Tugas isteri ini memang tak pernah habis. Sebaik buka mata, ada sahaja yang nak dilakukan. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil.
Malah masa makan pun, tidak tentu. Namun jika ada suami yang prihatin, tentu ia jadi tak sukar. Suami akan teman isteri makan bila settle uruskan anak-anak. Bukan mengada nak bermanja tapi inilah pengikat kasih. Inilah yang buat keluarga makin bahagia.
Begitu juga dengan perkongsian ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Semalam terjadi satu situasi di rumah yang saya rasa ramai boleh ambil iktibar.
Di meja makan sudah terhidang nasi dan lauk pauk untuk dimakan. Sedang kami asyik mula makan, anak kecil kami si Daisy menangis dan tak nak duduk diam.
Dia kerap datang ke meja makan dan menganggu mamanya Nora Azni makan. Kami letakkan di kerusi baby untuk makan bersama pun tak nak. Berterusan menangis.
Isteri saya yang baru sahaja mula makan terpaksa berhenti dan mengambil Daisy untuk disusukan. “I susukan Daisy dulu ye, U makanlah dulu”. Dia pun masuk ke bilik.
Saya terus suap sekali nasi beserta daging masak sup beserta sambal mangga muda yang sangat membuka selera. Kemudian saya tinggalkan sahaja pinggan makan yang masih belum saya habiskan dan bergegas basuh tangan di sinki dapur.
Saya masuk ke bilik, tutup pintu dan ditanya oleh isteri. “La, kenapa tak makan je dulu?”, “takpe, I tunggu U, kita makan sama nanti” jawab saya sambil mengusap pipinya.
“Terima kasih sayang” jawabnya manja bercampur seronok. Saya pun duduk dan menunggu isteri saya selesai sambil tengok tv.
Bukan saya tak nak suapkan, cuma dia pernah beritahu yang dia hilang selera dan rasa kenyang bila makan sambil menyusukan anak.
TEMAN ISTERI URUSKAN ANAK
Rupanya Daisy lapar susu dan mengantuk. Selesai tidurkan dia, kami pun berdua keluar semula sambil berpimpinan tangan untuk menyertai kembali mereka yang sedang makan.
Ads
Mungkin ada yang bertanya, “sampai 2 orang nak tidurkan anak?” Sebenarnya tak perlu pun. Saya boleh sahaja teruskan makan dan biarkan isteri saya berhenti makan dan menyusukan anak.
Bila baca semula ayat terakhir tu lagi sekali patutnya kita boleh nampak, betul tak? Sampainya hati saya terus makan dengan sedap tapi si isteri terpaksa putus suap untuk susukan anak. Saya tak sampai hati.
Semasa saya menjaga Daisy sebelum itu, dia bertungkus-lumus masak di dapur. Dengan sup daging, ikan goreng, telur dadar dan sambal mangga muda. Lauk tu semua bukan tiba-tiba ada secara magik.
Selesai masak, dia sediakan tempat makan pula. Alas pinggan siap terletak, pinggan makan dan hidangan lauk, siap tersusun. Sebelum makan, nasi pun dia sendukkan ke dalam setiap pinggan.
Dia buat semua tu untuk saya dan keluarga. Jika ditanya perlu ke saya teman dia untuk susukan anak pada waktu itu? Jawapannya YA yang besar. Sangat perlu. Makan bersama suami dan isteri adalah satu pengalaman atau aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi kami. Ia satu cara kami eratkan perhubungan.
Ads
HARGAI ISTERI
Berhenti makan dan meneman si dia supaya kami boleh sambung makan bersama ialah tanda saya menghormati dan menghargai isteri.
Kita tak nampak benda ini penting jika kita tidak sedar. Tetapi percayalah yang ini satu perbuatan yang membuatkan isteri sangat gembira. Dia rasa dihargai, disayangi dan dihormati.
Jika ada yang kata isteri saya bertuah kerana saya cakna benda ni semua, sebenarnya kebahagiaan itu tercipta dari dua arah. Saya melayan dia dengan baik kerana dia melayan saya dengan sangat baik.
Bukalah mata, ambillah peluang untuk menunjukkan yang kita menghargai, menyayangi dan menghormati pasangan kita.
Sekadar perkongsian dari hati seorang suami. Semoga bermanfaat.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekarang ini, perbelanjaan isi rumah semakin tinggi. Dengan komitmen anak-anak dan keperluan rumah, menuntut sejumlah perbelanjaan yang besar.
Sehubungan itu, ada wanita berkerja dan juga surirumahtangga yang berniaga secara atas talian. Saling membantu dan melengkapi ini dan tidak berkira akan menjadikan keluarga itu lebih harmoni.
Begitu dengan perkongsian seorang wanita, yang merupakan surirumahtangga yang berniaga secara online, tidak kisah mengadaikan gelang emasnya untuk membeli hadiah motosikal baru kepada suami tersayang.
Hasil keuntungan perniagaannya setiap bulan beliau akan membeli emas walaupun hanya 1gram.
Ikuti perkongsiannya.
HARGAI PERGORBANAN SUAMI
Banyak sudah suami berkorban tenaga bantu saya jaga anak dan cod barang custmr tak kira bila custmr nak..kadang balik kerja tak sempat rehat terus keluar cod..
Saya hanya suri rumah yang berniaga online ,bila ada untung sikit saya akn pastikan tiap bulan mesti beli emas walaupon 1gram..atas saranan suami gak suruh beli emas..x rugi katanya.
Gelang ni saya beli hasil gadai barang kemas yang kecik2 tu..tapi Alhamdulilah dah tebus da..
Jadi sekarang saya “hantar asrama” semula untuk beli hadiah moto idaman suami…saya beli motor ni cash je sebab suami tak tahu lagi.
Semoga suami saya makin bersemangat keluar rumah mencari rezeki buat keluarga kecik kami. Doakan saya berjaya tebus balik “anak” saya ni ye..amin ya mujib.
Ini namanya saling melengkapi antara suami isteri.
Sumber: Chienta Mul ‘aien II
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Demi Kesihatan Bayi Kami…” Mira Filzah Sedia SOP Di Majlis Aqiqah
Sejak pandemik, ibu bapa begitu prihatian mengenai kesihatan anak demi memastikan tiada jangkitan yang memudaratkan diri.
Biarpun kita melalui endemik, ibu bapa tidak pernah culas melakukan pengawasan kesihatan buat anak terutama bagi yang masih bayi.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lantaran itu, tindakan pasangan romantis ini, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar menyenaraikan peraturan atau SOP yang ditetapkan kepada tetamu ketika mengadakan majlis aqiqah telah meraih perhatian ramai.
Ia bukan lain hanya bertujuan memastikan menjaga kesihatan dan keselamatan buat putera sulungnya itu.
Majlis yang diadakan secara tertutup buat anak sulungnya Wan Khair Amir yang baru berusia lima bulan telah diadakan baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian yang difahamkan di Instagram(IG) Story miliknya, terdapat satu kad yang menyenaraikan peraturan atau adab ketika berjumpa bayinya.
Peraturan yang ditulis dalam bahasa Inggeri itu antarannya melarang agar tetamu mencium bayinya, meminta izin mereka untuk menyentuh anaknya, mencuci tangan dan menjarakkan diri dari bayi jika tidak sihat.
Berikut antara SOP yang disenaraikan untuk memastikan kesejahteraan anak sulung pasangan ini.
Demi kesihatan bayi kami: 1. Tolong basuh tangan 2. Kami berbesar hati jika anda meminta izin dahulu sebelum menyentuh atau mendukung bayi 3. Tolong jangan cium bayi 4.Tolong jauhkan diri dari bayi jika anda sakit atau ada simptom tidak sihat 5, Teruma kasih atas keprihatinan anda
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.” Papa & Mama
Untuk rekod, Mira Filzah, 29 dan Emir, 32, bernikah pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dikurniakan cahayamata sulung pada 10 Mei lalu.
Setelah hampir 3 bulan bernikah, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepi bersama pasangan, Essam Muhammad di sebuah acara tertutup malam tadi di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.
Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.
Majlis tersebut juga turut dikongsikan rakan rapat Mizz Nina, Aliza Kim yang memuat naik foto pasangan pengantin bersama anak angkat Mizz Nina, Musa.
Turut kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim.
Mizz Nina terdahulu berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru.