Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas memasak. Ibu-ibu tak payah pening kepada dan buang masa sebaliknya cuba kaedah yang dikongsikan ini. Pasti bantu ibu yang ingin memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.
Sebelum itu, mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Ikuti langkah mudah ini dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Tips Lantai Rumah Sentiasa Berkilat.
Hanya guna tiga bahan ini. Caranya pun cukup mudah. Air panas + cuka makan + downy dicampurkan sekali dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba ni!
ru
Memang berkilat & wangi satu rumah. Selamat mencuba!
Ads
Selain pastikan lantai bersih dan berkilat, ibu-ibu juga boleh cuba langkah ini untuk kediaman anda.
Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Cara:
Mudah sahaja, ancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Ads
Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Cara:
Ads
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Cara:
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Kredit : Najirul Airis Faris Iman, Ilham Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau diikutkan banyak sebenarnya tip dan petua untuk tujuan menurunkan berat badan. Sama ada mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis, mengurangkan memakan makanan berminyak, tidak makan nasi langsung, banyakkan bersenam dan bersukan serta lain-lain.
Jadi ikut pilihan sendiri mana satu yang ingin dicuba. Cuma, ia bergantung kepada tubuh seseorang sama ada sesuai atau tidak dengan tubuh jika melakukan salah satu cara tersebut.
Jom cuba kaedah yang dikongsikan ini. Dalam masa sebulan turun 9kg dengan diet yang sihat.
TURUN 9KG DALAM MASA 35 HARI
Post panjang, sila sediakan jajan, atau skip ke paragraph last
Since ramai yg tanya diet mcm mana untuk turun berat.
From 63kg –> 54kg in 35days.
Tak buat diet kalori, tak pandai pon nak kira kalori. Makan asal kenyang. Cuma amalkan eatclean (wlpn xberapa clean)
Sejak pindah ganu, gained almost 8kg tanpa ku sedari Breakfast : nasi dagang/kerabu/roti canai, TEH AIS Lunch : nasi kukus/Nasi lauk heavy n oily, TEH AIS Mkn petang : keropok lekor/goreng pisang/nugget,sosej, NESCAFE PANAS DINNER : nasi, NESCAFE PANAS
In between kalau rasa lapar, makan roti putih n peanut butter, colek buah full of gula putih dll mknn yg penuh trans fat
Sangat suka daging lembu, lamb chop
Suka makan MAGGI, RAMEN
Mesti pedas berapi (dah ternak biji cili bertahun2)
Suka makannan berminyak
Sukaaa segala kek, roti donut dll
Nampak tak betapa teruk pemakananku..
360° berubah bila kene operate 19/8 yg lepas. Insoffff dan mula makan secara sihat..meninggalkan makanan2 yg dicintai sepenuh hati
Meskipun sebelum ini pernah menyatakan bebas daripada kanser, namun baru-baru ini Elyana berkongsi perkembangan terkini berkenaan kesihatannya.
“Hari ini (semalam) adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi? Ramai yang tanya… Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.
“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” itulah jelas penyanyi Elyana menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengakui masih lagi ‘berhutang’ dua rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Melihat pada perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu yang proses rawatan kemoterapinya telah berjaya dan dia mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.
“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun. Tapi darah merah je kurang sikit bacaan 11.
“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah, tak ternilai jasa anda. Love you!” tulisnya.
Untuk makluman, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017.
Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap kanser sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.
Sumber : Instagram @elyanaofficial1 & Artis Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benarlah kata orang, rindu yang paling sakit adalah apabila merindui mereka yang sudah tiada. Hanya doa yang mampu dititipkan buat bekal dia yang sudah tiada.
Bagi Noor Nadia Kamaludin, pilu hati sebagai seorang isteri hanya Tuhan yang tahu. Suami tersayang, Mohd Fatah Hashim kini pergi tak kembali. Pastinya kehadiran 1 Syawal ini memberi pengertian berbeza buat dia dan anak-anak.
Mohd Fattah meninggal dunia dalam satu kejadian pada 3 Oktober tahun lalu. Arwah bersama lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) maut ketika operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang lemas di lombong tinggal Taman Putra Perdana, Puchong.
“Persiapan Raya tahun ini lebih Kepada anak-anak. Disebabkan mereka masih kecil dan tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku pada kehidupan kami sekarang. Jadi, saya perlu menyediakan persiapan Hari Raya demi melihat mereka gembira.
“Waktu arwah ada dulu, saya masih ingat lagi, menjadi satu kemestian setiap kali berpuasa, arwah akan bawa Kami sekeluarga sekerap yang mungkin ke bazar Ramadhan jika berkesempatan.
“Yang saya tak boleh lupakan kenangan semasa berpuasa. Waktu itu, saya mengandungkan anak kedua. Setiap hari saya nak ke satu kedai di bazar semata-mata untuk dapatkan juadah yang saya idamkan.
“Arwah tidak pernah merungut malah melayan permintaan saya. Dia memang seorang suami yang baik dan penyayang,”ungkap ibu kepada dua cahaya mata, Nur Media Aisya, 3 tahun 10 bulan dan Muhammad Meqa Al Asyraf, 2 tahun 6 bulan.
Lebihkan isteri dan anak-anak
Menurut Nadia lagi, selain bertugas sebagai Anggota bomba, di bulan puasa juga arwah akan membantu menyediakan kelengkapan dan bahan untuk membuat kuih.
“Setiap kali ramadhan saya membuat kuih muih untuk dijual di bazar. Dia seorang suami yang ringan tulang membantu saya. Lebih-lebih lagi sejak saya disahkan menghidap penyakit Hypertiroad. Setiap kali nak mjelang Syawal dia akan pastikan kami ada baju raya baru. Apa kehendak yang saya nak dan dia mampu akan dia penuhi.
“Sehingga kan dia selalu lebihkan kami berbanding membeli kehendak atau barang dia sndiri. Arwah selalu cakap ‘Abah takpe tak beli pun, abah selalu kerja.. Isteri dan anak-anak abah dah ada pun dah cukup.
Sahur dan berbuka sendirian
“Tapi tahun ni sangat berbeza puasa dan hari raya kami. Bila puasa sedih buat saya kerana bersahur sendirian. Berbuka puasa sendirian disebabkan saya hanya tinggal bersama anak-anak sahaja. Tiada lagi salam maaf seorang isteri kepada suaminya. Itu yang paling terkesan dihati. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk arwah dan anak-anak. Itulah kekuatan saya.
“Walaupun gembira diluar. Di dalam hati hanya Allah yang tahu. Anak-anak setiap hari sehingga ke hari ni masih tak pernah lupa menyebut tentang abah mereka. Adik baru-baru ni tak sihat menangis nak kan abah nya sampai tertidur.. Nak susu yang abah dia buat.. Hati ibu mana tak sayu bila anak-anak perlukan abah nya.
Setiap kali nangis teringat arwah, anak peluk & pujuk
“Kakak pula sering sebut apa sahaja berkaitan dengan abahnya. Macam abah selalu beli.. Macam abah selalu buat..kakak sayang abah. Tapi Allah Maha Adil walaupun dia ambil suami, Allah berikan anak-anak yang penyayang dan memahami.
“Setiap kali saya menangis anak lelaki saya akan datang peluk dan cakap, ”Ibu nak abah eh, adik kan ada”.. Kakak pula akan peluk saya dan ikut menangis seakan mengerti apa saya rasa. Harap bila satu masa nanti mereka akan tahu siapa abah mereka, baru mereka akan mengerti.
“Setiap kali hujung ramadhan arwah juga selalu bantu buat kuih raya. Arwah kurang pada biskut raya tapi kesukaan dia Popia Cheese. Dia akan bantu saya buat sampai siap. Dan juadah kesukaan dia pada hari raya adalah rendang daging. Malam raya dia selalu tunggu lauk rendang kesukaan dia siap..Dia akan makan sambil cakap ‘sedap isteri abang masak’ Saya rindu sangat dengan kata-kata tu,” ujar Nadia sayu yang bakal beraya di Kulai Johor sebelum pulang ke Kuantan.
“Disebabkan saya tak berapa sihat kebelakangan ini, saya tak mampu nak tempuh jem sendirian. Perjalanan biasanya yang memakan masa 6 jam dari Johor ke Kuantan jika tidak ada musim perayaan. Tetapi akan jadi berganda bila musim raya. Raya ketiga baru saya akan pulang ke Kuantan” ujar Nadia lagi.
Merancang cari kerja
Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Nadia kini tidak mampu meneruskan kerjanya membuat kuih seperti dulu.
“Macam orang semua tahu saya menjual kuih untuk membantu arwah mencari sumber pendapatan sebelum ini. Tapi sejak arwah tidak ada saya telah berpindah ke Johor, sehingga kini masih belum bekerja. Hanya mengharapkan pencen arwah untuk meneruskan kehidupan.
“Lagipun keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan lagi untuk bekerja. Tapi saya merancang akan cari kerja yang sesuai dan mampu saya lakukan untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Kerana saya tidak boleh harapkan pencen smata-mata, memang tidak cukup kerana anak-anak akan mula bersekolah pada tahun hadapan.
Rapat dengan anak-anak
Kerinduan pada arwah sehingga kini masih menebal. Akui Nadia, apa yang paling dia rindukan mengenai arwah adalah kasih sayangnya pada mereka.
“Waktu masak paling saya rindukan kerana arwah akan bantu saya didapur. setiap kali dia makan dia mesti akan cakap sedap Ibu masak. Setiap kali saya tak sihat dia akan risau dan akan selalu hubungi saya untuk pastikan saya dan anak-anak ok. Terlalu banyak sangat kebaikan arwah yang tak terungkap dengan kata-kata.
“Yang paling utama, arwah seorang abah dan suami yang terlalu baik untuk kami. Dia terlalu sayang dan utamakan anak-anak. Susah sangat nak tengok dia marahkan anak-anak. Sebab itulah Allah bagi dia rapat dengan anak-anak. Sebab masa dia dengan anak-anak tidak lama.
“Semasa saya mengandung dia jaga saya seperti seorang kanak-kanak yang perlu dibawa ke mana sahaja. Momen paling indah. Itulah yang dia selalu lakukan setiap hari dan setiap kali dia susah nak tidur malam,” jelas Nadia lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.