Rupanya ramai yang mencari resipi  kurus viral yang hanya menggunakan air rebusan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati pada harga yang murah. 

Cuma kena konsisten rajin untuk melakukan rebusan kepada bahan-bahan yang perlu dimasakan. 

Bagi yang nak kurus cara mudah boleh je produk di luar sana tetapi bagi yang nak cuba cara alami jom ikuti perkongsian ini, Liza Hamdi. Yang pasti kena rajin!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

BAHAN UTAMA:

Ni la bahan bahan utama air kurus viral. Kayu manis Ceylon tu patahkan dua tau.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

Ni la resepi air kurus viral yang jadi igauan kakak-kakak kat luar sana. Bila restock KMC jek mesti licin disambar orang. Tak sempat Cik Li nak selfie ngan KMC ni.
Camno laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73 kg, lepas raya boleh pulak berat tinggal 63 kg.

Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri jek. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur. Tak de bahan pelik. Jadi tak de la kita risau nak minum kan.
Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun sekilo

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

RESIPI AIR KURUS VIRAL

BAHAN:
5 gelas air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang kayu manis Ceylon
3 hiris halia, diketuk
1 biji lemon
Madu

  CARA PENYEDIAAN:

Ads

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Tutup api, ambik 1 gelas air rebusan. Bila suam, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.
*** Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, panaskan atas dapur atau dalam microwave. Perah lemon dan tambah madu (ulang jek step macam atas tu).

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari-hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bahan-bahan yang kita guna semua best best.

KHASIAT

Kayu Manis Ceylon Casadiab
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman

Serai
– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka

Halia
– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon
– cuci kerak-kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vitamin C, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut

Cengkih
– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan

Madu
– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi
Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang besttt sangat.

Ads

CARA PENYEDIAAN BERGAMBAR: 7 STEP KENA BUAT

1.Rebus dengan 1 liter air.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

2.Rebus sampai mendidih selama 15-20 minit. Pastu tutup api.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

3.Ambik 1/2 gelas air rebusan.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

4.Pastu tambahkan lagi dengan 1/2 cawan air panas. Tapi kalau air rebusan ni baru jek masak, tambah air masak biasa.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

5.Pastu perahkan lemon, 1 hiris jek cukup.

Ads

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

6.Last sekali, masukkan 1 sudu besar madu asli. Pastikan guna sudu plastik tau.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

7.Kacau rata rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan kurus. Minum 30 minit sebelum makan.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

Baki air rebusan tu korang tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti ais. Nanti bila nak minum korang ulang je step kat atas tu.

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

Selamat mencuba. Moga azam tahun baru 2023 tercapai!

Sumber: Liza Hamdi

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Ni Lah Resipi Air Kurus Viral, Untuk Azam Tahun Baru Nak Pakai Baju Kebaya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI