Pelakon Dan hos terkenal, Mira Filzah berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya menerusi laman Instagram masing-masing.
Alhamdulillah ✨, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW — isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA.
Momen manis buat sepasang anak-beranak ini membanggakan ramai apabila si ayah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan si anak pula meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Momen bersejarah ini diraikan dengan penuh kebanggaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 baru-baru ini.
Kehebatan Dr. Azmi Abd Majid, 52, dan anaknya, Aleeya Batrisyia, 22, membuktikan bahawa usaha dan ilmu adalah kunci kejayaan. Dr. Azmi berjaya menamatkan PhD dalam bidang Perbankan dan Kewangan di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP),
Manakala Aleeya cemerlang meraih Ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83. Kejayaan mereka menjadi inspirasi bahawa kejayaan keluarga bermula dengan azam dan usaha yang tidak pernah padam.
Ketika menceritakan perjalanan menuju kejayaan PhD, Azmi berkata impian tersebut tercetus selepas beliau menceburi dunia akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016, setelah menamatkan kerjaya selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.
Azmi percaya bahawa dengan memiliki PhD, ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas” ujarnya.
Usia Bukan Penghalang
Dalam pada itu, Azmi berpendapat bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar, kerana baginya, semuanya bergantung pada motivasi dan keinginan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.”
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
AYAH JADI IDOLA
Dalam pada itu, anaknya, Aleeya Batrisyia, meluahkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama ayahnya dan berasa bangga dapat menghadiahkan ijazah kelas pertama kepada ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.
Aleeya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, tetapi lebih fokus kepada terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Sementara itu, di laman Facebooknya, Azmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh anaknya serta dirinya sendiri. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri tercinta, yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dilakukan.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dapat merealisasikan impian. Dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar, mereka membuktikan bahawa usaha keras dapat membawa kejayaan, sekaligus membentuk generasi keluarga yang cemerlang.
Cara uruskan emosi ibu ayah ketika bantu anak belajar
Mendidik anak memang mencabar buat ibu ayah. Lagi lah bila ada anak yang ramai.
Tambah lagi sekarang dalam tempoh PdPR ramai ibu yang berkerja dirumah perlu melakukan kerja dan mengajar anak.
Sudah tentu ia suatu yang sukar. Namun untuk mengurus supaya emosi kita lebih stabil, sudah tentu ada caranya.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ustazan Aminah Mat Yusof cara mengurus emosi agar dapat membantu anak belajar.
_______________________
AMALKAN SURAH INI DAN URUS EMOSI
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.