Siapa yang tak kenal dengan pelawak bernama Jep Sepahtu, bila sebut sahaja namanya orang boleh terbayang karekter ‘gila-gilanya’ dan kuat menyakat walaupun nampak bersahaja orangnya.
Bukan hanya kawan-kawan yang menjadi ‘mangsa’ bahkan Jep Sepahtu seorang bapa yang kuat menyakat anak-anak. Ada saja gelagatnya yang mengundang lawak dan membuatkan ramai terhibur.
Menerusi satu video yang dikongsikan sendiri oleh Jep di laman instagramnya, kelihatan anak perempuannya bernama Dariya Inara sedang melukis.
Ads
Video yang berdurasi hampir 1 minit itu memperlihatkan Jep mengusik anaknya yang baru sahaja menyambut hari lahirnya semalam (25 April).
Rupa-rupanya itu adalah ulang tahun kelahiran Dariya ke tiga tahun. Sambutan yang dibuat secara sederhana di rumah dan diraikan oleh ahli keluarga sahaja.
Ads
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah reaksi Dariya yang nampak malu-malu dan menutup wajahnya tatkala Jep mengusiknya. Rupa-rupanya Dariya anak yang pemalu apatah lagi, gelagatnya dirakam oleh Jep.
Disebabkan malu, dia menyembunyikan wajahnya tetapi dalam masa yang sama tetap meneruskan aktiviti melukisnya. Comel betul Dariya ni!
Reaksi Dariya yang menutup mata apabila diusik Jep benar-benar mencuit hati dan ada yang memintanya bersabar kerana mendapat abah yang kuat menyakat. Tak kurang yang mengatakan sifat pemalu itu diwarisi daripada Jep sendiri.
fatinrashid89 Hahaha kesian anak tu nk menulis pun xsenang abahnya pun kuat mengacau😂 sabar la dariya😅
bren__colin Dia ikut mcm daddy, “no look pass” tapi dia “no look draw” 🤣
Serangan jantung tidak mengenal usia, jantina dan waktu. Masih ingat tak lagi, pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, arwah Hani Mohsin Hanafi, meninggal dunia disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba. Begitulah yang dialami oleh seorang ibu yang aktif bersukan mengalami serangan jantung secara tiba. Mujur segera dibawa ke hospital oleh suami untuk mendapat rawatan segera. Ikuti perkongsiannya Cik Puan Ammy.
Katanya, ia berlaku secara tiba. Bermula dengan rasa berdenyut dibahagian belakang bahu, dia mula sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Kemali Di hospital ketika mendapat rawatan Walaupun aktif bersukan dan sihat, beliau tidak menyangka, akan mengalami serangan jantung. Ikuti detik cemasnya itu.
___________________________________
Sebelum ni Ammy hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yang sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa maut. Tetapi selepas ammy laluinya sendiri baru ammy tahu ia datang dengan secara tiba2 tanpa ‘hint’.
Ahad lepas, jam 5 petang, elok jer ammy jalan2 dengan anak2 dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping kat kedai RM 2.10 beli barang2 plastik. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur dengan anak2. Tiba2 sakit dibahagian belakang bahu (belikat) berdenyut2. Ammy minta tolong suami urut.
Selesai urut ammy masuk kebilik untuk rehat. Bila letak jer kepala di bantal tiba2 rasa sesak nafas dan sakit dibahagian dada kiri serta tegang dibahagian leher dan sekitar rahang. Minta suami urut lagi.
Detik Cemas
Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan2. Suami bw pergi klinik swasta. Setelah buat ECG… Doktor meminta suami segera bawa ammy ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom2 menunjukkan ammy ada masalah jantung. Masa dalam kereta, denyutan jantung ammy amat laju seolah2 ia akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yg keluar drpd mulut ammy. “AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu jer yg ammy fikir.
Denyutan jantung kembali normal
Entah apa yg berlaku,bila mana ammy sedar dh ada di hospital dan dikelilingi oleh 3 orang doktor. Ada yg cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yg tekan2 dada ammy, ada yg gosok2 belakang ammy dan ianya berlaku dalam masa yg amat pantas. Jelas di pedengaran ammy hanya kata2
“Puan…Terus bernafas jangan tidur…”….
“Puan kami nak tolong puan…”….
“Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” dan mcm2 lagi.
Selepas beberapa jarum ubat di masukkan… Nafas mula reda dan denyutan jantung semakin perlahan dan tenang.
Doktor kata ammy hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera di bawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Setelah pelbagai ujian dibuat… Alhamdulillah ammy sihat… Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal. Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat… Kuasa Allah swt… Tp yang penting… Ammy tahu disebalik ujian itu… Ramai yg sayangkan Ammy… Buat suami tercinta Wan Amy… Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital.
Terima kasih juga pada Mak mertua ammy, abang ipar, kakak ipar dan adik ipar ammy sanggup dtg jauh2 melawat ammy walaupun hari dh lewat malam, mak, pok dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa utk ammy serta anak2 ammy yg setia disisi membantu ammy uruskan rutin harian…. sayang kamu semua…
Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya. Menurut doktor yang merawat ammy, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba. Jika ada simptom-simptom yang ammy sebutkan diatas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat… Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.
Tidak dinafikan pengaruh ibu ayah adalah antara faktor utama dalam mempengaruhi kecenderungan seseorang anak untuk terlibat dalam bidang kerjaya pilihannya. Hal ini kerana ibu ayah adalah orang yang paling dekat dengan seseorang sejak dari kecil hingga dewasa.
Umpamanya kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Yusof Haslam ini diikuti oleh anak sulungnya Syamsul Yusof, yang bergelar pelakon, pengarah serta penerbit yang popular selepas banyak naskha arahannya mendapat hit di pawagam terutama filem Mat Kilau.
Pun begitu tak dilupakan juga dengan anak bongsu pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatima Ismail iaitu Syafiq Yusof. Walaupun namanya kurang dikenali sebagai pelakon, namun Syafiq amat berjaya sebagai seorang pengarah.
Banyak juga filem arahan Syafiq yang menjadi hit di panggung wayang dan antaranya filem Abang Long Fadil 3 dengan mencapai kutipan RM25juta, Abang Long Fadil 2 pula RM18 juta. Manakala KL Special Force berjaya meraih RM12 juta dan Misteri Dilaila dengan RM9juta.
Bukan itu saja, kerana kehebatannya juga menjadikan Syafiq Yusof telah dipilih menjadi pengarah untuk filem Polis Evo 3 yang amat berjaya di Malaysia.
Keluarga Bahagia Syafiq Yusof
Jika ada yang tercari-cari tentang kisah peribadi Syafiq Yusof, seakan kisahnya begitu sedikit dikongsikan di media sosial. Ini mungkin disebabkan dia melalui kehidupan yang sederhana tanpa terpalit sebarang kontroversi sepanjang berada di dunia seni.
Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini amat dipuji orang ramai.
Dia sebenarnya telah pun berkahwin pada tahun 2014 dengan wanita pilihan hati bernama Aesah Zainal. Syafiq menjalani hidup dengan tenang dan bahagia bersama dua orang anaknya dan kini difahamkan isterinya sedang hamil anak ketiga.
Ramai yang mendoakan semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aesah Zainal, serta anak-anak akan terus kekal.
Berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa itulah kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Dalam memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang lebih sempurna.
Lain orang lain caranya, bagi Penerbit dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim, 42, dia tidak kisah berkorban berjauhan dengan orang tersayang demi untuk memastikan anaknya mendapat didikan yang sempurna. Justeru, dia memilih untuk berhijrah ke United Kingdom.
Bagi tujuan tersebut, Edry dikatakan telah menubuhkan syarikat, KRU Entertainment di United Kingdom dan dalam masa yang sama anak ketiganya, Emery, 11, yang mempunyai masalah autisme mendapat pendidikan di sana.
Syarikat yang berpangkalan di Manchester, United Kingdom (UK) itu akan memulakan operasi penuh penghujung tahun ini dan berperanan sebagai ejen promosi bagi membawa artis Asia serta antarabangsa mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.
Selepas lebih sebulan menetap di UK, Edry baru-baru ini pulang ke tanah air untuk melepaskan kerinduan terhadap. Dan dalam masa yang sama, ingin memberi sokongan kepada abangnya Norman yang baru sahaja selesai sesi tayangan filem animasi Wheely.
“Walaupun berjauhan, tiada masalah kerana kami selalu berhubung menerusi FaceTime dan Skype. Segala perbincangan dan komunikasi hanya menerusi media sosial.
“Jika perlu, saya akan pulang ke ibu kota bersendirian. Anak juga masih belum faham mengapa kami ke sana dan menyangka sedang bercuti. Kami bawa mereka berjalan-jalan dulu sebelum sesi persekolahan bermula.
“Di sana ada sekolah terbaik untuk anak-anak autisme. Setakat ini Emery belum memulakn pengajian kerana sesi persekolahan hanya bermula September ini. Saya akan lihat perkembangannya terlebih dahulu sama ada sesuai atau tidak dengan sekolah tersebut,” ujar Edry lagi.
Biarpun sibuk dengan anak, namun Edry yang sememangnya cukup sinoni, dengan bidang muzik memilih untuk membuka syarikat di sana. Melalui syarikat tersebut, dia mencungkil bakat baharu di sana, selain menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.
“Ia masih dalam proses penubuhan, insya-Allah hujung tahun ini akan beroperasi sepenuhnya.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata; Emil, Edylia, Emery serta Elya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Garam Celtic ketika puasa dikatakan boleh kurangkan rasa haus, tetapi benarkah ia berkesan? Ketahui penjelasan doktor dan fakta sains sebelum anda mencubanya sepanjang Ramadan.