Kisah Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang baru berusia dua tahun lapan bulan tetapi sudah berjaya menghafal 42 Surah ternyata sangat membanggakan kita. Pastinya terdetik di hati setiap mak ayah untuk menjadikan anak-anak kita juga seperti Ziyyad.

Satu kejayaan besar bila mana Ziyyat berjaya menghafal 42 Surah termasuklah surah Al Waqiah dan Ar Rahman serta kesemua ayat lazim Muqadam. Hebatkan?

Menurut ibunya, Nurul Shahida Lukman, 27, bacaan al-Quran sudah menemani hidup anaknya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari. Malah Ahmad Ziyyad mula menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan lagi.

Nak Anak Hafal Al Quran Ketika Usia 2 Tahun, Ini Tip Yang Mak Ayah Boleh Lakukan!

Bila terfikirkan anak-anak kita, barulah kita perasan pasti ada cara atau didikan kita sendiri yang kurang tepat dalam memperkenalkan Al Quran kepada anak-anak. Jom kita sama-sama muhasabah diri kita. Jangan rasa terlambat tetapi ini yang boleh dilakukan untuk jadikan anak kita juga cintakan Al Quran seperti Ziyyad.

1. Sentiasa Baca & Dengar Ketika Hamil
Mulakan dengan pembacaan Al Quran saban hari ketika anda disahkan hamil. Ketika dalam kereta juga pasanglah ayat-ayat ini sebagai halwa telinga anda. Ketika di dalam kandungan anak masih boleh menerima dengan baik setiap yang diperdengarkan padanya.

2. Tingkatkan Memori Anak
Malah mengikut kajian sains, pada usia dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak menyamai 80 peratus otak dewasa. Sebab itulah usia tersebut adalah paling sesuai untuk dimulakan latihan menghafaz. Jadi sentiasalah bacakan Al Quran bersama mereka. Biar terpahat di memori mereka.

Nak Anak Hafal Al Quran Ketika Usia 2 Tahun, Ini Tip Yang Mak Ayah Boleh Lakukan!

3. Memainkan Video
Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah memasangkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan.

4. Surah Di Youtube
Gantikan lagu kanak-kanak yang kita selalu pasangkan pada anak-anak di Youtube dengan bacaan surah buat mereka. Pasang setiap hari terutama ketika hendak tidur. Jika anak-anak begitu taksub dengan lagu-lagu ini pasti turut sama terkesan dengan ayat Al Quran.

5. Pasangkan Ketika Tidur
Biasakan memperdengarkan surah daripada Al-Quran ketika anak sedang tidur. Menurut satu kajian luar negara, memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.

Nak Anak Hafal Al Quran Ketika Usia 2 Tahun, Ini Tip Yang Mak Ayah Boleh Lakukan!

6. Dahulukan Al-Quran berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jangan terlalu risau anak anda berkemungkinan tidak dapat membaca dan lambat membaca. Cuba alihkan mereka dengan Al Quran berbanding ajaran lain. Anak-anak mungkin keliru diajar dengan tiga perkara berbeza dalam masa yang sama, secara serentak.

7. Mulakan Menghafal Sebelum Kenal Huruf
Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga huffaz (penghafal quran) daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal al-Quran dengan baik.

8. Gunakan Daya Kreativiti
Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Nak Anak Hafal Al Quran Ketika Usia 2 Tahun, Ini Tip Yang Mak Ayah Boleh Lakukan!

9. Galakkan Anak-anak Hafal Surah Sebanyak Mungkin
Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta
mereka teruskan dengan surah yang lain pula.

10. Ulang Semula Membaca
Kaedah mengulang ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori
jangka pendek menjadi memori jangka panjang. Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI