Melatih anak-anak berpuasa sebenarnya tidak sulit supaya anak dapat menikmati bulan Ramadhan. Kini tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan, tentu ibu ayah akan menyuruh anak belajar untuk berpuasa.
Namun, kanak-kanak tidak boleh dipaksa berpuasa. Ada caranya untuk mendidik anak berpuasa. Perkongsian ibu ini, SawanahWow bermanfaat untuk kita ketahui.
7 Tips Mudah Nak Bagi Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan
1. Pastikan anak kita rasa teruja nak masuk bulan Ramadhan. Ceritakan keindahan Ramadhan dan ajak anak solat terawih pada malam pertama supaya anak boleh rasa betapa indahnya suasana malam Ramadhan.
2. Mulakan secara berperingkat. Walaupun anak cuma mampu 1 jam je sehari pun takpe. Yang penting anak mampu berpuasa 1 jam sehari selama 30 hari. Itu lebih bermakna daripada anak puasa 14 jam tetapi sehari sahaja puasanya.
3. Puji abang dan kakaknya yang dah berjaya puasa penuh di depan anak kita tu. Barulah hati anak kita berbunga bunga nak jadi seperti abang dan kakaknya.
Ads
4. Sediakan juadah kegemaran anak kita semasa bersahur dan berbuka. Kita mesti tahu kan lauk pauk yang paling anak kita suka kan? Kalau boleh biar anak ternanti nanti dan tak sabar untuk tunggu waktu sahur dan waktu berbuka tu.
5. Sediakan makanan sahur yang buat anak kita kenyang dan tahan lapar lebih lama seperti kurma, telur, oat, biskut, sup, madu, buah epal dan air kosong yang secukupnya.
Ads
6. Sorokkan makanan kegemaran anak kita. Bayangkan anak yang tengah kelaparan semasa berpuasa tanpa sengaja ke dapur dan ternampak biskut favourite mereka sedang tersusun rapi di atas rak dapur. Agak-agak berkeroncong dan berdendang sayang tak perutnya?
7. Elakkan ransangan berbentuk visual pada anak kita. Anak tengah lesu terbaring kelaparan pun kita boleh pulak tengok cerita Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Jalan-Jalan Cari Makan kan. Si Bapak yang tertengok pun boleh terkurang iman apatah lagi anak kecil yang masih tengah belajar menahan lapar kan?
Ads
Jom kita latih anak kita berpuasa. Kita jangan tengok anak orang lain kerana lain anak lain perkembangan dan penerimaannya. Jom!
Keterujaan menyambut kelahiran cahaya mata sering membuatkan ibu bapa mahu memilih nama yang indah, unik dan istimewa. Namun, ada kalanya nama yang pada awalnya dirasakan sedap didengar akhirnya menjadi cabaran apabila sukar disebut, malah mengelirukan orang sekeliling.
Dalam konteks ini, isu tukar nama anak JPN kembali menjadi perhatian apabila satu perkongsian tular membuka mata ramai ibu bapa tentang kepentingan memilih nama yang praktikal dan mudah digunakan dalam kehidupan harian.
Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads kisah seorang ibu yang meluahkan rasa pening apabila nama anak lelakinya sendiri sukar untuk disebut. Perkongsian jujur itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah turut mendapat maklum balas daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ibu tersebut yang dikenali sebagai @lienda_idris meluahkan rasa ralat kerana nama anak lelakinya yang hampir mencecah usia tiga tahun terlalu sukar disebut, termasuk oleh dirinya sendiri dan orang sekeliling.
Nama penuh anak berkenaan ialah Muhammad Hezeque Maleeq Bin Muhammad Gabriel Ikhwan.
“Boleh lagi ke nak tukar nama anak? Bulan depan dah 3 tahun. Masalahnya aku nak sebut pun susah lagikan orang lain,” luah Lienda di laman Threads.
Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa sebutan sebenar nama tersebut dipengaruhi oleh nama ‘Ezekiel’ yang sering dikaitkan dengan nama Nabi Zulkifli.
“Cara sebutan Ezekiel ialah /ˈiːzɪkiəl/, dibaca lebih kurang sebagai ee-zi-ki-el,” katanya bagi menjelaskan kekeliruan ramai terhadap nama anaknya itu.
Melihatkan keluhan tersebut, pihak JPN turut meninggalkan komen balas secara santai namun sarat dengan informasi.
“Sebutan Hezeque tu kalau orang tak tau mesti sebut Hezeque..padahal sebutan sebenar dia Hezeque,” seloroh wakil JPN.
Bagaimanapun, mereka kemudian tampil memberikan penjelasan profesional berhubung persoalan mengenai prosedur tukar nama anak di JPN.
“Tapi menjawab kepada soalan puan, pindaan nama anak boleh dibuat sebelum anak mencecah umur 1 tahun.. Apabila sudah lebih 1 tahun, pindaan boleh dibuat atas alasan tertentu.. Sebagai contoh: nama membawa maksud tidak baik. Jangan lupa kemukakan dokumen sokongan semasa permohonan,” jelas JPN.
Bagi ibu bapa yang berada dalam situasi sama dan anak masih belum berusia setahun, proses tukar nama anak adalah lebih mudah. Mereka dibenarkan menukar nama anak sekali sahaja atas alasan yang munasabah seperti tersalah ejaan atau nama yang tidak sesuai.
Antara langkah yang perlu dilakukan ialah hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPN berdekatan. Ibu bapa tidak perlu kembali ke cawangan tempat pendaftaran kelahiran anak dibuat.
Dokumen yang perlu dibawa termasuk borang permohonan, MyKad ibu dan bapa beserta salinan, sijil kelahiran asal anak serta surat sokongan daripada hospital atau pihak berkaitan jika ada.
Selain itu, bayaran pemprosesan sebanyak RM5 juga perlu disediakan semasa urusan di kaunter JPN. Kebiasaannya, proses ini mengambil masa sekitar satu hingga dua minggu sebelum sijil kelahiran baharu siap untuk diambil.
Bagi anak yang telah melebihi usia setahun pula, prosedur tukar nama anak tidak lagi boleh dilakukan secara terus di kaunter. Proses tersebut perlu melalui arahan rasmi daripada pihak mahkamah terlebih dahulu sebelum JPN boleh membuat perubahan pada sijil kelahiran.
Satu fakta penting yang perlu diketahui, JPN tidak akan memadam nama asal anak daripada rekod. Sebaliknya, nama baharu akan dimasukkan bersama satu catatan yang menunjukkan nama asal sebelum ditukar bagi tujuan rekod rasmi.
Perkongsian ini menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih teliti dalam memilih nama anak. Walaupun nama yang unik dilihat menarik, pastikan ia membawa maksud yang baik serta mudah disebut supaya tidak menimbulkan kesulitan dalam urusan harian dan masa depan anak.
Isu seperti ini juga membuktikan bahawa keputusan memilih nama bukan sekadar trend, tetapi satu tanggungjawab jangka panjang. Sekiranya berdepan situasi sukar, memahami prosedur tukar nama anak boleh membantu ibu bapa membuat keputusan yang lebih tepat dan teratur.
Sekiranya di dalam keluarga anda memang telah menjadi rutin harian menikmati buah-buahan dan antara buah yang digemari adalah avokado. Ini memang bagus dan terbaik sekali jika terus diamalkan untuk makan avokado.
Sebab apa?
Ya, terbukti avokado antara makanan terbaik untuk otak dan sewajarnya terus diambil dipelbagai peringkat umur. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kita yang sedang belajar dan tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR pada bulan September, PT3 pada bulan Oktober, manakala SPM pula pada bulan November ini.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh para peneliti Frontiers in Aging Neuroscience, mengukur aktiviti otak dan level lutein (karotenoid yang membantu melindungi otak) dari 60 orang berusia antara 25-45 tahun saat melakukan tugas berat.
Hasil kajian mendapati bahawa avokado, telur dan sayuran berdaun hijau punya kandungan lutein yang bertindak sebagai anti-inflamasi atau radang di otak sehingga membantu meningkatkan fungsi otak. Bahkan untuk orang tua yang mengambil makanan berlutein tinggi ini, akan menjadikan fungsi otak sama baiknya dengan otak anak muda dengan kadar lutein rendah.
Cara pengambilan
Selain avokado boleh dimakan begitu sahaja terdapat pelbagai cara lain yang boleh menjadikan buah avokado ini lebih enak dan menyelerakan untuk dimakan dan seterusnya diamalkan.
Melalui perkongsian Suri Kitchen di facebook umpamanya adalah dengan menyediakan Jus Avokado.
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
1 gelas ais
Sedikit gula jika mahu. ( Saya tak letak gula )
Cara penyediaan :
1. Blend hingga hancur.
2. Lilitkan coklat pada gelas. Tuang jus yang di blend. Jika mahu tabur milo pun boleh.
Manakala perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar pula berkongsi menu paling ringkas untuk bersarapan dengan avokado.
“Jom powerkan otak dengan breakfast OCOC. Avocado on wholemeal dan telur hancur. Mudah. Bernutrisi tinggi. Kenyang sampai tengahari. Sihat itu Jihad. Makan untuk sihat. Makanan sebagai ubat bukan ubat sebagai makanan.“-DrRizal
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini tular tentang nama pelakon dari Singapura, Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof disebabkan beberapa faktor.
Rentetan daripada itu, isteri kepada pelakon tersebut, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal disebabkan konflik yang berlaku antara suaminya dan Aaron Aziz dan pengarah filem tersebut yang mula berpanjangan.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Diyana menjelaskan dia tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.
Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.
“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.
Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.
Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.
Sumber : Instagram Diyana Halik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.