depan suami.
Berdiet memang nampak mudah tetapi nak melaksanakannya memang memerlukan kegigihan yang tinggi. Nak lagi kalau ibu sedang menyusukan badan. Macam mana nak berdiet?
Selain usahakan cara berdiet secara perlahan-lahan, anda boleh juga amalkan petua tradisional. Petua yang dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim ini boleh juga ibu-ibu cuba. Nampak mudah dan ringkas. Hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Jom cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Kak Ju nak kongsi dengan korang jamu homemade ni. Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan. Rajin dengan malas je. Betul tak?
Bahan-bahan:
3 sudu halba (direndam selama 2 minit)
3 cm halia (kalau ada halia muda lagi elok)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Toskan halba yang direndam tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian gentel bulat-bulat kecil macam maajun .
4. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Khasiatnya perut akan jadi kempis dan angin dalam badan pun akan hilang.
Ibu mengandung tidak sesuai. Ibu menyusu sesuai amalkan jamu ni bila anak dah hilang kuning (jaundis) dulu.
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.