Nak Kekal Langsing & Miliki Kulit Cantik Berseri, Ikut Jadual Diet Ibu Anak Tiga Ini. Paling Penting Kena Belajar Untuk Uruskan Masa.

Share

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi bab penjagaan diri terutama dalam mengekalkan bentuk badan.

Tetapi, memasuki fasa berumah tangga, adakalanya sukar untuk mendapatkan bentuk badan asal.

Lebih-lebih apabila sudah mengandung dan melahirkan. Yang dapat badan asal memang bertuah, sedangkan yang lainnya terpaksa berusaha gigih diet dan menjaga makan demi tujuan tersebut.

Berbeza dengan ibu kepada 3 cahaya mata ini, dia sangat menitikberatkan hal pemakanan. Mesra dengan panggilan Cik Oya,  Norafiza Mahmud kongsikan menu diet yang diamalkan olehnya untuk kekal langsing dan rahsianya miliki kulit cantik berseri. Paling penting kena belajar untuk uruskan masa.

 

Tiada lagi rojak, tiada lagi laksa

Menurut sebelum memulakan diet perlu latih diri untuk mengurangkan pengambilan nasi, roti putih, gula dan makanan yang kurang kandungan garam.

Ujarnya lagi, walau sesibuk mana pun perlu luangkan masa untuk diri sendiri dan kena belajar mencuri masa.

Ini jadual diet kurus & cantik kulit wajah

Mungkin anda boleh cuba tips ini jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus. Selamat mencuba!

 

IKLAN