Awning yang dipasang di halaman rumah khususnya depan pintu dapat membantu mengelakkan daripda terkena tempias hujan. Jika tidak berbuat demikian, pintu dan grill akan berkarat lama-lama apabila ayik kena hujan dan panas kan.
Jadinya penggunaan awning memang diperlukan. Tetapi bajet untuk memasang awning bukannya murah. Apa kata cuba kaedah yang dikongsikan ini.
Kadang ada masalah tempias air hujan. Pintu dan grill cepat karat. Nak upah pasang awning kos banyak juga. Jadi, boleh guna awning yang pasang siap ni. Jenis poly. Simple dan moden.
Nampak mudah untuk mendidik anak tetapi jika salah mendidik akan memberi kesan sehingga mereka dewasa.
Jadi ibu bapa perlu mendidik dan menjadi role model kepada anak-anak. Ini kerana setiap perbuatan dan percakapan ibu bapa akan mudah ditiru anak.
Jangan ingat anak kecil tak faham mereka tak tiru, anak yang sudah besar sudah tentu lebih daripada itu.
Jadi hati-hati ibu ayah setiap sikap kita diperhatikan anak-anak. Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ,yang menjelaskan bahawa anak-anak mudah melakukan peniruan dalam tempoh pertumbesarannya.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Anak anak belajar komunikasi dengan melihat cara ibu ayahnya bercakap. Bulat bulat dia tiru. – cara kita bercakap – mimik muka kita – kata-kata kita – nada suara tinggi atau rendah – dan juga aye-contact kita ketika bercakap
Walaupun mereka tak faham sepenuhnya bahasa yang keluar dari mulut kita. Tapi lenggok bahasa tubuh kita 100 peratus jelas dan kekal dalam memori jangka panjang mereka.
Mula mula mereka perhati. Kemudian mereka rekod dalam ingatan. Mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin sebulan atau mungkin setahun. Hasil rekod tadi akan di guna satu persatu. Biasanya yang jadi mangsa “experimentasi” terawal ialah adik beradik sendiri. Jika baik yang mereka lihat, maka baik la cara komunikasi mereka nanti. Begitu jua la sebaliknya.
Perlu lakukan ini
Sebab itu la kita kena amalkan cara komunikasi yang sihat dengan pasangan di rumah. – jarang menjerit – guna bahasa lembut – tak mengarah-ngarah – banyak mendengar – tak maki hamun – sedap di dengari
Bukan sahaja komunikasi sihat ni penting untuk ajar anak cara komunikasi sihat. Malah komunikasi ni juga penting untuk jaga silaturrahim kita dengan pasangan. Biar tergigit lidah jangan tergigit hati orang yang tersayang. Haru biru jadinya nanti. Jaga mulut, jaga hati, silaturrahim keluarga kita pasti harmoni. Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam tempoh itu,untuk memastikan aircond sentiasa sejuk dan tidak bermasalah, aircond perlu diservis.
Bagaimana pun, biasanya ada segelintir akan ervis aircond apabila ada masalah. Sedangkan untuk memastikan aircond tahan lama, servis harus dilakukan secara berkala untuk mengelak kerosakan yang lebih teruk.
Selain servis aircond ada juga yang mahu menambah gas aircond. Namun tidak ramai yang tahu bahawa ia bukan keperluan sebagaimana yang dijelaskan oleh seorang
technician tmenerusi akaun TikTok @sayazuhri.
Memperbaiki perabot lama yang telah nampak usang sering sahaja kita orang perempuan anggap bukanlah kerja mudah untuk dilakukan.
Namun berbeza dengan seorang ibu ini, bila melihat kerusi belajar anaknya yang telah terkopak tempat duduknya, terus dilakukan transformasi menjadikan seperti baharu malah lebih wow gayanya.
Nak tahu apa dan bagaimana dilakukan olehnya, jom baca perkongsian puan Dinas Elni di bawah ini.
Projek 3 hari lepas. Alkisah kerusi belajar anak yang saya beli secondhand hand RM 20 ni dah terkopak tempat duduknya selepas setahun guna. Adatlah kan, barang bukan baru. Maka kenalah repair.
Step 1
Potong laminated plywood utk ganti board asal yang dah hancur. Masa buat corner dengan jigsaw ni teringat Encik Saifuddin yang hebat buat art pieces dengan jigsaw. Kita punya hati-hati ‘cornering’ tepi kayu aje, dia selamba potong celah-celah halus. Hebat
Step 2
Alang-alang mengganti tempat duduknya kita ‘salin’ sekali kain penyandar. Stapler kain ke kayu ni sebenarnya lebih berpeluh dari potong kayu. Mungkin juga sebab buat time dah hujung-hujung nak berbuka, maka peluh sejuk semua keluar.
Ektra info : Bahagian penyandar ni dia ada frame. Masukkan semula je dalam frame dia tu. Nak keluarkan kena umpil siket elok-elok dengan screwdriver. Yang nampak lining hitam keliling penyandar tu bahagian flexible yang boleh diumpil.
DIY simple, repair & upgrade. Kayu lebihan, kain pun guna kain langsir lama aje.Kalau rangka kerusi warna gold ke kan mesti lagi cantik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.