Siapa yang tak nak kaya. Tiada masalah kewangan dan dapat membeli apa sahaja yang diidamkan. Bak kata orang, harta turun keturunan pun tak habis.

Tapi untuk menjadi kaya ini, tentu ada caranya agar dapat mengurus kewangan dengan bijak. Bukannya bersikap boros.

Nak tahu caranya, ikuti tips yang disediakan oleh Thomas C. Corley, di mana beliau telah menggunakan masa beliau untuk belajar dari orang-orang kaya berkenaan dengan cara mereka menggunakan duit mereka yang banyak dengan bijak.

Mana tahu, dengan strategi boleh buat kita semua kaya-raya seperti mereka. InsyaAllah!

1. Ada Tabiat Merekod Setiap Duit Yang Mereka Guna

Nak Uruskan Kewangan Dengan Bijak, Ini 9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit.

Ini sikap yang tak ramai orang ada. Kita boleh perhatikan sikap ini setiap hari dengan amat mudah.

Bila beli barang di kedai, berapa ramai yang ambil resit?
Kalau ambil pun, berapa ramai yang simpan? Atau resit itu akhirnya masuk ke dalam tong sampah?

Kalau nak jadi kaya, kita boleh mulakan dengan menanam sikap ambil tahu.
Kaji setiap pergerakan duit kita setiap bulan. Sama ada di bank atau penggunaan kad kredit.

Dari sini, kita akan perasan banyak benda yang kita bayar, tapi tak berapa penting untuk kita guna.
Contohnya seperti yuran keahlian kelab (seperti gym atau lain-lain), langganan, atau caj rahsia untuk setiap servis yang kita sedang gunakan.

2. Audit Perbelanjaan Mereka Secara Berkala

Nak Uruskan Kewangan Dengan Bijak, Ini 9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit.

Kos perbelanjaan kerap berubah dari semasa ke semasa.
Contohnya, kos untuk bayar takaful. Ia akan meningkat atau menurun dalam satu jangka masa tertentu.

IKLAN

Mula kaji bayaran yang kita buat untuk perkara ini. Pilih kadar takaful yang terendah untuk rumah, kereta, dan nyawa.

Periksa bayaran untuk takaful kesihatan. Mungkin kita masih bayar perkara yang tak sepatutnya. Contohnya, takaful untuk anak-anak kita yang sudah bekerja, atau mereka sudah mula bayar takaful untuk diri sendiri, atau lain-lain.
Sama juga dengan kos seperti servis Internet atau Astro. Kaji perkara ini dan dapatkan kos yang terendah untuk servis-servis ini.

Jika perlu, boleh potong langganan ini untuk elakkan pembaziran (Info tambahan: Orang kaya jarang tengok TV).

Kita juga boleh cari dan kaji pelan telefon bimbit yang terbaik. Servis ini sentiasa bersaing dan kerap ubah pelan mereka untuk menangi hati pelanggan.

3. Beli Kereta Terpakai Yang Berkualiti

Nak Uruskan Kewangan Dengan Bijak, Ini 9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit.

Kereta baru akan hilang nilai selepas beberapa saat ia beredar dari kedai. Ini perkara yang tak dapat kita elak.

Kita boleh hindarkan perkara ini dengan membeli kereta terpakai. 44% orang kaya suka beli kereta terpakai yang berkualiti. Ini berdasarkan daripada kajian yang Thomas buat.

Kita boleh gunakan tip ini: Mereka akan beli kereta yang tak gunakan banyak mileage. Kita cuma perlu sediakan kos untuk selenggara kereta terpakai ini (tukar tayar, minyak hitam, dan sebagainya).
Walau apa pun, ia masih berbaloi dan masih murah berbanding beli kereta baru.

IKLAN

4. Mereka Hargai Setiap Kupon Diskaun

Nak Uruskan Kewangan Dengan Bijak, Ini 9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit.

Terkejut? Kajian Thomas selama 5 tahun telah membuktikan perkara ini. Ini adalah tabiat yang jimatkan penggunaan duit yang amat berkesan. 30% orang kaya akan gunakan kupon untuk beli makanan harian mereka.

Ini jelas menunjukkan mereka amat berhati-hati semasa berbelanja (dan ini tak bermakna mereka tak ada duit). Kenapa kena bayar lebih untuk makanan atau lain-lain benda, jika ada kupon diskaun yang boleh diguna?

Tak guna lebih 30% daripada gaji mereka untuk bayar kos rumah. Ramai yang sukar nak percaya perkara ini, tapi ia adalah hakikat yang terpaksa mereka telan.

Bukan semua orang kaya akan pilih untuk duduk di rumah banglo atau istana.
Kajian Thomas membuktikan bahawa 64% lebih suka duduk di rumah yang sederhana, asalkan ia selesa dan boleh tampung bilangan ahli keluarga mereka.

6. Ada Tabiat Tawar-Menawar
Ramai yang lebih rela bayar lebih untuk barangan yang dibeli. Ini adalah tabiat orang miskin.
“Padahal, kita boleh sahaja tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah,” jelas Thomas.
Orang yang ada tabiat ini boleh jadi kaya dengan mudah. Tawar-menawar adalah tabiat orang kaya yang boleh kita amalkan selalu (tapi tengok tempat. Takkan kat supermarket seperti MYDIN atau TESCO nak tawar-menawar juga?)

IKLAN

7. Mereka Tak Gunakan Kad Kredit Yang Tak Ada Kelebihan

Nak Uruskan Kewangan Dengan Bijak, Ini 9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit.

Ada banyak program kad kredit yang beri kelebihan kepada pelanggan mereka.
Biasanya, program ini akan berikan ganjaran berupa point.
Point ini boleh ditukar kepada produk percuma atau lain-lain, bergantung kepada tawaran dari pihak bank.

Sebagai contoh, American Express berikan sehingga 88% pulangan untuk setiap perbelanjaan yang menggunakan kad kredit ini. Contoh lain seperti Barnes and Noble. Point yang dikumpul boleh ditukar kepada kad hadiah (gift card) secara percuma, 100% tanpa sebarang caj tambahan.

8. Ada Objektif Yang Jelas Kenapa Mereka Simpan Duit

Mereka ada satu jenis tabiat, iaitu simpan duit dalam pelbagai jenis akaun atau lain-lain bank.

Untuk ini, mereka biasanya akan asingkan duit dalam satu jumlah yang besar.
Kemudian, mereka akan bahagikan sesebuah jumlah ke dalam setiap akaun yang ada.
Sebagai contoh, katakan kita mampu asingkan 10% daripada pendapatan kita setiap bulan.

Kita boleh ambil 5% dan simpan sebagai duit persaraan kita, 2% untuk perbelanjaan, 1.5% sebagai persediaan untuk sebarang kecemasan, dan lebihan 1.5% untuk modal pusingan bisnes (ini hanya sekadar contoh sahaja).

9. Mereka Simpan Duit Secara Automatik
Kata kunci untuk perkara ini adalah: Perlaksanaan.
Kita boleh setkan agar setiap jumlah tertentu disalurkan terus ke setiap akaun secara automatik. Jumlah ini akan ditolak daripada pendapatan (gaji) bersih kita setiap bulan.

Dengan cara ini, kita tak perlu simpan duit secara manual.
Ia juga memaksa kita untuk berbelanja dengan cermat, sebab kita simpan duit dahulu dan belanja baki duit yang tinggal.

Sumber: Gila Hartanah & via www.businessinsider.com

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI