Nak mengajar anak ni kena tegas terutama bab agama. Tular video pelawak dan penyampai radio, Johan tengking anak hingga menangis. Ramai yang tak puas hati dengan tindakan begitu. Tapi tenang aje isteri Johan, Ozlynn bagi menjelasan.
Umum mengetahui Johan dan isterinya, Ozlynn dilihat sering berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga di media sosial.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam sebaliknya apabila video menunjukan Johan mengajar anak perempuannya mengaji di ruang tamu rumah meraih perhatian. Mana tidaknya kelihatan Johan sedang memarahi Chantiq kerana salah sebutan semasa mengaji.
Biarpun tindakan itu dianggap normal dalam mendidik anak, namun segelintir wargamaya tidak dapat menerima tindakan sebegitu.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
GARANG PADA ANAK TAPI CARA PUJUK TU TERBAIK
Ada segelintir wargamaya terkejut melihat sikap garang Johan mendidik anaknya. Ada yang bertanya perasaan Ozlynn apabila anaknya dimarahi oleh Johan. Menurut Ozlynn, situasi itu juga dilaluinya semasa kecil.
Katanya sebagai ibu, dia akan menjelaskan bahawa tindakan Johan itu adalah untuk mendidik anaknya. Malah akan memeluk dan memberi nasihat kepada anaknya bahawa apa yang mereka buat itu adalah kerana sayang.
Siapa yang tidak mengenali Zalina Azman yang merupakan bekas pengacara program ‘Money Matters’ yang cukup dikenali era 90an.
Wajahnya yang cantik, petah berbicara dan bijak menjadi tarikan untuk penonton terus melekat di depan kaca TV. Malah fasih bertutur bahasa Inggeris dalam rancangan berkenaan membuatkan personaliti ini raih perhatian.
Namun semalam berita kehilangan bekas pengacara itu telah mengejutkan ramai pihak.
Difahamkan, polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.
“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.
“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.
“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.
Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.
Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Bekas rakan sekerja turut mohon bantu
Dalam pada itu, bekas rakan sekerja, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi turut meluahkan rasa sebak atas kehilangan yang pernah bekerja di syarikat yang sama dahulu.
Ras Adiba dalah perkongsiannya memohon agar mencari sahabatnya. Juga merayu agar rakannya itu pulang kembali ke pangkuan keluarga.
Azrul Nizam Azali, 27, dari Kampung Tengah Kuala Sungai, sebelum ini bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu sanggup melepaskan jawatan demi menjaga ibu yang sakit di kampung.
Melihat pengorbanan seorang anak muda ini sememangnya wajar dipuji dan dijadikan inspirasi dalam mendidik diri melunaskan tanggungjawab kepada orang tua.
Mendekati anak muda ini, kami kongsikan temubual yang dilakukan. Jom ikuti kisahnya.
Pada mulanya saya ambil cuti selama 2 bulan. Lepas pada tu.. Saya terus ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab keadaan mak saya masa tu agak kritikal. Pada hujung tahun 2016.
Sejak itu saya belajar cara membuat kek dan biskut melalui Internet selain mengikuti kelas masakan bagi menjana pendapatan.
Apabila mahir, saya mempromosikan perniagaan kek secara dalam talian walaupun pada mulanya malu kerana bimbang tiada pelanggan.
Berniaga kek ni anggaran pendapatan tak tetap. Bergantung kepada tempahan kek. Selalunya dalam RM1000 macam tu.Tapi bila musim cuti, hasil jualan meningkat sikit.
Bergilir Adik Beradik
Semasa di hospital saya yang menjaga mak di wad sebab adik beradik lain dah berkahwin …tetapi kadang-kadang adik beradik lain pun gilir-gilir jaga mak jika saya ada tempahan kek.
Lakukan dialysis 4 kali sehari
Untuk rutin, mak saya yang bernama Fatimah Ariffin, 64 tahun mengalami penyakit buah pinggang dan menggunakan rawatan dialysis CAPD.
Rawatan ini hanya dilakukan di rumah dan perlu dialysis 4 kali sehari ( pagi, tengah hari, petang, malam) dan makan masa 30-40 minit setiap sesi. Selalunya saya akan hantar kek lepas selesai dialysis pagi dan lepas dialysis tengah hari saya akan mula membakar kek.
Sesi malam pula adalah waktu saya mendeco kek sehinggalah siap. Selalunya saya akan mula dari jam 4 petang sehingga lewat malam dalam lingkungan 2-3 pagi. Kalau oder banyk kadang-kadang sampai ke jam 6 pagi.
Kena Sabar & Kuat
Untuk hadapi dugaan ibu yang sakit dan dalam masa yang sama berkerja bukanlah mudah, jujur saya katakan kita perlu banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Sebab saya nak bagi mak saya semangat untuk kembali sihat.
Selain itu banyak berdoa kepada Tuhan semoga permudahkan segala urusan kita.
Manakala andai ditanya apa perasan saya diberi peluang menjaga ibu, allhamdulillah! Saya sangat puas hati apabila diberi peluang untuk saya jaga mak saya sepenuhnya. Perasaan hati dan jiwa sangat tenang bila ibu ada di sisi saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mak ayah mana yang tidak mudah melenting dan geram bila anak sudah pandai melawan dan menjawab. Terasa seolah-olah mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapa. Lebih-lebih lagi selama ini kita sendiri pun tidak pernah meninggikan suara dengan anak.
Adakah kita patut membalas jeritan anak dengan meninggikan suara? Merotan mereka agar lebih berdisiplin? Diakui memang bukan mudah untuk berkomunikasi bila kita mak ayah berada dalam keadaan marah.
Lalu apa yang perlu dilakukan oleh mak ayah bila anak-anak sudah pandai melawan dan menjawab? Berikut perkongsian daripada Mohd Fhais Salim yang merupakan Coach Keibubapaan Bertauliah.
Mak, Ayah Jangan Mudah Melenting Bila Anak Kuat Menjawab
1.Fasa testing boundaries. Ini fasa di mana anak sedang menilai sejauh mana dia boleh buat pilihan & halatuju sendiri, dia nak asah kemahiran berdikari je.
2.Menjawab juga adalah satu tanda kecewa dan frust dalam kalangan anak-anak. Tiada cara lain untuk meluah melainkan menjawab.
3.Mencari perhatian daripada yang tersayang. Ada anak hanya mahu perhatian, buat baik tiada siapa peduli tapi bila buat jahat 3 hari 3 malam jadi perhatian.
4.Lack impulse control. Dia tak dapat kawal diri daripada menjawab apabila ada perkara yang dia tak setuju dan rasa tidak betul terus melenting.
5.Masih belajar adab dalam berkomunikasi. Tidak setuju tak salah tapi cara untuk bercakap pada orang tua, banyak kita kena tunjuk teladan dan bantu didik.
Apabila suasana menjadi tegang antara mak ayah dan anak, cubalah lakukan perkara ini:
BERI RUANG PADA ANAK
Jika anak meragam dan memberontak, tukar pendekatan dengan memberi peluang anak meluahkan apa yang dirasa. Jadi pendengar yang bagu
BERDIAM DIRI
Tidak perlu respon bila anak mula melawan dan menjawab. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik. Tidak bermakna apabila anda mendiamkan diri, anda membiarkan sahaja perangai anak jadi begitu.
Apabila anak melihat anda begitu tenang, dengan sendiri dia akan berhenti membuat perangai. Bila keadaan kembali ok, berbual dengannya secara santai sambil bertanyakan ketidakpuasan hatinya.
WUJUDKAN BODY CONTACT
Meskipun keadaan sedang ‘panas’ antara mak ayah dan anak ini tidak bermakna anda tidak boleh lakukan body contact. Peluk anak perlahan-lahan meskipun dia meronta-ronta dalam pelukan anda. Percayalah, lambat laun pasti anak akan memeluk anda kembali kerana sebenarnya dia perlukan sokongan anda meskipun sedang marah.
BERI NASIHAT SELEPAS KEADAAN TENANG
Apabila masing-masing sudah tenang, anda boleh duduk dan berbicara dari hati ke hati dengan anak. Ketika inilah anda dapat mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya bersama dengan tenang.
Kesimpulannya berkomunikasilah secara lembut dengan anak-anak. Walaupun anak-anak masih kecil, mereka juga punya perasaan. Apabila anda meninggikan suara, secara tidak langsung mereka akan merasa tertekan dan meluahkan rasa itu dengan membentak serta melawan cakap anda.
Jangan bercakap sewaktu hati sedang panas. Apabila emosi kurang stabil, percayalah apa yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut akan terlepas sehingga mengguris hati. Berkomunikasi semula apabila situasi sudah beransur tenang.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.