Dalam kegawatan ekonomi dan masalah pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang, semua orang terkena tempias. Juasteru pelbagai cara dilakukan untuk bekerja demi mencari rezeki yang halal.

Tak kira usia, bahkan ada yang sudah melebihi separuh abad namun masih berusaha keras mencari rezeki yang halal. Itulah situasi yang dikongsikan oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter . Baru-baru ini dia bertemu dengan seorang warga emas sedang menjual di tepi jalan di Jitra, Kedah.

“Nak Operation Mata, Sekarang Baru ada Ratus-Ratus.” Demi Kumpul Wang RM3K, Pak Cik Ni Gigih Jual Kuih!

Dengan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.

“Nak Operation Mata, Sekarang Baru ada Ratus-Ratus.” Demi Kumpul Wang RM3K, Pak Cik Ni Gigih Jual Kuih!

IKLAN

Lebih memilukan, pak cik tersebut terpaksa berbuat demikian demi mencari duit untuk melakukan pembedahan mata supaya penglihatannya lebih jelas akibat masalah kencing manis.

“Nak Operation Mata, Sekarang Baru ada Ratus-Ratus.” Demi Kumpul Wang RM3K, Pak Cik Ni Gigih Jual Kuih!

Kata Nuriylia, jumlah pembedahan menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya dapat mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa.

IKLAN

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki tanpa meminta-minta. Bukan itu sahaja, ada yang pernah membeli memuji akan kesedapan kuih yang dijual.

IKLAN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI