Ada antara kita mengambil cara yang mudah untuk mendapatkan rawatan apabila menghadapi masalah kesihatan.

Keputusan yang diambil tanpa mendapatakan nasihat doktor membahayakan dirinya hingga ia menjadi lebih teruk.

Inilah yang terjadi kepada seorang pesakit apabila, tidak mendapatkan nasihat doktor sebaliknya hanya mendapatkan maklumat menerusi carian di internet.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Dr. Arisman, MD. mengenai masalah kesihatan ini. Jangan buat main, jika salah ambil ubat akan membahayakan kesihatan kita.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

“Nanah Tak Akan Sembuh Dengan ‘Suplemen Antibiotik’.” Nasihat Doktor Ini Kena Dengar Kalau Tidak Lagi Teruk

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

NANAH TAK AKAN SEMBUH DENGAN “SUPLEMEN ANTIBIOTIK”

Isteri saya kongsi cerita dengan saya kelmarin berkenaan seorang pesakit yang dia terima semasa bertugas di klinik.

Pesakit berusia hampir 30 tahun datang kerana ada nanah pada tepi ketiak selama 2 hari, beliau pergi ke salah sebuah farmasi di kawasan rumahnya untuk mendapatkan ubat-ubatan sesuai.

IKLAN

Dia telah disarankan oleh staf bertugas di dalam farmasi tersebut untuk menggunakan ubat pil ini (seperti dalam gambar). Katanya ini adalah antibiotik.
Jadi pesakit ini pun gembira dan beli antibiotik seperti yang dia inginkan.

Dia tak mahu berjumpa doktor sebab dia nak beli ubat sahaja selepas dapat ilmu dari kawan, saudara ataupun Google berkenaan ubat apa diperlukan bagi penyakitnya.

 

 

Selang beberapa hari, dia rasakan saiz nanah semakin membesar dan mula berdenyut sakit. Dia ambil keputusan menyerah untuk berjumpa dengan doktor juga.

Isteri saya periksa keadaan nanah agak besar. Sudah ada demam. Dia mulakan rawatan ubat dengan antibiotik yang sesuai. Dia bertanya kepada pesakit “Boleh tahu apa antibiotik yang diberikan farmasi tu?”

IKLAN

Pesakit keluarkan dari poket dan tunjukkan kepada doktor. (Gambar seperti dibawah)
Isteri saya hairan. Tak pernah lagi kita jumpa pil antibiotik seperti ini. Nama ubat pun dah tahu bukan antibiotik.

“Nanah Tak Akan Sembuh Dengan ‘Suplemen Antibiotik’.” Nasihat Doktor Ini Kena Dengar Kalau Tidak Lagi Teruk

Kemudian isteri saya tanya “Farmasi tu bagitau tak makan berapa kali sehari? Sampai berapa hari? Dia tanya tak u pregnant ke? Breastfeeding ke? Ada penyakit apa-apa?”

“Takde pula. Saya beli macam tu je. Saya makan sekali dua je doktor.” Jawab pesakit.
Isteri saya search nama ubat tersebut bagi mengenal pasti apa kandungan sebenar. Rupanya itu hanyalah suplemen herba yang mempunyai tindak balas seperti anti microbial.

Ia hanya merangsang sistem imun dan bukan membunuh kuman tersebut secara specifik dan tepat. Oleh sebab itu ia tidak akan sama sekali berkesan pada penyakit nanah si pesakit tersebut.

Maka berlakulah babak memberikan pembelajaran kepada pesakit tersebut oleh isteri saya.

Mesej saya di sini;
1. Jika ada nanah pada mana-mana tempat angota badan kita, sila pergi berjumpa doktor dengan kadar segera. Periksa dengan doktor untuk tentukan antibiotik apa yang sesuai, atau boleh dahulu dengan ubat sapuan tanpa ubat makan.

IKLAN

2. Jika anda adalah pesakit kencing manis, sila terus berjumpa doktor beli ubat yang sesuai. Jangan tangguhkan atau cuba ubat suplemen lain.

3. Farmasi atau pegawai farmasi TIDAK BOLEH menyarankan atau memberikan ubat-ubat ANTIBIOTIK tanpa preskripsi daripada seorang pegawai perubatan! Jadi jangan dapatkan antibiotik di farmasi jika anda tidak berjumpa dengan doktor dahulu.
Jika ada pegawai farmasi yang berbuat demikian, sila laporkan.

4. Berhati-hati dengan suplemen yang disarankan oleh mana-mana pihak. Ianya akan membazirkan duit dan melambatkan rawatan.
.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Nanah Tak Akan Sembuh Dengan ‘Suplemen Antibiotik’.” Nasihat Doktor Ini Kena Dengar Kalau Tidak Lagi Teruk

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI