Banyak sebenarnya kelebihan dan keistimewaan bagi sesiapa yang menunaikan solat sunat Dhuha, selain apa yang sedia kita maklum adalah dikaitkan dengan rezeki.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu rupanya ada doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali usai menunaikan solat Dhuha ini. Nak tahu apakah doa tersebut? Ikuti perkongsian ilmu daripada Aisyah Asyifah ini. Jom semak.
Solat Dhuha
Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki. Itu yang sering dilakukan …
Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?
Apa doanya ?
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:
ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)_ sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.
Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?
Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.
Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??
Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.
Ads
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).
Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat..
Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.
Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.
Bahagianya sebuah perkahwinan itu apabila suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Malah lebih bahagia, bila suami begitu menghargai isteri.
Sebagaimana rasa kekaguman hati pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya kepada isterinya, Anati Ismail yang menjadi tulang belakangnya untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Perkara itu dikongsi oleh Fedtri menerusi entri di Instagram (IG) miliknya. Lebih menarik lagi, pada hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Bertepatan sangat ucapan yang ringkas penuh tersirat oleh personaliti ini.
“berjuang membesarkan putera – puteri harapan syurgawi ? ( sentiasa berperang di waktu pagi ?) demi sebuah ilmu.”
Fedtri dan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2 dan yang terbaru, cahaya mata keempatnya Ahmad Firaas Mevlana yang baru berusia 3 bulan.
Setiap pasangan suami isteri pastinya cukup teruja menantikan kelahiran anak pertama kerana inilah momen yang paling indah dalam kehidupan berumah tangga .
Disebalik keterujaan tersebut ada juga terselit rasa takut, cemas dan tak kurang juga ada antara para suami atau bakal ayah kalut lebih dari seorang doktor gara-gara tidak sabar. Tak kurang juga yang langsung tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu cemas.
Buat semua ayah, tak kira anak pertama atau ketiga sekalipun patut contohi cara Ustaz Ebit Lew lakukan di sisi bidadarinya ketika saat melahirkan.
Melihat dengan mata sendiri bagaimana proses melahirkan anak amat menginsafkan kaum bapa.
Semalam dah lewat dari Penang call anak saya Airis Safiyyah Lew.. Selamat hari lahir anakku Airis Safiyyah Lew dah 9 tahun. Allah sayang Safiyyah. Ayah minta maaf jauh disini. Ayah ingat hari lahir anak ayah 27 jun. Ayah sayangkan Safiyyah sangat-sangat. Ayah doa Safiyyah jaga solat awal waktu. Tutup aurat dan jaga agama. Jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Jadi anak yang bantu umi dan sayang umi..lepas tu saya nyanyi sikit untuk dia dalam phone…
Anak saya menangis dalam phone. Terima kaseh ayah. Kakak sayang ayah sangat-sangat. I love u ayah…
Teringat lagi wahai anakku dari hari pertama tahu bidadari ayah umi Safiyyah mengandung. Happy dan excited yang amat sangat. Selalu dengar dan rasa Safiyyah tendang. Bahagia dan seronok yang amat sangat. Hari-hari sujud syukur dan doa supaya Allah beri anak ni selamat dan baik jer semuanya jadi anak solehah..sampailah satu hari umi tengah shoping barang baby.. Tiba-tiba sakit kena masuk hospital Naluri wangsa maju.
Kelam kabut masa tu ayah ada ceramah. Cepat-cepat ke hospital. Bidadari saya dah ada disana.. Syukur sampai Maghrib dekat sana dari Bangi. Doa supaya selamat semuanya dan harap bersalin normal. Duit kumpul ngam-ngam untuk bersalin normal dekat hospital swasta.
Dari Maghrib sampai tengah malam zikir Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Baca yasin. Baca Al-Quran dan solat hajat dekat sisi bidadari saya. Saat yang dinantikan dan cemas itu pun tiba. Dengar bidadari dari tadi sakit. Sekejap-sekejap sakit sampai cukup masa. Masa tu bidadari saya pegang tangan saya. Saya dekat dahinya. Cium dahinya. Air mata saya laju. Macam-macam fikir. Fikir dosa saya. Fikir mak saya. Fikir isteri saya. Ya Allah sebab tu cakap uff pada mak derhaka dan dosa besar. Allahu…
Lama nak push. Kami kira sama-sama dengan doktor. Akhirnya keluar 3.3kg. Baby lama senyap. Bidadari saya dah nak pengsan. Dari tadi menangis dan minta maaf. Bidadari saya tanya kenapa anak senyap. Anak takde ke abang. Saya minta maaf saya tak pandai push. Saya lagi sedih sebab begitulah wanita. Tak berhenti minta maaf. Asyik fikir anak dan suami. Lupa diri sendiri sakit. Akhirnya Safiyyah menangis. Ayah azan dan iqamahkan. Cepat-cepat bidadari..umi Safiyyah nak dukung dan nak susukan Safiyyah. Begitulah seorang wanita. Terima kaseh mak saya yang melahirkan saya. Terima kaseh mak mertua yang melahirkan isteri saya. Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak semua ini. Ini semua anugerah kau ya Allah..
Anak yang sulung yang memberi harapan dan sinar dalam keluarga. Bila membesar kita terlalu sayang padanya. Sangat rapat padanya. Kita terlalu excited. Bila dapat anak kedua ketiga. Kadang-kadang yang sulung selalu kena marah. Selalu kena mengalah. Kita lupa, itulah anak kita yang kita menangis mendapatnya…
Semoga catatan ini menjadi menjadi tatapan anak ayah satu masa nanti jika ayah dah takde. Hargailah ibumu. Hargailah wanita yang melahirkanmu. Hargailah keluargaMu dengan rasa syukur pada Allah. Jaga agama ini lebih dari nyawa diri sendiri.
Wanita zaman dahulu menggunakan bahan semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Berbeza dengan wanita sekarang yang lebih banyak bergantung kepada produk moden berasaskan bahan kimia. Mungkin kerana mereka malas dan berasa leceh bila perlu membuat sendiri produk berkenaan.
Tapi apabila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalaman juga perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.