Seronok rasanya bila hubungan kita anak beranak sentiasa rapat dan mesra sejak kecil hinggalah mereka dewasa. Ada waktunya boleh bergurau, usik mengusik, berbual dan dalam masa yang tertentu jika ditegur atau diberi arahan oleh ibu ayah diterima dengan baik.
Bahkan menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, anak-anak ini bila keras hati atau menjauh daripada kita, sebenarnya kesan daripada sikap ibu ayah yang suka menengking dan marah-marah kepada anak-anak.
Namun jika anak-anak dilayan dengan baik, yakinlah anak tersebut akan menjadi anak yang paling rapat dan patuh arahan dan sekali gus penyejuk hati ibu ayah.
Oleh itu, ketahui 7 teknik mudah yang boleh dipraktikkan untuk membantu merubah anak-anak menjadi lebih mesra dan baik terhadap kita. Dan ini saranan daripada Dr Ahmad Luqman dan jadikan panduan.
Bahaya! Ingatlah, jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita. Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:
Ads
#1. Kerap cium dahi dan peluk
si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu. Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).
#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan si kecil tu supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama dan ada eye contact yang bagus.
#3. Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.
Ads
#4. Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu.
Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.
#5. Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum.
Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.
Ads
#6. Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.
#7. Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.
Tolong share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Jangan terkejut kalau anak kita nanti jadi lebih patuh, lebih senang dengar kata dan lebih tenang emosinya bila dia dah mula ada strong connection dengan kita.
Jika sebelum ini E-Keluarga Gader mengadakan program belajar memasak bento untuk anak, roti, kelas kobis serta tanaman cili, kali ini Majalah Keluarga membuat kelainan sikit.
Selalunya kita bergader-gader bersama keluarga di event kan? Buat pertama kalinya, pihak Majalah Keluarga mengadakan aktiviti e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara maya!
Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi program ini memberi peluang ahli keluarga melakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Seramai 50 famili menyertai program ini.Antara aktiviti yang diadakan adalah meneroka ke Ripleys Believe It Or Not, Adventureland Genting Highlands. secara maya. Istimewanya, selain dapat melihat tempat-tempat menarik di sini, para peserta juga mendapat dua tiket percuma untuk merasai sendiri keseronokan di sana.
Bagi memeriahkan lagi program, pihak E-Keluarga Gader turut menjemput keluarga penyanyi pop terkenal, Ezad Lazim bersama keluarga menerusi Meet & Greet. Para peserta berpeluang mendengar sendiri secara live nyanyian Ezad yang sememangnya cukup merdu.Sepeerti kebiasaan, pihak penganjur turut mengadakan sesi kuiz dengan pelbagai hadiah menarik. Mengakhiri program, pastinya saat dinantikan peserta iaitu cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan berupa Mandian Carrie Jounior berserta lunch box, Bekas hidangan Tupperware dan. 4 tiket masuk ke Zoo Melaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika anda sekeluarga memang peminat kek pisang, tentu teruja untuk mencuba resipi yang satu ini iaitu Kek Pisang Coklat.
Kek pisang coklat ni boleh dijadikan menu pemanis mulut yang paling simple namun enak untuk dihidangkan kepada keluarga. Paling best jika dapat makan panas-panas selepas dimasak, bahkan bila dibiarkan keesokan hari sekali pun kek kekal gebu dan moist.
Apa yang lebih menariknya lagi, resipi Kek Pisang Coklat ini dimasak tanpa menggunakan oven. Jadi mudah untuk anda yang tiada oven di rumah, bolehlah menyediakan kek ini yang dimasak secara kukus sahaja.
Tidak itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan juga hanya menggunakan sukatan cawan. Jadi tidak perlu rungsing bab sukatan matrik yang memerlukan penimbang dan sebagainya. Mudah sangat!
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini untuk dinikmati seisi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat atau juga lebih mesra disapa Cikza di media sosial.
Kek Pisang Coklat Versi Kukus
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
esen vanilla
Cara Buat :
Tepung gandum,soda, baking powder diayak.
Telur, gula, minyak dan esen vanila diblander masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yang di ayak tadi.
Kaup balik bagi sekata.
Sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan yang satu adunalan lagi warna asal.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.