Menyediakan hidangan untuk keluarga, seorang ibu biasanya begitu cerewet dalam pemilihan bahan masakan yang digunakan.
Semahunya, setiap hidangan yang dimasak perlulah menggunakan bahan yang segar, berkualiti dan sihat untuk keluarga tercinta.
Begitu juga halnya dalam membeli sayur-sayuran. Kebiasaannya ibu-ibu sering membeli sayur-sayuran setiap kali ingin memasaknya bagi tujuan mendapatkan sayur yang segar. Jika dibeli sekali banyak, bimbang sayur-sayuran cepat rosak dan busuk.
Pun begitu, tahukah anda ada cara terbaik untuk memilih sayur dan menyimpannya dalam tempoh yang lama namun tetap segar. Ikuti perkongsian 2 wanita ini tentang sayur.
TIP PILIH & BELI SAYUR
1.Kobis: Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
2.Sawi: Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
3.Timun: Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
Ads
4.Tomato: Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
5.Ubi Keledek: Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
6.Bendi: Pastikan hujungnya lembut.
sumber: Nurul Hawa Nadila Sari
Sekiranya anda membeli pelbagai jenis dayur dalam satu masa dengankuantiti yang banyak untuk dijadikan stok, ada beberapa langkah yang petut dilakulan untuk pastikan sayur yang dibeli kekal segar.
Ads
Tip ini dikongsi oleh Pn Nurul Aima. Jom hadam cara nak buat.
TIP SAYUR KEKAL SEGAR
Hari ini saya nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Saya dan suami akan ke pasar borong selangor, 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak.
Ini perlu buat:
Ads
1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2. Toskan selama beberapa minit.
3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4. Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.
Ini bentuk dan keadaan sayur yang disimpan berhari-hari. Kekal segar!
Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah tidak payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.
sumber : Nurul Aima via petua ibu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari cuti begini, jika tak ke mana-mana apa kata cuba resipi mudah ini untuk hidangan ninum petang anda sekeluarga.
Juadah pemanis mulut yang sejuk dan menyelerakan pastinya menarik selera anak dan suami. Resipi Biskut Tiramisu ini cukup mudah disediakan dan dijamin sedap. Jom cuba!
BISKUT TIRAMISU
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut merie perisa coklat
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Nestum
Serbuk milo
Cara-caranya:
Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat. Kemudian tutup api.
Susun satu lapisan biskut dalam bekas.
Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk nestum dan milo.
Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan nestum dan milo. Ulang langkah ini hingga adunan habis.
Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 – 3 jam dan sedia untuk dihidang ketika berbuka nanti.
Sumber : resipicikguani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak ada idea untuk masak apa hari ni. Apa kata cuba resipi ringkas. Ayam Masak Kam Heong.
Sedap dan mudah untuk penyediannya.
Ikuti perkongsian resipi oleh Fadilah Zainuddin
RESEPI AYAM GORENG KAM HEONG
BAHAN:
Ayam (goreng Separuh masak n ketepikn)
Bwg beso (cincang)
Bwg putih (cincang)
Halia (hiris halus)
Cili padi (hiris)
Serbuk kari+cili blend+air (buat mcm pes)
Daun kari
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Lada itam (tumbuk)
Air Asam jawa ckit
Gula
Garam (jika perlu)
Aji
Bwg beso (hiris bulat)
CARA MASAK:
Tumis bahan cincang n daun kari.. Kemudian masukkn pes campuran serbuk kari daging+cili blend+air sikit. Tumis smpai naik bau n pecah minyak.. Pastu masukkn air Asam jawa n sos2 sume.. Perasakn dgn gula, aji n garam(jika perlu sbb dh ada sos tiram n kicap dh Masin dh).. Last masukkan ayam n bwg yg potong bulat tadi. Siap..
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedapnya menikmati hidangan pisang goreng bersama secawan teh o atau kopi panas. Lagi bagus jika pisang goreng itu masih panas. Terasa begitu nikmat, lebih-lebih lagi jika dijamah bersama keluarga mahu pun rakana-rakan di waktu petang begini.
Bercerita tentang perihal pisang goreng, selain rasanya yang enak dan manis menjadi sebab ia cukup digemari. Kerangupan rasa adunan tepung yang digunakan juga turut mempengaruhi keenakan total pisang yang digoreng.
Terbukti bukan semua orang boleh menyediakan hidangan pisang goreng yang sedap dan rangup. Nak tahu apa petuanya? Jom semak!
Cuba 7 petua ini untuk merangupkan pisang goreng:
1. Kapur masakan
Masukkan sejumlah kapur masakan di dalam adunan tepung. Ini dapat menjadikan ramuan tepung menjadi lebih rangup dan sekali gus menjadikan pisang goreng lebih enak dan menyelerakan.
2. Tepung beras
Bancuhan tepung gandung hendaklah dicampurkan bersama tepung beras untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna. Gunakan nisbah 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.
3. Kelapa parut
Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya kelapa parut jika ditambah ke dalam bancuhan tepung bersama dengan telur, garam, air kapur dan serbuk kunyit boleh menjadikan adunan tepung goreng menjadi rangup dan rasanya juga lebih enak.
4. Soda bikarbonat
Baking soda atau juga dikenali dengan soda bikarbonat turut digunakan untuk tujuan rangupkan adunan tepung goreng. Caranya juga cukup mudah, satukan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kemudian barulah ditambah bahan-bahan lain seperti air, garam dan serbuk kunyit.
5. Bijan
Tambahkan sedikit bijan bertujuan untuk memberikan kerangupan adunan tepung pisang. Jangan lupa letakkan serbuk kunyit bagi memberi warna keemasan yang cantik pada adunan terpung tersebut. Istimewanya juga bila adanya bijan ini dapat memberi rasa yang lebih enak.
6. Minyak panas
Memilih untuk menambahkan minyak yang dipanaskan ke dalam adunan tepung juga tidak menghampakan. Caranya cukup mudah namun anda perlu berhati-hati memandangkan minyak tersebut panas.
7. Tepung goreng segera
Kini terdapat pelbagai pilihan jenama tepung segera untuk menggoreng pisang. Jadi pilihlah yang mana satu sesuai dengan cita rasa anda. Cara bancuhan pula telah tersedia di bagaian bungkusan untuk memudahkan pengguna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.