Menyediakan air rebusan untuk tujuan kecantikan dan penjagaan dalaman wanita semua maklum memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Malah perlu juga kawalan api agar air rebusan tersebut tidak pula menjadi kering kontang atau lebih teruk terbakar pula dek kerana lalai.
Pun begitu, tahukah anda, ada cara yang lebih mudah dan selamat boleh dipraktikan bila anda menyediakan air rebusan ini. Lain tidak bukan adalah dengan memasak menggunakan periuk nasi!
Tip Rebus!
Step 1 : Gunakan saja Rice Cooker dan biar saja penutup dibuka. Kemudian tekan COOK.
Step 2 : Kemudian biar sehingga rebusan surut pada sukatan yang anda mahukan. Setiap no.yang ada periuk mewakili 1 cawan. Jadi lebih mudahkan.
Ads
Dan ini pula resipi air rebusan serai dan halia yang boleh anda sediakan. Minuman ini baik untuk menghilangkan angin dalam badan.
Ads
REBUSAN SERAI DAN HALIA
Bahan-bahan:-
3 batang serai
4cm halia
2cm kunyit (wanita sahaja & ibu kunyit lagi power)
Cara penyediaan:-
Ads
Bersihkan semua bahan-bahan. Tidak perlu diketuk hanya hiris besar halia dan kunyit.
Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air. Tunggu suam,diminum selepas makan tengah hari.
Kunyit terdapat dalam rebusan sesuai di campur hanya sebulan sekali sebelum/selepas datang haid. Mak pantang boleh campurkan seminggu sekali. Sangat elok merawat rahim dan mengecutkan.
Khasiat : Rebusan ini seeloknya dibuat sekali seminggu atau bila perlu sehingga badan sihat. Sangat sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih, lenguh badan, kolestrol tinggi, sakit urat-saraf,membuang toksid dan lemak. Amalan penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di saat kanak-kanak lain seusianya bebas berlari , bermain dan melakukan apa saja dengan rakan-rakan lain, dia pula menjaja kuih demi membantu keluarga demi kelangsungan hidup.
Kisah adik ini dimuat naik oleh seorang wanita Mieka Fieqa menerusi laman facebooknya. Menurut guru ini, adik yang bernama Aliff ini membantu ayahnya menjual kuih dengan menaiki basikal.
“Saya selalu beli pulut udang dekat adik ni..sedap sangat..dia selalu jual dekat PENDANG SQUAR ,KEDAI ECO PENDANG ..UMOR DIA 11 TAHUN(darjah 5). Tadi ada masa sikit nak sembang dengan dia.
“Sedih sangat tengok dia dalam umur dia macam ni tapi dia terpaksa melupakan masa kanak2 dia untuk keluaga dia…mak dia dah meninggal.ayah dia sakit( tak tau sakit apa).ayah dia buat pulut udang.
“Dia tolong ayah dia jual pulut udang naik basikal dari pagi smpai malam Lepas habis 1 trip dia akan balik dan ambik lagi pulut udang dan jual lagi.niat dia baik sangat2 tolong ayah dia untuk besarkan adik2.
“Dia ank sulung..adik dia ada 3 org lagi…aku tanya dia, ayah bagi berapa tolong jual..dia cakap, dia tak minta pon upah..dia nak tolong ayah dia ja. Sebab dia tau keluarga dia susah. dia akan pergi setiap kereta “nak pulut udang x” aku respect dekat dia.
“Dia tolong ayah dia untuk adik2. Dia yang tolong ayah dia buat pulut udang..ayah dia tak ada kenderaan.katanya rosak…aku tanya pulak pasal pelajaran dia..dia cakap dia periksa dapat no 2 selalu la…aku rasa budak ni cerdik..lagi berlenang ayaq mata aku…..tolong ea kawan2 kalau nampak adik ni beli la pulut udang dia..bantu dia..nak dekat bukak sekolah ni..baju sekolah..kasut sek semua kena beli…..jom viral bagi murah rezeki adik ni dengan ayah dia.
“Semoga Allah sentiasa lindungmu kamu sayang..kakak sayang kamu???? ni no tel dia 0107886184 adik ni nama dia alif…sapa yang nak tempah buat kenduri ke boleh la tolong2 famly adik ni.. ada tambahan sikit adik ni ada mak tiri.
Terbaru, kisah adik Aliff sudah mendapat perhatian semua pihak dan masyarakat. Pihak Zakat pendang dan JKM pendang turut turun melihat keadaan untuk membantu. Semoga ada sinar baru untuk keluarga tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui bukan mudah menjaga dan membesarkan anak-anak, sekali sekala teruji juga tahap kesabaran. Silap percaturan, terikut panas hati habis semua kerja tak jadi.
Jadi adalah lebih baik kita ketahui cara untuk mengawal emosi sepertimana yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Sebahagian tip yang dikongsikan dari buku PSIKOLOGI SI KECIL.
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri. Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menajdi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
15. JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Sumber : Dr Rozanizam Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memberi gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada kanak-kanak kini sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan ibu bapa. Jadi tidak hairanlah permintaan seperti “Ibu, nak main handphone”, “Mama, adik nak phone”, “Ayah, nak tab” dan macam-macam lagi kita dengar bila anak berasa bosan di rumah. Pasti telefon atau gajet yang dimintanya terlebih dahulu.
Akibatnya, anak-anak berkenaan menghabiskan masa berjam-jam untuk meneroka segala aplikasi dan permainan dalam gajet berkenaan hingga ada ibu ayah merasakan anak-anak zaman sekarang sudah tidak pandai atau bermasalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana dunia anak-anak hanya dirinya dan gajet!
Memberi respon terhadap hal tersebut, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangannya di Twitter dan pendapatnya itu menarik perhatian warganet terutamanya bagi mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Apa yang pasti, jangan kita sebagai ibu ayah menuding jari mencari salah daripada pihak lain, namun lupa untuk menilai dan melihat sendiri punca semua ini berlaku.
Antara punca yang diutarakan olehnya yang menjadi anak seorang pendiam, pemalu, kuat meragam dan sebagainya yang dikaitkan dengan kesan penggunaan gajet oleh sesetengah ibu bapa, hakikatnya adalah sikap ibu ayah itu sendiri yang awalnya tidak sabar melayan karenah anak atau pun sibuk dengan urusan sendiri.
Jelasnya lagi, ibu ayah cepat berasa bosan bila anak ulang-ulang soalan dan akhirnya kita juga yang minta anak jangan bertanya lagi. Kalau jawab sekali pun soalan tersebut, kita akan jawab ala kadar, sepatah dua sahaja. Itu yang bila hendak senang, kita beri gajet kepada anak-anak biar mereka tidak mengganggu kita.
Maksudnya di sini, kita sendiri yang ajar anak-anak kita tentang cara komunikasi yang salah. Bila anak itu menjadi masalah sosial, kita salahkan pula sepenuhnya pada gajet. Namun hakikatnya, pengawasan dan penggunaan yang betul boleh jadi platform yang baik untuk mendidik anak-anak.
Di dalam perkongsiannya juga, Dr Kamarul memberikan tip untuk ibu ayah agar dapat ‘tinggalkan’ emosi negatif dari tempat kerja di luar pintu dengan langkah-langkah berikut :
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.