Siapa kata menyediakan menu satay rumit untuk dibuat. Tidak lagi jika dimasak menggunakan air fryer.
Jadi apa kata anda sediakan menu satay untuk santapan bersama seisi keluarga. Tambahan pula ada cara untuk kita menyediakan satay dengan lebih mudah bila menggunakan air fryer.
Kiranya tidaklah perlu berpanas-panas membakar menggunakan arang dan menariknya juga perkongsian daripada Reina Eris turut memberi tips untuk mendapatkan satay yang terlihat berkilat dan tidak kering.
Nak tahu bagaimana cara dan rahsianya, ini perkongsiannya.
Tips nak dapatkan cantik berkilat balik-balikkan dan sapukan madu+air+minyak dan serai sikit
Bahan blend
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 biji
Halia 2 inci
Serai 4 batang
Blend semua bahan kat atas then bahagikan 2 bekas untuk ayam & daging
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
14 sudu besar gula putih (tak nak manis boleh kurangkan)
3 sudu besar gula merah
Sedikit garam
Ads
Cara penyediaan :
1. Perapkan semua bahan-bahan tadi ke ayam dengan daging yang dipotong kiub
2. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais lagi lama perap lagi sedap
Ads
3.Cucuk satay dengan lidi & bakar dalam air fryer 40 minit suhu 180-200c
4. Air perapan satay tadi jangan buang boleh guna untuk kuah kacang cuma tambahkan
10 tangkai cili kering di blend & tumis, 1 serai ketuk, kacang tanah yang digoreng & kisar
Air asam jawa. Masak sampai pecah minyak perasakan dengan gula & garam.
“Di sini saya sedekahkan resepi warisan keluarga Rempeyek Jawa saya. In Shaa Allah memang memuaskan hati hasilnya dengan syarat jangan skip atau kurangkan apa-apa bahan pun. saya ajar 100% tanpa sembunyi kan apa-apa baik bahan atau tips. Saya halalkan baik nak share atau nak niaga.”Tulis Nita Maira di ruangan kapsyen pada hantaran resipi Rempeyek Jawa yang berjaya mencuri tumpuan warganet yang minat memasak.
Bercerita tentang menyediakan rempeyek, nyata tidak semua ada kepakaran dalam menghasilkan rempeyak sedap dan enak rasanya. Apatah lagi bab untuk menghasilkan bentuknya yang cantik, memerlukan teknik menyirai di bahagian tepi kuali disamping adunan yang betul-betul ‘menjadi’.
Ini penting untuk pastikan dapat menghasilkan rempeyek yang elok bentuknya dan sekali gus rempeyek dapat digoreng sempurna.
Jadi ada bbetulnya kata Nita Maira dalam membuat rempeyek ini ada syarat dan jangan skip setiap bahan dan langkah penyediaan rempeyek yang dikongsikan olehnya. Ini bertujuan untuk pastikan rempeyek yang digoreng cantik bentuknya dan enak rasanya.
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda mencuba resipi yang viral di media sosial untuk sama-sama dapat mencuba keenakan rasanya.
Rempeyek Jawa
Bahan-bahan:
1 kampit tepung beras (cap teratai)
Bukak,tuang siap-siap dalam periuk.
Siapkan blender
Tuang 1 kotak santan kara saiz kecik..gunting habis kotak atas tu.
Tambah 4 air biasa sukat guna kotak santan yang sama.
Suku sudu makan kapur sirih (bukan air,nak kapur nya)
1 sudu besar garam
Aji .
Langkah demi langkah:
Langkah 1 : Blender semua bahan dalam 1 minit.siap
Langkah 2 : Tuang dalam periuk yang sudah ada tepung beras tadi. Gaul rata kan sampai sebati. Sudah boleh buat rempeyek.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Ekstra Tip
Tips untuk kacang hijau- rendam semalaman sahaja.toskan,sudah boleh guna
Untuk kacang dal-Rendam semalaman
Esok pagi, bilas rebus dalam 20 minit sedang je, siap. Lalukan air paip biasa tu ..toskan
Dah siap
“Saya buat sirai tepi kuali. Masak api kecil…bila sudah jatuh dalam minyak balik kan permukaan kacang dalam minyak. Nak tahu sudah masak baik, tepung atau kacang senang je…sudah hilang buih-buih yang ada pada adunan tu. Ok dah siap…toskan dalam dulang alas surat khabar..terbalikkan kacang permukaan licin mengadap luar.pastikan betul-betul sejuk baru simpan”
Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yg paling sedap. Ambik resepi dari sini jugak. Cuma resepi inti je saya olah ikut cara saya.
Terima kasih empunya resepi (maaf lupa nama)
BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)
1/2 kilo tepung gandum 1/2 cawan minyak masak 2 Sb tepung jagung 2 Sb tepung beras 1 cawan air sejuk dari peti ais 1 sk garam
BAHAN INTI
4 biji kentang (potong dadu kecil) Sedikit ayam/daging ( cincang ) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 Sb rempah kari daging 1 Sk jintan manis 1Sk serbuk ketumbar Sedikit daun kari Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak kulit karipap:
1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung. 2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai. 3. Masukkan air. Uli sehingga sebati. 4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut. 5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap 6. Goreng dengan api perlahan.
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.
(Cara Membuat Inti)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dgn kiub pati ayam. 3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jgn terlalu berminyak dan berair, biar betul2 kering).
Hati siapa yang tak gembira dan rasa seronok bila kita menyediakan masakan, anak-anak dan suami dilihat makan dengan penuh berselera. Apatah lagi bila dapat pujian daripada insan tersayang berkenaan enaknya rasa hidangan yang disediakan, tentu terasa berbunga-bunga hati jadinya.
Berkongsi rasa bahagia tersebut, Bunga Rose turut berkongsi resipi Soto Jawa yang menjadi kegemaran mereka seisi keluarga dan menurutnya untuk menyediakan Soto Jawa ini cukup mudah.
Jadi buat anda yang juga penggemar soto, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Bunga Rose ini, cukup lengkap dikongsikan olehnya. Selamat mencuba.
Ini perkongsiannya:
Raya ke 4.. Semalam my eldest son cakap nak makan soto. Kebetulan bahan semua dah ada. So malam tadi mama pun rebus lah ketupat adabi 1pkt 30bj tu. Pagi tadi masing-masing breakfast roti bakar jer sementara mama siapkan soto. 12noon dah siap masak alhamdulillah.. lega hati bila tenguk anak-anak makan bertambah-tambah.
SOTO JAWA SIMPLE TAPI SEDAP
(Resepi Zie Ahmad)
1 ekor ayam dibersihkan. Potong 4.
Bahan kisar/tumbuk:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sikit lada putih
1inci lengkuas.. diketuk
2btg serai.. diketuk
1pkt sup bunjut adabi
1/2 pkt rempah sup adabi
Sebiji kecil tomato racik
Minyak, garam, gula, kiub pati ayam.
Cara masak:
1. Rebus ayam dalam periuk isi air tenggelam ayam.
2.Masukkan sup bunjut, serai dan lengkuas. Didihkan hingga ayam masak.
3. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga wangi. Masukkan serbuk rempah sup adabi. Goreng sekejap. Tambah air 1/2 cwn. Tumis lagi. Ulang tambah air 3 kali supaya rempah cukup masak. Masukkan tomato racik. Tumis lagi. 4. Tutup api.
5. Tuangkan rempah tumis tadi ke dalam periuk sup ayam.
6. Tambahkan air ikut banyak mana kuah sup yang kita nak. Didihkan semula. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
7. Bila ayam dah empuk, keluarkan dan toskan airnya. Goreng sekejap ayam tadi. Angkat dan sejukkan. Siat-siatkan isi ayam tu isi dalam bekas. Buang tulangnya.
8. Sup tadi tapiskan ambil air nya saja. Didihkan semula sebelum dihidang.
BEGEDIL KENTANG
-1 kg kentang – di kupas kulit, hiris bulat-bulat nipis dan digoreng. Kemudian panas-panas ditumbuk halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Sejukkan.
-Goreng sikit bilis dan udang kering.. ditumbuk halus.
-Serbuk lada putih sikit
-Bawang goreng buat sendiri sedap wangi
-hirisan daun sup
-Garam dan sikit maggi cukup rasa
-1 biji telur dipukul – untuk goreng begedil
Cara:
1.Gaul semua bahan-bahan dan kepal-kepal bulat dan leperkan sikit.
2. Panaskan minyak, celupkan begedil ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Goreng dalam 5 biji sekali goreng supaya tak pecah.
3.Angkat dan toskan.
SAMBAL KICAP
2bj cili merah
15 bj cili api merah+hijau
2 bj bawang putih hiris
3 bj bwg merah kecil hiris
Kicap manis+ masin
Cara:
1. Goreng dulu bawang sampai garing masukkan semua cili. Bila layu tapiskan.
2. Tuangkan dlm blender. Masukkan kicap. Kisar sampai halus.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Sesuaikan rasanya.
KETUPAT SEGERA
1. Rebus ketupat adabi hingga masak(eh semua guna produk adabi ni bole dpt hamper free kot hehee).
2.Toskan dan sejukkan. Potong2 kiub.
Taugeh – buang ekor dan cuci.
Daun sup – dihiris
Bawang goreng – buat sendiri yer
Sambal kicap
Isi ayam
Begedil.
Suhun goreng.
Kacang tanah goreng.
Cara makan semua dah tau kan
SELAMAT MENCUBA
Adabi Consumer
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Muhammad Salim membuktikan kejayaan sebagai peguam walaupun menghidap Cerebral Palsy hasil pengorbanan ayah dan doa ibu yang tidak pernah putus sepanjang perjalanan hidupnya.