Betul apa yang dikatakan, bahagian itu bukan boleh dibeli wang ringgit. Bukan duit semata bahagia itu. Jika awalnya duit melimpah jadi ukuran kebahagian tetapi lama kelamaan, ia akan pudar. Kebahagiaan abadi adalah rasa kasih sayang yang tersemat hati kepada pasangannya.
Begitulah yang dilakukan kepada pasangan ini yang diceritakan oleh saudara Muhammad Yusof melalui perkongsiannya yang hampir cecah 5K!
Kisah seorang suami yang menyediakan Me Time isteri di tempat ibadat tanpa menyuruhnya keluar segera selepas solat. Sebaliknya setia menunggu isteri. Lebih sweet, apabila siap sedia memusingkan kedudukan sepasangan selipar isteri agar mudah menyarungkan apabila keluar masjid.
Nyata, kasih sayang itu bukan duit semata, tetapi saling menghargai pasangan. Indahnya cinta itu jika begitu mendalam kan! Moga pasangan kita begitu!
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
TUNGGU ISTERI
Ads
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
Ads
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut.
Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ads
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila sebut tentang pelakon dan penyanyi popular, Alif Satar, semestinya ramai yang mengenali selebriti yang bebas dari gosip yang kontroversi.
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi popular, Alif Satar mendapat perhatian ramai berikutan video yang memaparkan dia bijak dalam menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi dengan lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dipercayai rakan kepada Alif di laman TikToknya, kelihatan penyanyi yang berusia 32 tahun itu sedang mesra melayani seorang lelaki OKU.
Dalam video tersebut, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ itu begitu ramah dalam melayani permintaan lelaki terbabit untuk bergambar bersama dengan menggunakan bahasa isyarat telah mencetuskan rasa sebak ramai.
Mana tidaknya, selain bakat dalam nyanyian serta lakonan, ramai tidak menyangka bahawa Alif boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan baik sekali.
“Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada yang lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, ironman dan dia fasih dalam menggunakan bahasa isyarat.
“Dah bertahun aku berkawan dengan dia, baru aku tahu yang dia pandai bertutur menggunakan bahasa isyarat,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh Alif yang tidak sombong menyantuni para peminatnya. Malah, ramai menganggap bahawa Alif adalah salah seorang artis yang patut dicontohi dan layak untuk menjadikan dia sebagai idola serta ikon untuk generasi muda.
Sumber: TikTok @johnlemmonnn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai antara ibu bapa yang memilih Baby Carrier untuk mendukung anak. Selain membuatkan anak rasa selesa berada di sisi anda, ia juga membantu mengurangkan beban berat si kecil anda.
Namun, adakah anda pasti selaman ini, cara penggunaan carrier pada si kecil anda betu dan tidak mendatangkan impak negatif. Ini yang dikongsikan oleh say_shazril menerusi instagramnya.
Baby Paling Ke Hadapan Tak Berapa Bagus . Sy cukup suka palingkan Ace ke depan supaya dia dapat tengok dunia tapi bini sy cukup tak suka. Bila baca-baca bijak rupa-rupanya biniku. Anda hanya boleh palingkan anak anda ke hadapan HANYA JIKA dia boleh mengawal kepala & lehernya dengan baik. Macam mana nak tau? Simple, semasa anda sedang carry dia cuba bengkok-kan badan anda ke kiri & ke kanan. Sekiranya kepalanya lentok ikut pergerakan anda that means dia tak bersedia untuk front facing lagi. Selalunya by 6 bulan tapi bergantung kepada perkembangan motornya. Baiklah, kenapa palingkan baby ke hadapan tak bagus? Pertamanya, it’s BAD FOR YOUR SPINE. Perasan dak bila palingkan dia ke depan laju ja belakang kita lenguh? Ini disebabkan bebanan daripada berat bayi itu lebih jauh ke hadapan maka untuk compensate lebihan bebanan ini, tulang belakang kita kena bengkok lebih (hyperextend) & ini memberi tekanan yang lebih di tulang belakang kita. Sebab tu once dah rasa lenguh, kita diharuskan memalingkan bayi menghadap kita. Tulang belakang nak guna lama peeps. . Kedua, palingkan ke hadapan is BAD FOR YOUR BABY’S SPINE. Tulang belakang kita bentuknya ibarat huruf “S”. Cuba bayangkan jika perut kita boyot & kita letakkan bayi kita menghadap depan, semestinya perut kita akan overextend tulang belakang dia & bukan sahaja tulang belakangnya yg akan menampung berat badannya malah segala hentakan daripada langkah kita akan memberi tekanan kepada tulang belakangnya. “Jadi tak elok langsung la ni paling ke hadapan doc?”. Bagi sy jawapannya BERGANTUNG. Bila sy palingkan Ace ke hadapan cukup happy dia tergedik2 manja. Tapi bila dia bising & grumpy mungkin daripada overstimulation & mungkin daripada belakangnya lenguh, sy & bini tau yg it is time tuk palingkan dia menghadap kami. Its all about your parenting instinct. Paling penting, JANGAN SESEKALI BIARKAN BABY ANDA TIDUR SAMBIL PALING KE HADAPAN kerana boleh menyekat saluran pernafasan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali lagi tahun ini kita semua meriakan sambutan hari raya di rumah. Tidak dapat ke masjid untuk mengejarkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga.
Justeru ramai yang mengejarkan solat sunat ini di rumah. Begitu juga dengan keluarga ini. Namun menariknya, khutbah raya isi kandungannya menjurus kepada tazkirah buat anak-anak.
Ikuti selanjutnya perkongsian menarik ini.
TAZKIRAH BUAT ANAK
Pagi tadi, aku imamkan solat sunat Aidilfitri. Aku dengan anak-anak, maknya bendera Jepun. Dia snapkan ni tadi. Lepas habis solat, kami bertakbir kejap. Hikmah raya kat rumah je.
Aku tak bagi khutbah, aku bagi tazkirah.
Sesuai aku rasa untuk anak.
” Korang, untung. Raya, tetap ada benda nak makan, sedap pulak tu ibu masak. Ada baju baru ayah belikan. Duit raya banyak korang dapat.”
” Ayah dulu, tak merasa macam korang rasa. Ayah tak ada baju baru, tak dapat duit raya banyak macam mana korang dapat. Kisah raya ayah masa kecik, menyedihkan. Sebab tu ayah tak nak korang rasa macam ayah rasa dulu.”
” Jadi jangan lawan cakap ayah dengan ibu. Syukur sebab korang ada lagi ayah dengan ibu. Kalau ayah dah tak ada nanti, korang takkan dapat raya seronok macam sekarang. Bayangkan kalau ibu meninggal dulu, siapa nak masak untuk kita bila raya?”
Anak semua terdiam. Senyap tunduk.
” Ayah tak nak korang jadi anak yang pemalas. Bangun lambat, rezeki tak masuk tau. Hidup ni kena rajin. Kalau tak pandai takpe tapi jangan pemalas. Pemalas tu kalah lembu tau tak.”
HIDUP SEMENTARA
Aku panjangkan lagi tazkirah.
” Hidup ini sementara. Kita takkan boleh seronok je sepanjang masa. Bila tiba tuhan duga kita, kita terpaksa terima. Tengok anak-anak yatim yang tak ada mak ayah tu. Mana diaorang duduk. Mana diaorang nak beli baju raya kalau mak ayah dah tak ada. Nasib baiklah ada orang yang sudi tolong belikan.”
” Hidup ni bukan nak makan sedap manjang. Bukan nak pakai cantik je selalu. Bukan nak kelakar je tiap waktu. Ada masa, kita kena menangis sebab rindukan hidup masa gembira. Ada masa kita kena serius cari apa yang sepatutnya. Ada masa kita kena faham, hidup ni tak boleh kita jangka sebenarnya.”
” Ada orang kaya tapi tak bahagia. Ada orang miskin tapi bahagia. Tiap kita kena faham, hidup ni, kita kena usaha bahagiakan diri. Bukan harap orang lain saja. Usaha, nanti Allah makbulkan apa saja kita nak. InshaAllah.”
” Ayah tak nak bila ayah tak ada, korang macam anak ayam bertempiaran. Kena dari sekarang fahamkan, hidup ni kena sentiasa siap sedia. kalau ayah dah tak ada, jaga ibu baik-baik. Jangan tinggalkan ibu sorang-sorang.”
Saat ni, anak dah ada yang cebek.
Pada aku, benda ni kena diingatkan selalu. Anak yang tak pernah diingatkan pasal benda ni, dia payah nak sesuaikan diri bila keadaan memerlukan. Dia takkan boleh terima hakikat.
Cukuplah aku pernah susah dulu, aku tak dapat sediakan persiapan raya sebaiknya. Tuhan je tahu betapa rasa bersalahnya. Bila tengok muka anak, aku rasa nak menangis.
Menangis sebab tu memang salah aku. Ayah yang gagal berikan apa yang terbaik untuk anak. Hak anak, dapatkan yang terbaik.
Bila aku tengok ada bapa yang biarkan anak, aku jadi marah. Tambah lagi jenis buat anak pandai tapi bab jaga hapah tak reti. Rasa nak tempeleng je sedas sorang.
Hidup ini sementara. Indahkanlah dengan kenangan yang bakal jadi momen terindah.
Sumber: Pe Chey
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Azhar Sulaiman sanggup 'kehelkan' kaki demi menjiwai watak Pak Bakar. Bagi memastikan lakonannya meninggalkan impak yang kuat kepada penonton, pelakon berpengalaman, Azhar Sulaiman sanggup memaksa dirinya berjalan dalam keadaan tidak selesa sehingga menyebabkan kecederaan ringan, semata-mata untuk membawa watak lelaki kurang upaya dalam siri terbaharu, Hilang Kasyorga.