Mengalami perut yang tidak selesa, sebu dan badan pula terasa sengal-sengal seperti berangin satu badan, semua ini tentu memberi rasa tidak selesa. Mengurangkan rasa tersebut, selain ada yang selesa menggunakan minyak angin untuk meredakannya elok juga untuk mencuba petua ini. Caranya cukup mudah dan paling istimewa berkesan juga untuk menurunkan berat badan.

Jadi tunggu apa lagi, jom cuba!

PETUA BUANG ANGIN SAMBIL TERKURUS

Ramai betul yang mengadu kerap betul sakit-sakit urat saraf dan lenguh-lenguh habis satu badan. Actually tu semua berpunca daripada masalah angin dalam badan. Maklum la nak sendawa tak keluar, nak kentut pun tak lepas.

Adudududuu naik cekang perut ni ha kalau angin merodok dalam perut. Tapi takpe korang boleh amalkan petua ni ok!

In advance boleh terkurus juga wey! Orang yang ada masalah kegemukan tapi lambat turun tu sebab angin lah! Ha cepat amalkan k.

IKLAN

BAHAN-BAHAN
2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh hijau
Gula perang secukup rasa
Air putih

CARA-CARA

Nak Buang Angin & Badan Jadi Slim, Syaratnya Buat Air Ni & Jadikan Amalan!
1. Rendam uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.

IKLAN

Nak Buang Angin & Badan Jadi Slim, Syaratnya Buat Air Ni & Jadikan Amalan!

2. Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.

3. Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.

IKLAN

KHASIAT HALIA :
💐 Buang angin dalam badan
💐 Mengurangkan kesakitan sengugut period
💐 Merendahkan paras kolestrol
💐 Membantu penghadaman
💐 Menurunkan berat badan

KHASIAT TEH HIJAU
💐 Merupakan antioksidan yang amat bagus.
💐 Melambatkan penuaan pada wajah
💐 Memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif.
💐 membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga
💐 Peningkatan kadar metabolisme
💐 Bagus untuk kesihatan usus

P/s : Teh hijau jenama apa pun takpe. Nana nasihatkan minum pada hari yang sama juga tau. Kalau minum sorang tuu, buat 1 uncang bubuh dalam cawan ja. Hiris 2-3 halia bubuh gula then tuang air panas.

AMARAN : Tak sesuai dijadikan minuman sepanjang hari ye. Kalau tak badan korang akan dalam keadaan hydrated then risiko ke arah kegemukkan air pulak dah.

sumber : Nana Ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI