Nampak Cantik Bunga Hydrangea. Namun Pusat Racun Negara Dedah Bahayanya!

Share

Jangan tak percaya, bunga hydrangea  yang nampak cantik dan buat ramai terpesona dengan warna-warnanya yang lembut, rupa-rupanya merbahaya.

Hal ini dijelaskan secara detail di akaun fb Pusat Racun Negara yang turut memberi panduan kepada peminat bunga ini untuk lebih berhati-hati.

Ini perkongsiannya.


TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)

Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.

Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan.

Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

sumber : Pusat Racun Negara 

IKLAN