Bahagia itu adalah idaman semua pasangan agar perkahwinan itu kekal dan penuh kemesraan.

Namun, jika pasangan tidak pandai menjaga penampilan diri. Sudah pasti akan menjejaskan hubungan. Sikap romantik cukup dan cantik tak cukup jika pasangan tak pandai nak jaga kebersihan diri. Jangan asyik bau bawang je bila suami peluk!

Menarik perkongsian oleh Akhtar Syamir

Nak Suami Makin Sayang Isteri Kena Jaga Penampilan. Jangan Badan Tu Bau Bawang!

Antara punca utama suami kurang berminat untuk peluk, dakap dan cium isteri ialah kerana mulut isteri yang busuk, badan berbau dan tidak menarik.

Terkejut? Jangan. Ini adalah perkara yang benar dan ini adalah realiti. Sebelum anda salahkan suami kerana tidak membeli itu dan ini untuk isteri jaga penampilan diri, perlu saya nyatakan di sini yang saya maksudkan penampilan diri yang asas. Yang seorang manusia perlu jaga supaya dirinya nampak menarik, segar dan sihat.

Fokus penulisan ini adalah untuk para isteri. Diharap anda tidak membandingkan keadaan suami di rumah pula. Itu akan dibincangkan di penulisan yang lain.

Kita mulakan dengan kenapa isteri perlu jaga penampilan di rumah? Kerana insan yang paling utama isteri kena tunjukkan kecantikannya ialah pada suami. Bukan rakan sekerja, bukan kawan-kawan dan bukan orang yang tidak dikenali.

Mana boleh asyik nak cantik je kat rumah? Nak masak, nak jaga anak, nak kemas rumah semua. Saya sedia maklum apa yang isteri perlu buat di rumah. Tetapi itu bukan alasan untuk tidak menjaga penampilan diri. Selepas buat semua kerja tu, boleh sahaja amalkan mandi dan segarkan diri. Ini boleh mengelakkan dari badan menjadi berbau disebabkan peluh dan kotoran lain.

IKLAN

Antara perkara yang paling penting isteri perlu jaga ialah bau mulut. Jangan gelak atau nafikan. Bau mulut ini amatlah penting. Perlu amalkan selalu gosok gigi dan berkumur. Bau mulut yang tidak enak boleh membuatkan mood suami jatuh menjunam apabila mahu bermanja dengan isteri. Ciuman adalah satu aktiviti yang baik untuk suami isteri. Tetapi percayalah yang bau mulut yang busuk akan membuatkan suami mengelak-elak untuk mencium isterinya.

Selain mandi, pakaian di rumah juga perlu diberi perhatian. Pakaian seperti kain batik, baju t shirt, baju kelawar atau baju tidur yang jarang ditukar pasti menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Sama seperti kesan bau mulut tadi, bau baju yang busuk juga boleh membuatkan suami kurang berminat untuk bermanja-manja.

Apakah tanda-tanda yang suami tidak selesa dan tidak berminat dengan penampilan isteri?

Nak Suami Makin Sayang Isteri Kena Jaga Penampilan. Jangan Badan Tu Bau Bawang!

1. Mengelak apabila isteri mahu cium. Kebarangkalian besar adalah kerana nafas dan mulut berbau.

2. Pelukan yang tidak lama. Ini adalah kerana badan serta baju ada bau yang tidak menyenangkan.

IKLAN

3. Tidak menunjukkan minat untuk bermanja atau bersama dengan isteri. Ini kerana penampilan luaran di rumah itu tidak menarik.

Jagalah penampilan diri. Tidak susah sebenarnya. Cuba langkah-langkah berikut :

1. Amalkan gosok gigi paling kurang 2 kali sehari. Pastikan mulut tidak berbau sebelum suami pulang ke rumah.

2. Ambil peduli tentang cara mandi yang sempurna dan bahagian-bahagian yang perlu dibersihkan dengan sempurna. Jika mahu suami cium anda satu badan, perlu bagi bersih dan wangi satu badan. Sentiasa gunakan sabun dan jangan lupa bersyampu. Rambut yang wangi bakal mendatangkan minat yang kuat dari suami.

3. Pilih pakaian yang tidak buruk dan bersih. Walaupun hanya dengan T Shirt dan kain batik, jika ianya elok dan bersih, pasti boleh mendatangkan minat suami. Cuba biasakan diri tukar jenis pakaian di rumah. Ini bakal mendatangkan kepelbagaian diri dan seterusnya menjadikan diri lebih menarik.

4. Rambut juga memainkan peranan. Amalkan sentiasa sikat rambut supaya ia tidak seperti nenek kebayan apabila menyambut suami pulang dari kerja.

IKLAN

5. Tidak menjadi kesalahan jika mahu pakai minyak wangi sedikit di rumah. Bau yang wangi boleh mendatangkan keghairahan si suami. Tak percaya? Cubalah dulu.

6. Tak salah jika sekali-sekala berpakaian seksi untuk menjamu mata suami. Cuma perlu pastikan ianya tidak dilakukan di depan anak-anak.

7. Pastikan diri bersih dan wangi sebelum tidur. Ia bakal mendatangkan perasaan tenang dan selesa buat suami. Barulah sedap dipeluk-peluk.

Semoga dengan pencerahan ini dapat membuka mata para isteri yang telah mengabaikan penampilan mereka di rumah. Ingatlah, jika mahu suami dekat dengan anda, jadikan diri anda menarik. Apabila isteri itu bersih dan menarik serta berbau harum, pasti si suami akan selesa untuk bermanja, peluk, dakap dan cium isterinya. Bukankah itu yang isteri mahukan?

Lakukan bahagian anda dengan sempurna dahulu. Jangan salahkan orang lain. Anda hanya mampu mengubah apa yang di dalam kawalan sahaja. Jadi, ubahlah diri kita dahulu. Jangan kusutkan diri dengan benda di luar kawalan.

Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai para isteri mempunyai penampilan yang terbaik buat suami di rumah.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

BroOhsem

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI