‘Duduk Di Rumah’ atau “Stay At Home” menjadi norma baharu rakyat Malaysia sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia pada Mac lalu. Sememangnya di akui antara cara terbaik untuk mencegah penyebaran virus corona adalah duduk di rumah. Semua aktiviti dilakukan di rumah termasuk pembelajaran secara dalam talian hinggalah bekerja dan berolahraga.

Bila kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah bermakna penting untuk memastikan udara  bersih dan sentiasa segar. Ini kerana keadaan rumah yang tertutup membuatkan pengudaraan menjadi tidak bersih dan berisiko dijangkiti banyak penyakit lain pula.

Membersihkan rumah setiap hari adalah salah satu cara untuk kita melindungi keluarga dan tinggal dalam suasana yang sihat. Namun pasti ada ibu-ibu yang merungut walaupun setiap hari bersihkan rumah tetapi habuk tetap ada. Bau kurang menyenangkan masih tak dapat nak dihilangkan. Masalah ini nampak kecil tetapi sebenarnya kalau tidak diatasi boleh memberikan kesan kepada ahli keluarga terutama anak-anak kecil.

Kebarangkalian ahli keluarga terutama si kecil terdedah kepada masalah asma, batuk atau selesema agak tinggi bila berada pada udara yang tidak bersih di dalam rumah. Jadi apa patut kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Tahukah anda dengan perkembangan teknologi masa kini, anda boleh menyediakan persekitaran udara yang bersih di dalam rumah? Penapis udara adalah salah satu produk hasil teknologi yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Nak Sihat Bukan Hanya Jaga Pemakanan & Bersenam Tapi Udara Di Rumah Pun Kena Bersih

Ia bukan sahaja mampu menyerap bau busuk , menapis habuk dan debu, menyerap asap rokok, jerebu dan sebagainya tetapi Penapis Udara LG PuriCare™ 360° merupakan salah satu penapis udara terbaik yang disarankan untuk kegunaan keluarga. Fungsinya sangat mengagumkan. Percayalah sesiapa sahaja yang menggunakannya akan mendapat satu pengalaman baharu dan dapat menghirup udara yang lebih sihat bukan sahaja untuk diri sendiri malah seisi rumah.

Penapis Udara LG PuriCare 360°

Sesuai dengan namanya LG PuriCare™ 360° maka fungsinya juga mampu membersihkan udara secara 360 darjah. Tampil dalam bentuk silinder, ia dapat memaksimakan penapisan udara sekeliling dan menyedut udara itu di mana juga ia diletakkan. Ia mempunyai ciri Clean Booster iaitu kipas yang berpusing dari kiri kanan. Membolehkan udara bersih dapat disaring atau sampai ke hampir seluruh kawasan bilik. Kipas tersebut juga mampu untuk menyaring udara sejauh 7.5 meter. Bayangkanlah ya! Kebolehannya menapis udara di setiap arah pasti anda dapat mengagak berapa banyak habuk serta debu yang akan disedut.

IKLAN

6 tahap penapisan  untuk perlindungan sempurna

Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana udara ditapis? Udara masuk melalui sistem penyaringan 360º yang bermula dari habuk-habuk, debu halus sehinggalah kepada bau-bauan termasuklah bau bahan kimia organik. Dalam erti kata lain, dengan memiliki penapis udara LG, anda boleh terus ucapkan selamat tinggal kepada udara berbahaya di rumah anda!

Nak Sihat Bukan Hanya Jaga Pemakanan & Bersenam Tapi Udara Di Rumah Pun Kena Bersih

Aplikasi Pintar

Dilengkapi dengan LED indicator, penapis udara ini membolehkan kita mengetahui tahap udara berdasarkan warna yang terpapar pada skrin penapis. Bagaimana warna LED menentukan tahap udara yang ada di rumah kita? Dengan teknologi sensor PM 1.0 (1 micron meter), ia mampu menyedut habuk-habuk kotoran dan bakteria yang sangat halus dan dapat memberikan indikator tahap udara di rumah kita yang perlu ditapis dan dibersihkan. Canggih kan? Ianya memudahkan tugas dan sesuai dengan teknologi  semuanya di hujung jari, penapis udara LG ini juga dilengkapi dengan akses kawalan mudah iaitu LG ThinQ™ iaitu mampu menghubungkan pembersih udara ke telefon pintar anda dengan aplikasi LG ThinQ™. Anda kini dapat mengawal fungsi alat pembersih udara di mana sahaja dengan hanya satu klik pada telefon anda.

IKLAN

Nak Sihat Bukan Hanya Jaga Pemakanan & Bersenam Tapi Udara Di Rumah Pun Kena Bersih

Membersih kawasan pergerakan anak kecil

Tidak perlu gusar jika mempunyai anak kecil. Tetapan Baby Care yang unik membolehkan penulenan udara dilakukan sehingga ke bahagian lantai paling bawah. Ini sekali gus memberi pengalaman udara sihat dan berkualiti buat bayi, khususnya ketika mereka sedang aktif merangkak dan bermain di lantai.

Nak Sihat Bukan Hanya Jaga Pemakanan & Bersenam Tapi Udara Di Rumah Pun Kena Bersih

Mod tunggal LG PuriCare™ memfokuskan pembersihan udara ke permukaan lantai, di mana bahan cemar mudah terkumpul. Ini semestinya berita gembira buat ibu-ibu kerana tiada yang lebih penting selain memberikan yang terbaik untuk anak-anak bukan?

IKLAN

Nak Sihat Bukan Hanya Jaga Pemakanan & Bersenam Tapi Udara Di Rumah Pun Kena Bersih

Jika anda masih lagi memikirkan tentang kepentingan penapis udara untuk kediaman anda? Jawapannya memang penting dan berbaloi  untuk dimiliki. Kesihatan diri dan keluarga tersayang sangat penting dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Pelaburan untuk kesihatan keluarga itu adalah sesuatu yang sangat berbaloi.

Untuk keterangan lanjut boleh ke http://bit.do/lg_airpurifier

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI