Mungkin ramai yang tak tahu soal duit belanja bulanan patut diberikan kepada isteri. Tak kurang ada yang anggap itu tidak dikira sebagai nafkah. Tetapi sebenarnya itu tanggung jawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Satu perkongsian oleh Dr Ahmad Zakimi Ini wajar dijadikan contoh buat semua.
“Nanti Ita check atas meja. Kot ada apa-apa rezeki ya. Love you.”
Biasanya aku akan menghantar whatsapp begitu jika aku siap dulu ketempat kerja setiap pagi. Jika isteri pergi dulu, biasanya dia akan periksa sendiri atas meja apa yang ada sambil-sambil dia sediakan sarapan pagi untuk kami.
Jika sempat, aku kongsikan sepotong ayat Alquran atau hadis pada nota. Kalau tak sempat aku hanya tinggalkan nota ringkas atau hanya duit saja.
Setiap hari aku akan bagi duit belanja makan minum untuk kami sekeluarga. Bermula dari 18 tahun lepas lagi. Ya, itu nafkah suami kepada keluarga. Itu tanggungjawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Sejak dari awal perkahwinan kami, aku mulakan dengan sedikit. Dari tahun ke tahun, gaji aku naik maka aku tambah sikit demi sedikit. Almaklumlah, keluarga pun semakin besar. Belanja pun semakin tinggi.
Ads
“Abang, takyah lah bagi duit belanja banyak sangat. Ita pun kerja. Ada gaji,” ujar isteri.
“Eh mana boleh. Belanja makan dan pakai keluarga mesti abang. Itu kan nafkah. Tanggungjawab abang. Jangan sesekali guna duit ita,” balas aku.
Duit isteri adalah untuk belanja diri dia sendiri. Bukan untuk keluarga.
Setiap kali aku memberi, isteri akan tanya, “eh abang! Banyak sangat ni. Nanti abang tak cukup duit lak.”
“Alah tak banyak mana pun. Abang ada lagi ni,” balasku. Itu selalu akan aku jawab.
Ads
Tak ternilai dengan wang ringgit pun pengorbanan seorang isteri kepada kita dan keluarga.
Walaupun kadang kala aku ‘kekeringan’, aku tetap berusaha untuk beri belanja kepada keluarga. Itu tanggungjawab suami dan bapa kepada anak-anak. Muka mesti buat tenang. Takut dia terperasan.
“Alah, takde duit. Benda boleh settle lah. Kita kan anak jantan” – aku bermonolog kadang-kadang.
Rezeki sikit, sikit lah. Jika banyak maka banyak lah. Alhamdulillah, masih cukup untuk kami sekeluarga.
”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)
Ads
Segala makan minum, pakaian, rumah, kereta, pendidikan anak-anak dan lain-lain keperluan rumahtangga aku yang bertanggungjawab. Itu kewajipan. Itu juga prinsip aku.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Membelanjakan harta untuk isteri dan keluarga bukan sekadar kewajipan malah ia satu amalan yang disukai Allah.
Walaupun si isteri bekerja dan makan gaji, tak kiralah gaji si isteri lagi besar dari si suami, kewajipan itu harus diletakkan kepada ketua keluarga iaitu si suami.
Semoga si suami seluruhnya dimurahkan rezeki. Amin.
Dari raja sehari sekelip mata menjadi wira demi menyelamatkan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di tebing Sungai Anak Bukit, pada Jumaat 11 Mac 2022.
Menurut pengantin, dia nekad berbuat demikian selepas mendengar jeritan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu.
Menerusi video tersebut, pengantin lelaki berkenaan yang difahamkan sedang merakam gambar perkahwinannya di tebing sungai terus bertindak terjun ke dalam air untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang dipercayai orang kurang upaya (OKU).
Beberapa ketika kemudiannya dia dilihat berjaya menarik mangsa naik ke tebing sungai.
Dalam masa sama dapat kedengaran suara seorang wanita menjerit-jerit meminta tolong sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Perkongsian video tesebut nyata mencuri perhatian netizen sehingga ramai mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih selain memuji tindakan pengantin lelaki terbabit yang disifatkan sebagai hero.
Menerusi laporan Harian Metro, pengantin lelaki iaitu Mohd Anuar Ahmad menjelaskan dia nekad bertindak sedemikian sebaik terdengar suara wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit meraung meminta tolong.
“Sungai Anak Bukit itu sangat dalam dan luas, tanpa hiraukan apa yang berlaku, saya tanggalkan jam dan tengkolok sebelum terjun ke dalam sungai.
“Mujur saya tahu berenang. Saya terjun dan terus menarik kanak-kanak itu walaupun dia sudah beberapa kali tenggelam timbul dan hampir tenggelam,” kata Anuar.
Dia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Norhaslinda Mahmud turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelamatkan anak kecil tersebut walaupun kejadian berlaku terlalu pantas.
Perkara sama turut diluahkan si isteri yang turut menzahirkan rasa bangga dengan tindakan spontan suaminya.
“Saya dengar ibu kanak-kanak itu jerit yang anaknya OKU dan tidak tahu berenang menyebabkan orang ramai yang berada di situ panik kerana masing-masing tidak tahu berenang.
“Saya cemas tengok suami dah ‘hilang’ ketika itu namun tidak lama kemudian nampak dia terjun ke dalam sungai dengan berpakaian pengantin. Cemas juga waktu itu kerana sungai itu dalam malah orang kampung kata ada buaya.
“Yang penting mereka selamat, Alhamdulillah,” kata Norhaslinda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan raja sehari tersebut, malah ada yang berkata pengantin perempuan tidak salah memilih pasangan.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Impian memiliki kulit wajah yang sihat dan berseri-seri seperti zaman anak dara bagaikan tinggal kenangan. Apabila kulit wajah mudah dihambat masalah, sering kali kita tertanya apakah punca sebenarnya.
Ketahuilah bahawa penjagaan kulit wajah dalam rutin harian persiapan diri sahaja tidak mencukupi, kami kongsi lima punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini.
TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
TRIVIA
Rahsia kecantikan kulit wajah selebriti:
ANZALNA NASIR
Menyapu putih telur pada wajah dan sering berselawat setiap kali membasuh muka.
ROZITA CHE WAN
Amalan semenjak remaja, mencuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk pada waktu pagi bagi mengecilkan pori wajah.
Pengambilan air dan tidur secukupnya serta pemakaian krim pelindung tabir suria.
KATE MIDDLETON
Mendapatkan rawatan wajah “Bee Venom Facial” untuk tampil muda dan berseri.
SITI NURHALIZA
Pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B Complex serta berselawat setiap kali mencuci muka.
SCARLETT JOHANSSON
Memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu campuran air dan pati lemon untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Syifa Aulia, lahir pada bulan April 2017 sama seperti anak-anak yang normal. Tidak sedikit pun menunjukkan perbezaan hinggalah start sakit pada Mei 2018.
Syifa merupakan anak kedua dari 3 beradik. Diagnosed ephitilial sarcoma stage 4. Terpaksa buat trachy di leher untuk bantuan pernafasan.
Melihat keadaannya kini, sesiapa pun akan tersentuh hati. Apatah lagi hati seorang ibu yang mengandungkan anak comel ini. Benarlah, berat mata memandang, berat lagi apa yang dilalui keluarga ini.
Meluah rasa terbuku dihati, ibu ini berkongsi setiap detik suka duka bersama anak tersayang di dalam akaun fb Syifa Aulia.
”Xda ibu yg sanggup tgk anak nya sakit.law blh ganti,mama nk tukar ganti..setelah seharian nangis dari kelmarin lagi,akhirnya baby tido..allahu..
“Mama d aju soalan2 yg agak mngguris ati.soalan nya,np biarkan baby smp ketahap ni…
“Sini mama nk crita srba sedikit..mama xpernah biarkan dy.awal2 dy skit lg,start dy dmam mama trus bwak g klinik g hospital..xprnh biakan dy cmtu..start kimo cycle 1 dy response..bngkak 2 dh xda..dy dh kmbali ke wajah asal..sehinggalah msuk cycle 6..sel kanser dy serang balik..dy dh jalani 7cycle…seperti yg doc pakar cakap,kanser syifa adalah sejenis kanser yg sgt2 jarang dijumpai d malysia..sgt2 jarang…n kanser dy gak jenis agresif.terlalu agresif…trlalu Cepat merebak smp skrg dh ke paru2..
“Law btul smua ni mmg slh mama, mafkan mama syifa..tp dari awal lg mama xpernah biarkan syifa cmtu.dari awal2 lg mama dh rawat tp sape mama utk lawan takdir Allah.. Hnya air mata yg mampu mnceritakan segala kepayahan..”
Bersama-sama kita doakan agar adik Syifa Aulia terus berjuang dan kembali sembuh. Amin…
Sumber : Syifa Aulia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.