Dalam keseronokan menyambut lebaran, budaya kunjung mengunjung tidak dilupakan. Inilah masanya untuk bertemu saudara-mara serta rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa dan bertanya khabar.
Menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya perayaan, jalan-jalan raya akan sesak. Malah kesesakan jalan raya bagi setiap tahun sukar dijangka malah ada yang tersangkut berjam-jam lamanya.
Oleh yang demikian, kesabaran dan juga keprihatinan setiap pemandu jalan raya amatlah penting kerana masing-masing mahu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Namun, berlaku sebaliknya bagi sebuah kereta perodua Myvi ini apabila mendapat ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing sekolah.
Ads
Menurut perkongsian video TikTok @m.a7annnn kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan.
Dalam video berkenaan pemandu itu ‘berusaha keras’ bergerak kehadapan dan kebelakang untuk keluarkan separuh badan King yang tersangkut.
Ads
Apabila perakam melepasi kereta Myvi itu, bahagian bumper hadapan sudah tercabut. Walaupun kereta sudah teruk sebegitu, namun tiada kereta lain yang berhenti memberikan bantuan.
Netizen umpamakan situasi itu sebagai ‘orang tamak, selalu rugi’. Hanya sebab tidak boleh bersabar beberapa minit, pemandu itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan kereta King tersebut.
Ads
Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.
Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan.
Keterujaan untuk menyambut orang baru dalam keluarga akhirnya bertukar sedih apabila wanita yang telah menjaga dan mengandungkan zuriat selama 9 bulan ini pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya selepas melahirkan anak ketiga.
Wanita yang merupakan warganegara Indonesia ini telah bersalin seorang diri di rumahnya yang terletak di Kampung Perigi Jernih, Negeri Sembilan.
Perkara ini hanya disedari oleh suaminya sekitar jam 3 petang selepas mendapati isterinya tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
Mayat wanita itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. Menurut sumber, bayi perempuan yang dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan telah ditempatkan di unit jagaan bayi di Hospital Rembau.
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya disayangi rakyat jelata kerana sifat baginda yang berjiwa rakyat.
Sikap baginda yang selalu turun padang dan mengambil berat mengenai hal rakyat sangat menyenangkan.
Namun semalam tular di laman sosial sebuah video, baginda kelihatan sedang beramah mesra sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai.
‘Ini untuk awak,color rambut balik,’ titah baginda sambil menghulurkan sampul kepada seorang pemuda dengan fesyen rambut seperti animasi Naruto.
Pemuda itu kemudiannya tampil ke depan untuk merakam swafoto bersama baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan yang biasanya dipakai oleh peminat cosplay.
“Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil meletakkan tangan di dahinya.
Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan agar mereka mengambil gambar bersama buat kali kedua.
Gelagat Agong yang ketawa berdekah bila mengetahui rambut tersebut adalah topi, mengundang tawa pengunjung yang berada di situ melihat aksi baginda yang terkena ‘prank’ secara tidak sengaja oleh lelaki berambut ala watak anime Naruto.
Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap merendah diri baginda yang disifatkan sangat dekat dengan hati rakyat.
“Terbaik Agong pun. Allahuakhbar. Bagi duit suruh potong rambut, kena ‘prank’ dengan rakyat.