Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.

Perkongsian puan Rafiza Idayu di facebooknya pernah mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.

RESIPI NASINasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!BAHAN-BAHAN:

Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit

CARA MEMASAK:

IKLAN
  • Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
  • Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
  • Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  • Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
  • Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
    Biarkan nasi hingga masak.

RESEPI PERAPAN AYAM
Nasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

RESEPI PERAPAN AYAM
=====================
Adaptasi resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham England.

Ilham resepi dari Tuan Haji Mustaffa Othman, Menate Steak House . Resepi yang saya jumpa pada tahun 2010 ketika beliau aktif menulis blog.

IKLAN

Bahan-bahan :
1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 3 sudu madu
3. 2 sudu sos tiram
4. 1 sudu kicap pekat
5. 1 sudu minyak bijan (optional)
6. Sedikit lada sulah

*saya tak letak garam. Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.

  • Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
  • Perap ayam yang telah direbus tadi. Panaskan minyak macam menggoreng ayam. Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan. Selalunya saya panggang dalam oven. Tetapi kali ini saya guna kaedah goreng.
  • Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam. Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas. Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa. Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak.
  • Hasil ayam yang digoreng tadi. Hangus hangus tu yang sedap. Manis pahit masin

RESIPI SAMBALNasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!BAHAN-BAHAN:

IKLAN

6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara membuat:

  • Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

    Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur.

  • Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil. Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita.
  • Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. 

Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’

  • Masak air hingga mendidih.
  • Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
  • Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
  • Guna api yang besar.
  • * Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.

Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI