Nak cantik bukan mudah. Selain amalan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan yang membantu untuk cantik, makananlah menjadi tunjang utama untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik.

Sebagai wanita, memilih makanan yang tinggi khasiat amat membantu untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik. Apa yang wanita perlu tahu, banyak makanan yang khusus untuk kecantikan dalaman wanita. Apakah jenis makanan itu?

Kapsikum Merah
Sebiji buah kapsikum merah mengandung 100 peratus keperluan vitamin C harian anda. Malah sayur ini juga mengandungi serat diet dan vitamin B6.

Coklat
Antioksidan dalam coklat menghilangkan masalah kulit kasar dan dikatakan mampu melindungi kulit daripada sinar matahari. Bukan itu sahaja, malahan koko dalam coklat juga buat arteri jadi lebih relaks.

Salmon
Bagi peminat ikan salmon, andalah wanita paling bertuah. Yang anda perlu tahu, ikan salmon kaya dengan lemak omega-3 yang membantu mengurangkan inflamasi, kedut dan juga masalah jerawat. Hebat bukan?

Minyak Kelapa
Minyak kelapa kaya dengan vitamin E yang dapat melembutkan kulit dan bebas jerawat. Jika anda penggemar minyak kelapa dara, cuba anda bayangkan kuasa hebatkan kepada kulit anda.

Teh Hijau
Teh hijau sememangnya sihat untuk tubuh. Mengapa? Kerana kandungan L-theanine yang terdapat di dalamnya membantu tubuh menjadi lebih relaks dan mengubati stress. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau panas sekarang.

IKLAN

Bayam
Sayur bayam memang banyak khasiatnya. Bagi aspek kecantikan, bayam yang tinggi antioksidan mampu melawan semua jenis masalah kulit. Jadi mengapa anda harus mengelakkan sayur ini? Menu bayam rebus atau ditumis dengan sedikit minyak sudah menjadikan ia berbaloi dan untuk nampak cantik.

Chia Seed
Chia seed mungkin baru diterima dalam masyarakat kita sedangkan makanan ini sudah lama diketahui akan khasiatnya. Lemak Omega-3 yang terdapat dalam flax seeds dan chia seeds sempurna untuk melawan kedutan dan jerawat.

Seleri
Seleri yang selalunya dimakan mentah bersama sos istimewa juga dijadikan bahan sampingan dalam sup sebenarnya banyak menfaat untuk kulit cantik. Ia mengandungi sodium dan potasium yang membantu kulit dari dehidrasi.

IKLAN

Betik
Buah tempatan ini usah dipandang remeh kerana fungsinya cukup besar untuk kulit yang cantik. Betik rendah fruktosa dan mengandung nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten, yang bagus untuk jerawat.

Lobak Merah
Selain baik untuk kesihatan mata, lobak yang kaya dengan vitamin A ini mampu mencegah produksi sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Mata cantik kulit pun tampil cantik. Jom amalkan.