Masih ingatkah lagi dengan cerita Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamurul Hisyam dan Bella Astillah yang pernah mencetuskan fenomena tahun lalu.

Dalam drama ini, Zamarul Hisyam yang memegang watak Adam, iaitu seorang pengarah terkenal mempunyai sikap narsistik. Mungkin kita semua jarang mendengar mengenai perkataan ini dan kurang paham mengenai maksudnya.

Namun selepas pelakon Puteri Sarah Liyana ada menyatakan mengenai perkara ini berikutkan kemelut rumahtangga yang dihadapi membuatkan ramai yang ingin penerangan lanjut mengenainya.

Narsistik dan Toksik! Gambaran Watak Adam Dalam ‘Aku Tanpa Cintamu’ Memang Wujud
Posting Puteri Sarah Liyana mengenai indiviri narsistik yang banyak membuka mata masyarakat mengenai perkara ini.

Narsistik adalah gejala narcisstic personality disorder (NPD) atau gangguan personaliti narsistik (taasub pada diri sendiri). Individu dengan gejala  gangguan personaliti narsistik ini biasanya sering mengalami masalah hubungan dengan orang lain.

Tingkah laku individu yang memiliki sikap narsistik juga sering gagal dalam perhubungan intim, kekeluargaan dan profesyen.

IKLAN

[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

IKLAN

Berikut ialah ciri-ciri individu yang mengalami gangguan personaliti narsistik :

1. Berasa diri sendiri lebih penting.
2. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain.
3. Menganggap diri mereka adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja. Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain.
4. Rasa mempunyai hak atau berhak ke atas sesuatu walaupun hakikatnya tidak mempunyai hak ke atas sesuatu.
5. Tergamak untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi.
6. Kurang memahami individu lain, kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau situasi yang dilalui individu lain.
7. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain.
8. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai.
9. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain.
10.Mengawal perbualan dan sering kali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

IKLAN

Narsistik dan Toksik! Gambaran Watak Adam Dalam ‘Aku Tanpa Cintamu’ Memang Wujud

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Narsistik dan Toksik! Gambaran Watak Adam Dalam ‘Aku Tanpa Cintamu’ Memang Wujud

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI